Pages

Thursday, July 2, 2009

Khutbah Jumaat , 03 Julai 2009

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لِجَلالِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَه إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وصَفِيُّهُ وَخَلِيْلُهُ، خَيرُ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إِلَى العَالمَِ كُلِّهِ بَشِيْراً وَنَذِيْراً، اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيْدِناَ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ صلاةً وسلاماً دائمين متلازمين إلى يوم الدين أَمَّا بَعْدُ ، وأوصيكم أيها المسلمون ونفسي المُذْنِبَةَ بِتَقْوَى الله تعالى و طَاعَتِهِ…
.
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ {1} الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ
الْغَفُورُ {2}

Maha berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)

Saudara-saudara sekalian….

Allah menciptakan manusia dengan menetapkan segala keperluan dan kehendak manusia. Allah melengkapkan manusia dengan segala sifat kesempurnaan sebagai seorang manusia. Apabila Allah mencipta kesenangan dan kemewahan, Allah juga mencipta kesushan bagi manusia, Allah jua yang menciptakan kesihatan dan dia jua Tuhan yang menciptakan sakit untuk manusia, tatkala Allah menciptakan kesenangan Allah turut menciptakan kesusahan. Semuanya adalah bagi manusia merenung dan menyedari hakikat kekuasan Allah. Allah menciptakan kesihatan supaya manusia beribadah kepadanya. Bersyukur dengan segala nikmat kesihatan tersebut. Segala kesenangan, kemewahan, kebahagian dan keharmonian terhimpun di dalam nilai kesihatan. Tidak ada nilai duit yang banyak tetapi kita merana di hospital, bahkan mungkin sahaja duit yang berjuta nilainya itu akhirnya akan kering kerana membiayai kos perubatan.
.
Kebahagian yang sedang dikecapi turut akan hilang tatkala sakit datang menyapa. Segala hidangan-hidangan yang lazat, lauk pauk pelbagai rasa, air minuman pelbagai perisa dan warna tiada gunanya ketika kesakitan mengancam nyawa. Maka.. itulah nilai kesihatan bagi kita. Tetapi dengan kesihatan yang berpanjangan adakalanya manusia terlupa kepada yang memberikan nikmat tersebut. Maka Allah datangkan dengan sakit bagi mengingatkan manusia bahawa kesihatan itu…Dialah yang memberinya dan Allah yang menggantikannya dengan kesakitan. Allah S.W.T menjelaskan kisah Nabi Ibrahim A.S. dalam firmannya :

الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ {78} وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ {79} وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ {80} وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ {81} وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ {82}
.
"Tuhan Yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah Yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

"Dan Tuhan Yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

"Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;

"Dan (Dia lah) Yang mematikan daku, kemudian ia menghidupkan daku;

"Dan (Dia lah) Yang Aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

Allah menciptakan sakit adalah sebagai pengajaran bagi manusia. Ia merupakan puncak kehilangan upaya manusia melawan ketentuan Tuhan dan kemuncak pengharapan manusia kepada Tuhannya sebelum datangnya kehidupan yang lain. Tiada suatu kuasa pun yang mampu menghalang penyakit dari menghinggapi kita. Adakalanya penyakit itu datang dari udara, sentuhan, perhubungan, tidak kurang pula penyakit yang datang melalui perantaraan makhluk Allah yang lain seperti nyamuk, babi, tikus, burung, lembu dan lipas. Dan hakikat sebenarnya penyakit itu datangnya dari pencipta manusia dan yang juga menciptakan penyakit.

Saudara-saudara sekalain…

Apabila kita sakit, kita akan menggunakan pelbagai cara untuk menyembuhkan penyakit yang sedang kita hadapi. Kita akan gunakan seluruh daya dan upaya untuk sembuh. Ada yang sanggup melaburkan jutaan ringgit untuk merebut kesihatan. Ada juga yang melakukan pelbagai cara untuk menghindarkan diri dari panyakit. Maka kita seharusnya bertanya memikirkan kenapa kita memerlukan sihat ?. Sihat itu untuk apa ?. Apa pentingnya sihat itu untuk kita ?. Seandaianya jawapan yang kita perolehi dengan kesihatan yang ada, akan saya gunakan untuk terus beribadah kepada Allah dan berjuang untuk agam Allah. Tahniah… bahkan jutaan tahniah saya ucapkan. Anda berhak untuk mengecapi kesihatan yang snda dambakan. Bagaimana pula kalau sekadar sihat untuk terus kita melakukan maksiat dan dosa untuk Allah. Dengan sihat semakin sombong dan angkuh kita kepada Allah. Dengan kesihatan semakin jauh kita dari masjid, surau, tempat-tempat pengajian. Kita tetap juga enggan tunduk dan patuh kepada Allah. Saudara...Apalah nilai sihat itu. Kita berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk sihat. Apakah makna sihat itu. Bersusah payah kita berusaha dan adakalanya kita mengorbankan suluruh yang ada untuk sihat, tetapi apabila kita dapat sihat, sihat hanya menjauhkan diri kita dari Allah.

Ya Akhi...

Allah menjadikan kita terdiri dari fizikal, spritul dan mental. Jadi bila kita membincangkan tentang sakit dan sihat, perlu juga kita sebutkan secara keseluruhannya sekali. Jangan hanya tertipu dengan kesihatan jasad semata-mata dan dalam masa yang sama kita melalaikan kesihatan mental dan jiwa. Kesihatan fizikal hanyalah sebahagian dari ujian untuk manusia. Kerana dengan kesihatan manusia biasanya akan lupa, lalai dan leka. Sebab itu baginda S.A.W menyebutkan :

اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك، وغناك قبل فقرك

Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara.. Hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, waktu lapang sebelum datang sibuk, waktu muda sebelum tua dan waktu senang sebelum susah.

Sakit dan sihat datang dari Allah. Samada kita minta atau tidak ia akan datang. Sakit pasti akan datang untuk mengingatkan kita tentang sihat. Tetapi dengan hanya mementingkan sihat fizikal kita masih belum benar-benar sihat. Sebagai analogi mudahnya, ramai yang menyebutkan sakit adalah saudara kepada kematian. Tetapi berapa ramai daripada kita mengambil iktibar dari kesakitan yang datang. Biasa kita melihat di hospital-hospital. Semakin bertambah sakitnya semakin dia tidak sembahyang . Orang yang sakit tidak terdetik hatinya untuk memperingati Allah. Orang yang sakit lupa kepada Allah, Yang datang menziarah tidak juga takut kepada Allah. Orang yang sakit tidak menjaga solatnya, orang yang menziarah pun sama tidak menunaikan solat. Lantas mengangkat tangan kepada Allah memohon kesihatan ?. Kesihatan apa yang kita mohon ?. untuk apa sihat itu kita pohon. Memohon kesihatan dalam keadaan dosa yang banyak dan duduk di dalam keadaan sentiasa melakukan maksiat..dan Adakah kita memohon untuk sihat agar boleh kekal di dalam dosa dan maksiat itu ?. Sebab itu bila mana kita semata-mata memelihara kesihatan jasad sihat tetapi jiwanya sakit tidak ada gunanya. Keadaan ini berlaku apabila kita memisahkan ilmu dengan Allah.

Saudara saudara..
Bila mana ilmu terpisah dari Allah, bila mana kesihatan fizikal tidak selari dengan kesihatan mental, bila mana kesihatan fizikal tidak selari dengan kesihatan rohani, kita hanya melahirkan manusia yang tempang kehidupannya.

Mari kita merenung seketika firman Allah S.W.T :


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ {1} خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ {2} اقْرَأْ وَرَبُّكَالْأَكْرَمُ {3} الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ {4} عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ {5}
.
Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -

Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Masya Allah sangat luar biasa hebat ayat Al-Quran ini. Hebat susunannya. Hebat methodnya. Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menciptakan . Baca dengan nama Tuhanmu. Membaca dengan nama Allah, bermakna mengkaji dengan hubungan dengan Allah. Apa bidang yang kita kaji hubungkan kepada Allah. hubungan dengan Allah tidak boleh putus.

Sebagai contoh dalam bidang perubatan kena ada hubungan penyakit dengan Allah. Kalau putus hubungan dengan Allah kita akan melihat pesakit, melihat kematian tetapi tidak mampu merubah dirinya . Apa pandangan tuan-tuan seorang doktor yang sentiasa melihat kematian, tidak juga berubah, tidak juga bsembahyang. Setiap hari melihat kesengsaraan kematian, tidak juga insaf. Dia melihat kematian, menguruskan kematian tidak juga dia berubah, setiap hari melihat ngerinya kematian tidak juga terdetik hatinya. Sebab apa ?. Sebab ilmu terpisah dari Allah.

Sudara-saudara apalah guna fizikal kelihatan hidup tetapi hatinya mati . Sihat fizikal tetapi sihat digunakan untuk derhaka kepada Allah. Sihat fizikal tetapi mentalnya sakit, sihat fizikal tetapi imannya sakit, sihat fizikal tetapi rohaninya sakit.. Maka adakah kita sanggup merelakan kesihatan ini menghumbankan kita ke neraka Allah.


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
Khutbah Kedua :

Saudara-saudara sekalian….

Selain melihat penyakit yang datang sebagai suatu proses kasih sayang Allah, mungkin sahaja sakit, wabak, pandemik atau apapun namanya merupakan bala dari Allah. Islam tidak menolak pandangan perubatan tentang penyakit . Sebagai contohnya penyakit denggi disebabkan oleh kekotoran . Islam sendiri menyebutkan dalam banyak hadith tentang menjaga kebersihan. Dari suatu sudut Islam memandang wabak sebagai suatu ancaman Allah terhadap dosa yang kita lakukan untuk mengubat jiwa dan iman yang turut sakit. Sabda baginda S.A.W :

إذا ظهر الزنا والربا في قرية فقد أحلوا بأنفسهم عذاب الله
Apabila zina dan riba berleluasa di dalam suatu tempat maka berhaklah mereka mendapat azab daripada Allah.

Apabila maksiat terlalu berleluasa bala Allah pasti akan turun. Seandainya bala Allah turun ia tidak mengira mangsa. Sama ada yang beriman atau pun tidak. Kecil atau besar. Jawatan tinggi atau rendah. Seorang menteri atau seorang tukang cuci semua berpotensi untuk menjadi mangsa. Suatu masa dahulu negara kita pernah dilanda dengan Coxsackie, yang hanya menyerang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun. Ratusan menjadi korban seluruh dunia. Lebih dahsyat dari itu seandainya kita melihat sejarah pandemik H1N1 dan sekelas dengannya, ia telah mengorbankan ratusan juta manusia seluruh dunia sejak dikenal pasti seawal 1918, penyakit AIDS turut menyaksikan korban puluhan juta manusia seluruh dunia, bahkan pernah suatu kajian dibuat pada tahun 2005 menunjukan Tiga orang mati kerana AIDS dalam sehari, manakala 19 kes baru HIV dikesan setiap hari di seluruh negara. Bukankah semua ini peringatan Allah buat kita yang sentiasa lalai. Masih ada ruang dan masa untuk kita kembali kepadanya. Suka saya mengingatkan perkara yang sering saya ulang-ulang di dalam khutbah-khutbah saya sebelum ini apabila riba berleluasa, rasuah menjadi amalan dimana-mana, anak-anak menderhaka dan mencampakkan i/bapa yang telah tua kerumah-rumah kebajikan, banyak kemungkaran dan maksiat yang tidak dihalang dan dicegah bahkan digalakkan dan disuburkan lagi. Pergaulan bebas di kalangan remaja sama ada di bawah-bawah pokok, di kafeteria-kafeteria, di kelas-kelas atau di mana sahaja, pertandingan nyanyian yang diadakan baik apa pun namanya samada juara nyanyian, karaoke baik sempena apa pun majlis tadi diadakan , Hiburan menjadi asas kehidupan, artis-artis dipuja, ulamak dihina, al-quran dilupa, sunnah dicela, syariat tidak dipelihara, agama tidak dijaga. Islam disisihkan, masjid-masjid dibiar sepi dan sunyi, Islam hanya menjadi agenda sampingan.. Masjid dibiarkan tanpa pembelaan, pusat-pusat sukan ditaburkan dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan. Kesemuanya ini mengundang kemurkaan Allah.

sebagai kesimpulannya, marilah kita bersama bersedia menerima ujian Allah dalam bentuk pandemik H1N1 ini, bukan sekadar mematuhi arahan kesihatan dengan membasuh tangan, menutup mulut ketika batuk dan bersin, tidak berada di tempat-tempat orang ramai dan sebagainya, kita juga perlu mempersiapkan diri dengan taubat dan kembali kepada Allah. Jadikalah kesihatan dan kesempatan yang ada ini untuk belajar sesuatu tentang Allah, belajar mengerti kasih sayang Allah dan menghargai kasih sayang Allah.

0 comments:

Post a Comment