Pages

Thursday, May 19, 2011

Cabang Iman Iman kesebelas الخوف

Firman Allah S.W.T :


إِنَّمَا ذَلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءهُ فَلاَ تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ


Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), Karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaku, jika kamu benar-benar orang yang beriman.[1]


Takut kepada Allah adalah manifestasi pengiktirafan sepenuhnya kepada Allah di atas kekuasaan dan keagungan-Nya serta pengiktirafan sepenuhnya terhadap keupayaan Tuhan menguasai seluruh makhluknya. Pencuaian terhadap pengiktirafan ini bererti gagal di dalam kesempuranaan peng-ibadat-an seorang hamba. Hal ini kerana di antara hak seorang hamba adalah sentiasa merasa takut kepada tuannya dan dan sentiasa merasa lemah di hadapan tuannya.


Kata Imam Al-Hulaimi الخوف itu ada di dalam berberapa bentuk :


i. Perasaan yang terhasil tatkala seorang hamba memikirkan kelemahan dirinya, kehinaannya, ketidak mampuannya dan kegagalannya menghalang kemahuan Allah seandainya Allah menginginkan musibah ke atasnya. Inilah perasaan takut seorang anak kepada bapanya dan perasaan takut seorang rakyat kepada rajanya.


ii. Perasaan yang datang dari rasa cinta. Perasaan cinta yang terhasil tatkala melihat setiap masa dan waktu ia dilimpahi dengan kenikmatan, kelebihan, rezeki dan pelbagai pemberian. Maka dengan perasaan cinta itu terhasil rasa takut. Takut kehilangan cinta itu dan takut hilangnnya segala kenikmatan yang sedang dikecapi.


iii. Perasaan yang datang dari janji buruk yang sedang menanti.



Banyak ayat-ayat al-quran dan hadith-hadith yang menyokong ketiga-tiga pembahagian ini. Di atas tujuan meringkaskan perbahasan dan mengutamakan kefahaman, penulis tidak berhasrat untuk menyatakan kesemua dalil-dalil berkenaan.


Firman Allah S.W.T :


وَإِذَا مَسَّكُمُ الْضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَن تَدْعُونَ إِلاَّ إِيَّاهُ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ وَكَانَ الإِنْسَانُ كَفُوراً 67 أَفَأَمِنتُمْ أَن يَخْسِفَ بِكُمْ جَانِبَ الْبَرِّ أَوْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِباً ثُمَّ لاَ تَجِدُواْ لَكُمْ وَكِيلاً {68} أَمْ أَمِنتُمْ أَن يُعِيدَكُمْ فِيهِ تَارَةً أُخْرَى فَيُرْسِلَ عَلَيْكُمْ قَاصِفا مِّنَ الرِّيحِ فَيُغْرِقَكُم بِمَا كَفَرْتُمْ ثُمَّ لاَ تَجِدُواْ لَكُمْ عَلَيْنَا بِهِ تَبِيعاً 69


Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih.


Maka apakah kamu merasa aman (dari hukuman Tuhan) yang menjungkir balikkan sebagian daratan bersama kamu atau dia meniupkan (angin keras yang membawa) batu-batu kecil? dan kamu tidak akan mendapat seorang pelindungpun bagi kamu,


Atau apakah kamu merasa aman dari dikembalikan-Nya kamu ke laut sekali lagi, lalu dia meniupkan atas kamu angin taupan dan ditenggelamkan-Nya kamu disebabkan kekafiranmu. dan kamu tidak akan mendapat seorang penolongpun dalam hal Ini terhadap (siksaan) kami.[2]


Ibnu Mas’ud R.A pernah mengungkapkan : “Sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan punca segala hikmah itu adalah takutkan Allah”


Manakala di dalam sebuah hadith Baginda S.A.W menyebutkan :


ثلاث مهلكات ، و ثلاث منجيات ، فقال : ثلاث مهلكات : شح مطاع ، و هوى متبع ، و إعجاب المرء بنفسه . وثلاث منجيات : خشية الله في السر و العلانية ، و القصد في الفقر و الغنى ، و العدل في الغضب و الرضا


“Tiga perkara yang membinasakan dan tiga perkara penyelamat: Sifat kikir yang dipatuhi, hawa nafsu yang dituruti, kagum dengan diri sendiri; Tiga penyelamat ialah takutkan Allah secara rahsia dan terang-terangan, dan berhemat semasa fakir dan senang, adil semasa marah dan redha.


Takut yang ada dalam diri manusia iatu boleh berlaku di dalam pelbagai bentuk. Ada manusia yang takut kepada binatang buas, ada yang takut kepada kematian, ada yang takut kehilangan hartanya dan pelbagai lagi perasaan takut yang melanda jiwa manusia. Kesemua perasaan takut itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang dipuji dan dicela.


Takut yang dipuji itu adalah perasaan takut yang tidak diiringi dengan kemurkaan Allah. Adapun perasaan takut yang datang kerana kecintaannya terhadap sesuatu dan kekhuatirannya terhadap sesuatu sehingga mengundang kemurkaan Allah maka itulah takut yang dicela.


عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِى رَبَاحٍ أَنَّهُ سَمِعَ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- تَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَانَ يَوْمُ الرِّيحِ وَالْغَيْمِ عُرِفَ ذَلِكَ فِى وَجْهِهِ أَقْبَلَ وَأَدْبَرَ فَإِذَا مَطَرَتْ سُرَّ بِهِ وَذَهَبَ عَنْهُ ذَلِكَ. قَالَتْ عَائِشَةُ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ « إِنِّى خَشِيتُ أَنْ يَكُونَ عَذَابًا سُلِّطَ عَلَى أُمَّتِى ». وَيَقُولُ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ « رَحْمَةٌ »


Daripada ‘Atho’ bin Abi Robah , dia mendengar ‘Aisyah berkata, Baginda S.A.W apabila cuaca mendung dan hujan akan turun dapat dikesan kerisauan Nabi S.A.W melalu riak wajahnya. Baginda akan mundar mandir. Apabila hujan telah turun baginda berasa lega dan hilang kerisauann pada wajahnya. Maka ‘Aisyah mengatakan : Aku bertanya kepada baginda keadaan tersebut . Baginda lantas bersbda : “ Aku khuatir azab akan diturunkan ke atas umatku. Apabila baginda melihat hujan lantas mengatakan : Rahmat”


Di sisi Ulamak Sufi perbahasan mengenai الخوف adalah di antara perbahasan yang sangat penting. Ulamak-ulamak Sufi seperti Imam Ghazali, Al-Qosyani, Al-Jurjani, Ibnu ‘Arabi dan lain-lainnya, membahaskan sifat الخوف ini dengan perbahasan yang sangat mendalam. Sebahagain ahli sufi itu membahagikan الخوف itu kepada 3 peringkat :


i. Takut kepada balasan – Takut orang awam.


ii. Takut kehilangan لذة الحضور (perasaan merasa kehadiran Allah ) – Takut golonngan muroqobin.


iii. Takut yang dinamakan هيبة - Mereka golongan yang takut dipalingkan sesudah diterima.


Kemuncak الخوف ini adalah Nabi S.A.W tatkala baginda S.A.W bersabda :


أَمَا وَاللَّهِ إِنِّى لأَتْقَاكُمْ لِلَّهِ وَأَخْشَاكُمْ لَهُ


Adalah aku orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu dan aku yang paling takut kepada Allah berbanding kamu.








[1] Ali Imran : 175


[2] Al-Israa’ : 67-69

Jom refresh Iman

PELUANG MENAMBAH SAHAM AKHIRAT ;

Bagi membantu mengumpul dana Kapas Extreme Club ( Bidor ).

K.E.C merupakan sebuah kelab brbasikal di bawah bimbingan Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk membina budaya hidup Islam di kalangan remaja Bidor. Pelbagai program disusun untuk merapatkan remaja kepada Islam diantaranya : jelajah masjid, ibadah camp, perkemahan dll. Semoga dengan sedikit sumbangan yang dihulurkan memberikan saham terhadap pembinaan generasi Muda yang sayangkan Islam!.

Sumbangan boleh disalur melalui :

155135092640 (Maybank) Mohd Khir Johari bin Abas