Pages

Wednesday, November 18, 2009

Setitis yang penuh kebesaran-Nya

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لِجَلالِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَه إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وصَفِيُّهُ وَخَلِيْلُهُ، خَيرُ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إِلَى العَالمَِ كُلِّهِ بَشِيْراً وَنَذِيْراً، اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيْدِناَ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ صلاةً وسلاماً دائمين متلازمين إلى
يوم الدين أَمَّا بَعْدُ ، وأوصيكم أيها المسلمون ونفسي المُذْنِبَةَ بِتَقْوَى الله تعالى و طَاعَتِهِ
.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْنَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
.
Mimbar hari ini ingin menarik perhatian tuan-tuan terhadap 3 teras utama.
.
1.Hujan merupakan rahmat Allah. Ia turun mengikut aturan dan ketetapan Allah. Bahkan jumlah hujan yang turun di permukaan bumi juga telah ditetapkan Allah tanpa terkurang setitis dan tidak pula lebih setitis pun, melainkan kesemuanya berada di dalam hitungan ilmu Allah.
.
Firman Allah :
.
وَالَّذِي نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَنشَرْنَا بِهِ بَلْدَةً مَّيْتاًكَذَلِكَ تُخْرَجُونَ
.
11. Dan Dialah ( Allah ) Yang menurunkan hujan menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan Dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur). – Az-Zuhruf
.
Ketika ayat ini turun hampir 1500 tahun yang lalu. Maka ayat ini hampir mustahil difahami dengan pembuktian saintifik. Memikirkan dengan akal semata-mata tiada siapa mampu untuk menghitung jumlah bilangan hujan dengan tepat. Jadi sangatlah tidak mustahil tatkala ayat Al-Quran di dengarkan kepada masyarakat Arab Musyrikin, mereka mengatakan Nabi S.A.W sebagai gila, si penyihir dan pelbagai tomahan yang pelbagai. Bayangkan di dalam keadaan masyarakat Arab yang jahil bahkan tandus dari sebarang kemajuan sains dan teknologi, Baginda S.A.W membentangkan sautu fakta saintifik yang melampaui batasan kecerdikan akal manusia. Bahkan kalau pun ada orang yang cuba menghitungnya sudah pasti dikatakan gila atau tidak siuman kerana cuba menghitung setiap titis hujan yang turun. Walau bagaimana pun melalui perkembangan sains dan teknologi yang semakin maju, kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui. Berdasarkan suatu pengiraan yang hampir tepat, setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air disejat dan mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang disejat dan mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini merupakan suatu penemuan yang membuktikan keagungan Allah dan kebenaran Al-Quran, tatkala Allah menyatakan jumlah hujan yang turun ke muka bumi adalah suatu kuantiti yang ditetapkan Allah dan mempunyai bilangan dan kadar yang tertentu. Alangkah hebatnya kuasa Allah. Mari kita melihat kebesaran Allah dalam setiap titik hujan yang turun. Setiap titis yang turun melambangkan kekuasaan Allah di sisi kelamahan manusia. Memahami hakikat ini jiwa akan menjadi sayu lantas membeku maka tersungkurlah seorang hamba sujud membesarkan tuhannya :
.
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِرَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
.
15. Sesungguhnya Yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang Yang apabila diberi peringatan dan pengajaran Dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah Dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
.
2. Bukan sekadar kelemahan kita untuk menghitung bilangan titis-titis hujan yang turun. Kita juga gagal untuk memahami, mengapakah hujan hanya turun di tempat-tempat yang tertentu dan tidak pula turun di tempat yang lain. Seluruh negara ada kawasan-kawasan yang telah dilabelkan berada di tahap jingga, kuning bahkan ada kawasan yang menerima jumlah hujan paling kering sepanjang tahun. Mungkin mengikut perkiraan kita, Alangkah baiknya seandainya hujan itu turun di gurun sahara yang tidak berpenghuni ataupun di dataran Afrika yang hanya dihuni puluhan ribu binatang, daripada ia turun di perkampungan dan kediaman kita yang kemudiannya mengundang bencana banjir di tempat kita ?. Siapakah yang mampu menghurai persoalan demi persoalan ini ? . Semakin ditanya soalan-soalan ini semakin kita membuka pekung di dada sendiri. Semakin teserlah kelemahan dan kedhaifan manusia. Allah merakamkan di dalam Al-Quran :
.
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداًوَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
.
34. Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan Yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua Yang menurunkan hujan, dan Yang mengetahui Dengan sebenar-benarnya tentang apa Yang ada Dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun Yang betul mengetahui apa Yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun Yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya. – Luqman
.
Dengan memahami hakikat ini, cukup untuk menyentak kita dari lamunan. Mari bersama-sama dengan saya untuk kita menyoroti berberapa persoalan mudah ini.
.
Di mana kesombongan dan keangkuhan manusia di sisi kebesaran Allah ini ?.
Di mana kebijaksanaan dan kecerdikan manusia di sisi kepintaran Allah ?.
Di mana kukuatan dan daya upaya manusia di sisi keagungan Allah ini ?
.
Sehebat mana pun manusia tiada siapa mampu menambah walau setitis air hujan yang sedang turun mencurah-curah . Setinggi mana jawatan dan pangkat yang kita pegang tiada siapa mampu mengarahkan dikurangkan walau setitis air hujan. Sebanyak mana harta, saham-saham dan keuntungan pelaburan kita, tiada siapa mampu membeli walau seisipadu awan untuk diturunkan hujan di rumahnya. Secara ironinya, jika dengan setitis air hujan yang sekitar 2-4mm ukur lilit pun tidak mampu kita menepis dan menambahnya, bagaimana pula kekuatan yang kita ada untuk berhadapan dengan kemurkaan Allah yang berkeupayaan mencipta jutaan tan hujan sepanjang tahun. Jika hanya dengan setitis air yang turun dari langit pun tidak mampu kita menafsirkan hakikat dan sifatnya, kekuatan apa yang kita ada untuk mengharungi lautan peluh manusia di padang mahsyar yang dihamparkan segala dosa dan kemaksiatan kita kepada Allah.
.
3. Selain hujan itu turun sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan Allah, hujan yang turun juga merupakan perantara untuk Allah berbicara dengan kita di Sabak Bernam ini. Adakah kita sudah terlupa bagaimana Allah melenyapkan seluruh Tamadun, keangkuhan, kesombongan dan kemungkaran yang kita lakukan dengan menurunkan hujan. Tidak bergetarkan hati kita tatkala membaca firman Allah :
.
42. (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka Dalam ombak Yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, Yang sedang berada di tempat Yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah Engkau tinggal Dengan orang-orang Yang kafir".
.
43. Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah Gunung Yang dapat menyelamatkan Aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun Yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang Yang dikasihani olehNya". dan Dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak Yang derhaka itu) dari orang-orang Yang ditenggelamkan oleh taufan.
.
44. Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit Dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan Wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang Yang zalim".
.
Makanya dengan perintah Allah, langit memuntahkan hujan selebat-lebatnya, bumi menhemburkan airnya. Berlakulah banjir besar yang meranapkan segala ketamadunan yang ada. Turut memusnahkan segala kekufuran, segala kemunafikan dan segala kemaksiatan kepada Allah. Manusia seluruhnya kembali kepada Allah. Alangkah indahnya hidup dilingkungi keimanan yang sedemikian.
.
Mungkin banjir di tempat kita hari ini tidak seganas banjir yang pernah membinasakan kaum ingkar Nabi Nuh A.S. Tetapi banjir itu tetap banjir yang sama. Banjir yang tetap datang dari Tuhan yang sama. Komposisinya juga sama. Ikatan Hidrogen dan Oksigen ( H2O ). Banjir yang sama juga datang bagi menunjukan bahawa di sana ada sesuatu, kalau pun boleh katakan sesuatu mungkin bukan sesuatu tetapi bahkan semuanya yang kita tidak mampu dan diluar keupayaan kita. Allah menarik perhatian kita untuk melihat di sana ada suatu kuasa lain yang menentukan peredaraan alam ini, bukan sekadar mentadbir negeri selangor yang luasnya sekitar 796,084 hektar atau 8,200 km persegi ini, tetapi ia mentadbir seluas alam semesta yang di diami puluhan juta trilion planet-planet, bintang-bintang, yang keluasaaannya tidak mampu diukur dengan hektar mahupun km persegi. Dialah Allah tuhan yang sedang mengingatkan kita tentang kehebatannya melalui perantaraan hujan dan banjir.
.
Sebagai kesimpulannya. Hujan dan banjir merupakan suatu pesanan yang datang dari tuhan. Memberi peringatan buat insan, Sebagai tanda cinta kasih dari Tuhan yang sentiasa mengingatkan kita untuk kembali ke pangkuan, Sujud mengiktiraf keagungan. Marilah bersama kita mengambil kesempatan di musim banjir dan hujan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Mimbar hari ini juga merakamkan salam takziah kepada keluarga magsa yang terkorban di musim tengkujuh kali ini. Mimbar jumaat hari ini juga mengambil kesempatan merakamkan takziah kepada mangsa banjir seluruh negara mudah-mudah mereka terus thabat dan dan bersabar dengan ujian Allah ini.
.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Sunday, November 15, 2009

Pagi ni hujan lebat..

Sejak kebelakangan ini hujan turun dengan mencurah-curah di berberapa tempat. Keadaan sebegini yang berterusan menyebabkan banyak tempat ditenggelami air. Dalam erti kata lain satu lagi fenomena yang dikaitkan dengan alam sekitar sedang melanda Negara . Banjir. Ya banjir di mana-mana. Banjir yang datang meragut apa sahaja yang cuba menghalang laluannya.

Bila cerita pasal banjir ni teringat cerita ustazah masa zaman sekolah-sekolah dulu. Cerita tentang Nabi Nuh dan banjir. Ya Nabi Nuh. Nabi yang Allah utuskan kepada umatnya. Nabi yang Allah anugerahlan dengan umur yang sangat panjang. Bayangkan ada pendapat mengatakan Nabi Nuh ni umurnya 950 tahun. Pergh! Lamanya umur Nabi Allah ni. Baginda berdakwah kepada umatnya beratus-ratus tahun, tetapi hanya berberapa puluh orang sahaja yang menyahut seruan dakwahnya. Bukan sekadar jumlah yang menyahut dakwahnya kecil, individu yang hampir dengan baginda pun menolak ajakannya untuk beriman kepada Allah.

وَهِيَ تَجْرِي بِهِمْ فِي مَوْجٍ كَالْجِبَالِ وَنَادَى نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَب مَّعَنَا وَلاَ تَكُن مَّعَ لْكَافِرِينَ {42} قَالَ سَآوِي إِلَى جَبَلٍ يَعْصِمُنِي مِنَ الْمَاء قَالَ لاَ عَاصِمَ الْيَوْمَ مِنْ أَمْرِ اللّهِ إِلاَّ مَن رَّحِمَ َحَالَ بَيْنَهُمَا الْمَوْجُ فَكَانَ مِنَ الْمُغْرَقِينَ {43} وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءكِ وَيَا سَمَاء أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاء وَقُضِيَ الأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْداً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ {44}

42. (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka Dalam ombak Yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, Yang sedang berada di tempat Yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah Engkau tinggal Dengan orang-orang Yang kafir".
43. Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah Gunung Yang dapat menyelamatkan Aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun Yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang Yang dikasihani olehNya". dan Dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak Yang derhaka itu) dari orang-orang Yang ditenggelamkan oleh taufan.
44. Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit Dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan Wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang Yang zalim".

Makanya dengan perintah Allah Langit memuntahkan hujan selebat-lebatnya, bumi menhemburkan airnya. Berlakulah banjir besar yang meranapkan segala ketamadunan yang ada. Turut memusnahkan segala kekufuran, segala kemunafikan dan segala kemaksiatan kepada Allah. Manusia seluruhnya kembali kepada Allah. Alangkah indahnya hidup dilingkungi keimanan yang sedemikian.

Mungkin banjir ditempat kita hari ini tidak seganas banjir yang pernah membinasakan kaum ingkar Nabi Nuh A.S. Tetapi banjir itu tetap banjir yang sama. Banjir yang tetap datang dari Tuhan yang sama. Komposisinya juga sama. Ikatan Hidrogen dan Oksigen ( H2O ). Banjir yang sama juga datang bagi menunjukan bahawa di sana ada sesuatu, kalau pun boleh katakan sesuatu mungkin bukan sesuatu tetapi bahkan semuanya yang kita tidak mampu dan diluar keupayaan kita. Siapa yang mampu menahan hujan dari turun ?. Walau pun ramai yang mendakwa jadi bomoh hujan, dengan pelbagai cara tetapi hujan itu tetap berada di dalam kekuasaan Allah. Ermm mungkin ada yang bertanya, macamna pulak dengan doa minta turun hujan ( Istisqa’) dan doa minta alihkan hujan. Ia masih di dalam leluasa Allah kan ?. Bukan pada tangan kita. Kita minta apa yang ada pada Allah untuk kita gunakan. Dengan syaratnya mohon pada Allah dan bukan upaya kita. Kita tetap tidak berupaya.
.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو ضَمْرَةَ أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ قَالَ حَدَّثَنَا شَرِيكُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي نَمِرٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَذْكُرُ أَنَّ رَجُلًا دَخَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ مِنْ بَابٍ كَانَ وِجَاهَ الْمِنْبَرِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمٌ يَخْطُبُ فَاسْتَقْبَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمًا فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكَتْ الْمَوَاشِي وَانْقَطَعَتْ السُّبُلُ فَادْعُ اللَّهَ يُغِيثُنَا قَالَ فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ فَقَالَ اللَّهُمَّ اسْقِنَا اللَّهُمَّ اسْقِنَا اللَّهُمَّ اسْقِنَا قَالَ أَنَسُ وَلَا وَاللَّهِ مَا نَرَى فِي السَّمَاءِ مِنْ سَحَابٍ وَلَا قَزَعَةً وَلَا شَيْئًا وَمَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ سَلْعٍ مِنْ بَيْتٍ وَلَا دَارٍ قَالَ فَطَلَعَتْ مِنْ وَرَائِهِ سَحَابَةٌ مِثْلُ التُّرْسِ فَلَمَّا تَوَسَّطَتْ السَّمَاءَ انْتَشَرَتْ ثُمَّ أَمْطَرَتْ قَالَ وَاللَّهِ مَا رَأَيْنَا الشَّمْسَ سِتًّا ثُمَّ دَخَلَ رَجُلٌ مِنْ ذَلِكَ الْبَابِ فِي الْجُمُعَةِ الْمُقْبِلَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمٌ يَخْطُبُ فَاسْتَقْبَلَهُ قَائِمًا فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكَتْ الْأَمْوَالُ وَانْقَطَعَتْ السُّبُلُ فَادْعُ اللَّهَ يُمْسِكْهَا قَالَ فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ قَالَ فَانْقَطَعَتْ وَخَرَجْنَا نَمْشِي فِي الشَّمْسِ قَالَ شَرِيكٌ فَسَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ أَهُوَ الرَّجُلُ الْأَوَّلُ قَالَ لَا أَدْرِي

Anas bin malik mengisahkan, seorang lelaki masuk ke dalam Masjid pada hari jumaat melalui sebuah pintu berhadan minbar, dia terus menuju kea rah Nabi yang sedang berkhutbah sambil berkata : Ya Rasulullah binatang-binatang telah banyak yang terkorban, perjalanan tidak dapat diteruskan ( kerana unta-unta tidak mampu bergerak ), berdoalah kepada Allah supaya menurunkan kami hujan. Maka baginda pun mengangkat tangan seraya berdoa. اللَّهُمَّ اسْقِنَا اللَّهُمَّ اسْقِنَا اللَّهُمَّ اسْقِنَا Ya Allah limpahi kami, limpahi kami, limpahi kami. Berkata Anas : Demi Allah, Kami lihat langit terlalu cerah tanpa ada kelompok awan walau sedikit pun. Dan tidak ada juga yang menghalang pandangan kami dari melihat bukit Sal’i. Tiba-tiba kami melihat awan muncul dari belakang bukit itu, Ia datang dalam keadaan berpusar-pusar. ( ada yang menyatakan seakan-akan ia datang seperti seorang lelaki sedang terbang ) Apabila awan sudah sampai di tengah-tengah langit maka ia berserakan lalu turunlah hujan. Maka berkata Anas, Demi Allah kami tidak melihat matahari selama berhari-hari ( sehingga jumaat hadapannya ) Kemudian masuk seorang lalaki melalui pintu yang sama sebelum ini. Pada ketika itu juga Nabi sedang berkhutbah. Dia lalu menuju kea rah Nabi seraya berkata : Ya Rasulullah, harta benda sudah binasa, jalan-jalan terputus, Berdoalah kepada Allah agar dia menahan hujan dari turun. Lantas baginda mengangkat tangan seraya berdoa :

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Ya Allah turunkan hujan di sekitar kami dan bukannya di atas kami. Ya Allah di atas bukit-bukit, gunung-gunung, dataran-dataran, lembah-lembah dan hutan-hutan.

Tiba-tiba hujan berhenti dan kami keluar dari masjid dalam suasana diterangi matahari.

.

Ustaz Khir : Banyak2 kan membaca doa ini :

.

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Thursday, November 12, 2009

Wang pencen tidak dikira harta pusaka

Soalan:SAYA ingin tahu mengenai wang ganjaran dan pencen seorang kakitangan awam yang sudah meninggal dunia. Si mati mempunyai dua isteri, seorang diceraikan (dengan isteri ini dia mempunyai tiga anak berusia daripada 17 tahun hingga 20-an) manakala isteri keduanya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah. Kemusykilan saya ialah wang pencen dan ganjaran si mati hanya dinikmati oleh semua anak tirinya, isteri dan anaknya sendiri yang berusia 17 tahun saja. Dua lagi anak si mati tidak mendapat sebarang habuan. Saya berpendapat dalam hal ini pembahagian adalah sangat tidak adil kerana anak sendiri tidak mendapat apa-apa habuan daripada harta (wang ganjaran dan pencen) bapa mereka. Bagaimanakah hal ini boleh terjadi?
.
Isteri musykil,Selangor.
.
Jawapan:PUAN, untuk menjawab persoalan ini, rujukan akan dibuat terhadap Akta Pencen. Pencen adalah harta kepunyaan seseorang jika beliau menerima pencen itu semasa masih hidup. Oleh itu, apabila meninggal dunia, pencen yang masih belum sempat dikeluarkan semasa hayatnya adalah menjadi pusaka dan perlu dibahagikan menurut faraid.
Menurut Perkara 27 (1) Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 1980), wang pencen si mati boleh dibayar kepada orang tanggungan si mati tanpa perlukan sebarang surat kuasa.
Bagaimanapun, apabila ia termasuk sebagai pusaka, penerima pencen hendaklah membahagikannya kepada waris menurut faraid.
Merujuk persoalan puan, isteri yang diceraikan sebelum si mati meninggal dunia, tidak termasuk sebagai waris pusaka. Namun, puan tidak merujuk secara khusus dan jelas berkaitan anak dan isteri mana yang menerima wang pencen dan ganjaran si mati. Maka, huraian ini adalah khusus kepada huraian biasa berkaitan pencen, pencen terbitan, ganjaran dan ganjaran terbitan.
Apabila pesara meninggal dunia, bayaran pencen kepada akan diberhentikan. Bayaran pencen akan disambung bayar kepada orang tanggungan dan bayaran itu dinamakan Pencen Terbitan. Akta Pencen menetapkan apabila pesara meninggal dunia, bayaran pencen berikutnya akan dibayar kepada orang tanggungan yang layak menerima saja.
Tafsiran orang tanggungan menurut Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238) menyatakan, mereka termasuklah balu atau duda dan anak pesara (si mati) yang belum mencapai umur 21 tahun dan belum berkahwin serta anak yang menuntut di institusi pengajian tinggi untuk ijazah pertama. Anak angkat, cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal sehingga tidak mampu menanggung diri sendiri juga layak mendapat pencen terbitan itu.
Untuk menentukan jumlah akan diterima setiap bulan oleh tanggungan, ia dikira 1/600 x tempoh perkhidmatan (dikira dalam bulan) x gaji terakhir pesara.
Menurut Wan Abdul Halim Wan Harun dalam Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka yang merujuk kertas taklimat Pengurusan Pencen di bawah Sistem Pentadbiran Pencen oleh Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam antara lain menyatakan, objektif Skim Pencen yang hanya dibuat kepada tanggungan pesara dan bukannya waris menurut faraid adalah untuk meringankan beban tanggungan dengan memberi saraan hidup kepada tanggungan pesara yang meninggal dunia sebagai pengorbanan atau pemberian kerajaan kepada kakitangannya. Maka, pencen terbitan tidak dikategorikan sebagai harta pusaka.
Ganjaran pula adalah pemberian majikan kepada kakitangan yang sudah bersara atau dikehendaki bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Ia diberikan secara sekali gus kepada anggota yang berpencen bukan seperti pencen yang akan dibayar setiap bulan kepada pesara.
Menurut Wan Abdul Halim yang merujuk Perkara 4 Peraturan-peraturan Pencen 1980 PU (A) 176 tahun 1980, ganjaran diberikan kepada pesara dikira mengikut formula yang ditetapkan iaitu 1/20 x tempoh perkhidmatan (dikira dalam bulan) x gaji terakhir diterima.
Namun, jika seseorang itu bersara, ganjaran akan diberikan kepadanya. Jika beliau meninggal dunia, ganjaran akan diberikan kepada tanggungannya iaitu balu, anak, duda dan ibu bapa. Ia dinamakan ganjaran terbitan.
Akta Pencen tidak mentakrifkan ganjaran terbitan sebagai harta pusaka si mati walaupun sehingga kini khalayak mempersoalkan supaya ganjaran terbitan boleh ditakrifkan sebagai harta pusaka dan hendaklah dibahagikan menurut faraid.
Sudah diperbincangkan bahawa ganjaran terbitan tidak boleh disamakan dengan pencen terbitan. Ini kerana pencen terbitan dikatakan sumbangan kerajaan kepada tanggungan si mati setiap bulan dan ia akan terhenti dengan sebab tertentu seperti apabila anak mencapai umur 21 tahun, sudah berkahwin, tamat pengajian ijazah pertama atau balu atau anak kurang upaya kemudian meninggal dunia.
Ganjaran terbitan diberikan bersangkutan dengan khidmat seseorang dalam kerajaan. Jumlah bayaran berdasarkan tempoh perkhidmatan pesara. Oleh itu, perkiraan ganjaran terbitan sudah ada dan jumlahnya sudah diketahui apabila berlaku kematian. Namun, sehingga kini tujuan dan matlamatnya kurang jelas.
Walaupun Jawatankuasa Fatwa pada 12 September 1988 menyarankan supaya Akta Pencen 1980 dikaji semula namun muzakarah bersetuju bahawa ganjaran terbitan dan pencen terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka dan kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.
Ini berdasarkan hujah jawatankuasa itu bahawa ganjaran terbitan dan pencen terbitan yang diperuntukkan Akta Pencen 1980 ialah hadiah kerajaan kepada tanggungan kakitangan kerajaan apabila kakitangan itu meninggal dunia.
Pemberian dibuat atas asas ganjaran kerana perkhidmatan dengan kerajaan seperti diperuntukkan dalam Akta Pencen. Pemberian itu disebutkan sebagai hak tanggungan dan jumlahnya tidak diketahui. Maka, ganjaran dan pencen bukanlah sebagai harta pusaka atau peninggalan si mati yang mesti dibahagikan menurut faraid.
Oleh itu, puan dinasihatkan merujuk persoalan puan kepada kaedah pembahagian di Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam demi mengetahui pembahagian dan tanggungan yang disenaraikan oleh pesara semasa hayatnya.
.
.
Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.

Thursday, November 5, 2009

Kuliyah Fiqh

Imam Syafie adalah imam yang ke-3 mengikut susunan kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan pembaharu agama ( Mujadid ) bagi abad yang kedua hijrah.
.
Imam Ahmad bin hanbal pernah berkata : Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Allah " menghantar kepada umat ini seorang pembaharu agama " Umar bin Abd Aziz adalah mujaddid kurun pertama dan aku berharap ( kata Imam Ahmad bin Hambal ) Imam syafie untuk seratus tahun yang kedua.
.
Masa hidup Imam syafie adalah semasa pemerintahan Abbasiyah ( 750 M - 1453M ). Diwaktu ini adalah suatu permulaan bagi perkembangan ilmu pengetahuan. Di samping itu juga, penterjemahan kitab-kitab, ilmu falsafah mulai meluas, dipindahkan serta disusun dan pelbagai fahaman telah timbul dikalangan masyarakat Islam. Berbagai peristiwa yang berkaitan dengan masyarakat telah berlaku dan bermacam pula aliran fikiran yang berkembang.
.
Percubaan untuk membuat kacau dan kejahatan di kalangan umat telah berlaku daripada golongan mutakallimin serta pengacau yang telah keluar dari agama. Perbezaan antara puak atau ahlulk-Hadith dan ahlil-Nakli dengan puak Ra'i mula diketahui ramai. Perbincangan dan perdebatan antara kedua-duanya semakin meluas tetapi Imam Syafie lebih cenderung kepada puak pertama.
.
Pada masa ini juga kerajaan Islam telah berkembang dan ibu-ibu kota besar membangun yang terkenal sebagai gedung ilmu pengetahuan seperti bandar Baghdad, Kufah, Basrah, Damsyik, Qurtubah, Qairawan dan lain-lain lagi.
.
Inilah gambaran serba ringkas tentang keadaan di mana lahirnya seorang bintang. yang menjadi ikutan dan panduan kita menurut Manhaj Baginda S.A.W. Insya Allah pada kuliyah yang akan datang kita akan menceritakan pula tentang kelahiran dan keturunan Imam Syafie.

Monday, November 2, 2009

Angkara tauliah atau apa...?

Hah Dr Asri ditangkap. Pelik, aneh dan janggal sekali bunyinya. Tak terlintas difikiran saya tentang penangkapannya. Walaupun memang jangkaan awal bila berita ini keluar saya sudah dapat menangkap kemungkinan asas penangkapan tersebut. tetapi kenapa alasan ketiadaan tauliah diwar-warkan. Apa tauliah yang diperlukan oleh seorang pensyarah dan bekas Mufti yang telah mencurahkan ilmunya kepada masyarakat. Kalau Dr Asri ditangkap kerana ketiadaan tauliyah maka apa status anak-anak didiknya dari yang memegang Ijazah sarjana Muda, Master sehinggalah Phd ?. Tak layak ker seorang Dr ada tauliah Phd, pernah menjadi Mufti, masih tak layak berceramah. Sedangkan kalau di sesetengah Negeri, Muftilah yang mengeluarkan tauliah. Tiba-tiba si pengeluar tauliah itulah yang tak ada tauliah. Tak aneh ker tuh ?
.
Kalaulah Dr Asri ada melakukan kesalahan yang lain kenapa alasan ketiadaan tauliah dijadikan alasan. Isu yang sama juga pernah menimpa Dato' Ismail kamus bila ada orang mempertikaikan sama ada beliau ada tauliah atau tidak. Pelik. Kenapa mengajar Agama memerlukan tauliah. Apa tak cukup ker, dengan ijazah yang diberikan dari Universiti Islam Antarabangsa, Universiti malaya bahkan tak cukup ker Ijazah yang dikeluarkan dari Universiti Al-Azhar, dan Universiti-universiti timur tengah yang lain. Mengapa dalam proses mengajak kebaikan perlu ada tauliah. Kenapa tak ada yang tanya Beyonce ada ker tauliah nak menyanyi kat Malaysia. Mengapa mengajak ke arah kemaksiatan tiada ada prosedur yang menyusahkan ni. Tetapi dalam menyampaikan kebaikan dan kebenaran terlalu banyak pula prosedurnya. nak kena periksa dulu, dah lulus baru interview. Dengan kerenah peroses yang terlalu lama dan membingungkan.
.
Bercakap di atas pengalaman peribadi. Saya memohon tauliah untuk sebuah negeri. Memang saya ada tauliah mengajar di Negeri Sembilan dan dalam proses untuk memegang tauliah negeri Perak. Jadi untuk tauliah di sebuah Negeri ini saya telah pun menghantarkan permohonan seawal bulan 5. Yang sangat menyayat hati lagi menyedihkan, sehingga bulan 10 belum ada sebarang maklum balas. bila saya menelefon ke Jabatan Agama Negeri berkenaan, dimaklumkan permohonan saya masih belum sampai ke tangan mereka. Maksudnya apa ?. Maksudnya borang saya masih belum diproses!. kalau sampai pun belum, macamana nak proses ?. Tak sampai, bukan maksudnya posmen tak hantar, tapi siapa ntah yang buat kerja di Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah yang menyebabkan ia lambat di submit ke Jabatan Agama Negeri. Apa perlunya mereka menyimpan permohonan saya selama 5 bulan. Untuk apa ?. Nak semak apa ?. Nak cari apa ?. Sedangkan tugas mereka cuma memberi sokongan untuk di submitkan ke Jabatan Agama Islam Negeri. Kalau sudah diperam sampai jadi pekasam, bila pula nak sampai. Bila dah sampai pula nanti, berapa lama pula masa untuk diproses ?. Bila dah diproses kena menghadiri kursus pulak, lepas tu baru interview. Baru dapat tauliah . Itupun kalau mereka berpuas hati dengan kita. Kalau tidak mengulanglah semula. Kesimpulannya, berapa lama masa yang dihabiskan untuk mendpatkan tauliah ?. Dalam tempoh setahun itu siapa yang akan bertanggung jawab menyampaikan ilmu ???. Kalau nak juga ceramah dan mengajar maka akan berhadapan dengan tindakan kena tangkap.. Susahnya nak bantu kerajaan memperbaiki masyarakat. Meminjam kata-kata seorang teman, orang yang hebat adalah orang yang mampu memudahkan perkara yang sukar, bukan menyukarkan perkara yang mudah!.
.
Ada juga hikmah di dalam kes Dr Asri ni. Persoalan yang ditimbulkan juga sangat bernas. Adakah orang yang berceramah di 14 buah negeri, mereka memerlukan 14 tauliah. Fuh!.. maksudnya dia akan habiskan masa mungkin setahun, mungkin dua tahun, mungkin bertahun-tahun lagi. huh.. Saya yang baru ada 1 tauliah, 1 dalam proses dan 1 lagi ntah ke mana borang saya, itu pun dah frust dah. Bayangkan kena mohon 14 tauliah. Fuh!. Minta JAKIM buat sesuatu untuk selesaikan masalah ni. Sahabat-sahabat di dalam JAKIM mungkin sedang merangka nak buat sesuatu.
.
Kalau masalah ni tak selesai sampai bila-bila, maka akan ramai lagi tokoh-tokoh hebat akan ditahan. Tak Mustahil lepas ni ada juga bekas Timbalan Menteri kena tahan sebab ceramah tak ada tauliah. Hehehe. Hati-hatilah berceramah. Khususnya di Selangor. Bukan masalah kerjaaan Pakatan Rakyat, tapi semua masalah ni JAIS yang menimbulkannya. Yang terpalit adalah kerjaan Negeri Selangor.
>
Ustaz Khir : Proses tauliah yang paling efisyen di Jabatan Mufti Negeri Sembilan kot. Sebab ada sahabat-sahabat yang best2. Khususnya Ustaz Syafie dan Ustaz Hafiz.. :)

Sunday, November 1, 2009

Tak tahu nak gelak ke tak..

Soalannya, apakah maksud Tomakninah الطمأنينة ?. apa ye jawapannyer ?. Kalau solaan yang sama ditanya kepada budak-budak PASTI saya pasti lagi yakin akan melompat-lompat mereka mengangkat tangan untuk membeli jawapan. Ermm tapi yang sedihnya.. tak tahulah nak explain sedihnya tu macamna.. geli hati dan kelakar pun ada, soalan ini antara solan yang boleh dibilang yang mendapat jawapan betul bila ditanya kepada hampir 120 orang pelajar-pelajar saya.
.
Nak tahu apa jawapannya , ada yang jawab mereka yang layak menerima zakat. Ada yang jawab macam-macam lagi. Itu baru satu soalan. Tak masuk soalan apa dia larangan-larang hadas besar. Lagi macam-macam, daripada menutup kepala sampailah tak boleh bercakap. Amboi.. susahlah kakak-kakak kita yang haidhnyer lama. Bercakap pun tak boleh.
.
Inilah gambaran remaja kita. Itu baru sebahagian kecil dari segugus masalah yang kita tak ketemu dan jumpa. Siapa ye nak dipersalahkan ?. Memang teruk sangat. Kalau dah samapai sayrat sah solat pun tak tahu, rukun solat pun tak tahu, hadas besar pun tak tahu. Kita sepatutnya rasa sangat bimbang dan sangat khuatir. Ker kita rasa itu masalah yang kecil jer. Tak sama dengan masalah ekonomi negara. Maka tidak pelik bila maan ada yang mengatakan kalau dia berpeluk pun ekonomi negara tak jatuh. Sebab kita pandang yang berkaitan dengan agama ini terlalu remeh.
.
Kira-kira saya mudah ajer. Zaman Mak dan Ayah kita kebanyakan mereka khatan Al-Quran dan boleh membaca Al-Quran dengan perubahan zaman kita jadi buta Al-Quran. Bayangkan dengan generasi Mak Bapak yang buta Al-Quran , maka anak-anak pula akan jadi apa... kalau yang sudah baik pun tak ada jaminan meneruskan kesinambungan kebaikan itu, bagaimana pula mak bapak yang sebaliknya. Kena ingat remaja sekarang ni bakal menjadi mak bapak dan pemimpin negara suatu masa yang akan datang. Apa akan jadi..?.
.
Ermm betullah apa yang saya baca baru-baru ni bila orang kaitkan apa yang berlaku dengan agenda yang lebih besar. iaitu agenda yahudi membinasakan umat Islam. Nampaknya apa yang mereka rancang tu dah pun berhasil.
.
Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara yang menghancurkan Tamadun kita!!!!
.
1. Song. Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tahu mengucap. Tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi. Hingga kita terfikir. Bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
.
2. Sex. Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. Di kaca tv, dalam filem, dalam iklan. babak sex amat lumrah. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Semurah 50 sen. Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.
.
3. Smoke. Rokok menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mahu digelar "up to date". Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret.(tengok dari filem P Ramlee).Syabas yahudi, berjaya lagi kamu.
.
4. Sport. Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan. Hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang tinggal. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton di rumah akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL. Yahudi gol lagi, sampai ada ulamak kata, kerana sukan, sembahyang boleh tangguh. Masya-Allah.
.
5. Fun. Hiburan di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah. mungkin 99 adalah majalah hiburan termasuklah majalah mangga yang menayangkan buah mangga artis perempuan. Kalau ada konsert sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert pelbagai maksiat akan diselit masuk. Yahudi terhibur lagi.
.
6. Female. Perempuan tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan. Kalau kita ke kedai bateri kereta di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Yahudi bersorak lagi.
.
7. Fashion. Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung. Bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut diwarnakan, sembahyang pun tak sah. Malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. itu tak kira yang cukur bulu kening lagi. Yahudi ketawa lagi. Umat islam sudah jadi macam Yahudi.
.
8. Food. Makanan. Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat. Adakah kita yakin tentang halalnya? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi tetapi berfikiran pun macam yahudi. Nauzubillah. Yahudi makan Islam lagi.