Pages

Thursday, November 5, 2009

Kuliyah Fiqh

Imam Syafie adalah imam yang ke-3 mengikut susunan kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan pembaharu agama ( Mujadid ) bagi abad yang kedua hijrah.
.
Imam Ahmad bin hanbal pernah berkata : Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Allah " menghantar kepada umat ini seorang pembaharu agama " Umar bin Abd Aziz adalah mujaddid kurun pertama dan aku berharap ( kata Imam Ahmad bin Hambal ) Imam syafie untuk seratus tahun yang kedua.
.
Masa hidup Imam syafie adalah semasa pemerintahan Abbasiyah ( 750 M - 1453M ). Diwaktu ini adalah suatu permulaan bagi perkembangan ilmu pengetahuan. Di samping itu juga, penterjemahan kitab-kitab, ilmu falsafah mulai meluas, dipindahkan serta disusun dan pelbagai fahaman telah timbul dikalangan masyarakat Islam. Berbagai peristiwa yang berkaitan dengan masyarakat telah berlaku dan bermacam pula aliran fikiran yang berkembang.
.
Percubaan untuk membuat kacau dan kejahatan di kalangan umat telah berlaku daripada golongan mutakallimin serta pengacau yang telah keluar dari agama. Perbezaan antara puak atau ahlulk-Hadith dan ahlil-Nakli dengan puak Ra'i mula diketahui ramai. Perbincangan dan perdebatan antara kedua-duanya semakin meluas tetapi Imam Syafie lebih cenderung kepada puak pertama.
.
Pada masa ini juga kerajaan Islam telah berkembang dan ibu-ibu kota besar membangun yang terkenal sebagai gedung ilmu pengetahuan seperti bandar Baghdad, Kufah, Basrah, Damsyik, Qurtubah, Qairawan dan lain-lain lagi.
.
Inilah gambaran serba ringkas tentang keadaan di mana lahirnya seorang bintang. yang menjadi ikutan dan panduan kita menurut Manhaj Baginda S.A.W. Insya Allah pada kuliyah yang akan datang kita akan menceritakan pula tentang kelahiran dan keturunan Imam Syafie.

0 comments:

Post a Comment