Pages

Wednesday, June 24, 2009

Pengertian Syariah Islamiyah

Syariah Islamiyah adalah set hukum-hukum yang ditetapkan Allah untuk manusia keseluruhannya melalui perantaran Nabi S.A.W. yang dikandungkan di dalam Al-Quran dan Hadith.

Topik perbahasan Syariah Islamiyah.

Hukum-hukum I’tiqad ( الأحكام الإعتقادية )

Terkandung di dalam perbahasan hukum-hukum I’tiqad adalah semua perkara yang bersangkutan dengan ilmu tauhid yang menyucikan zat Allah S.W.T, mengakui kewujudan malaikat, para nabi, jin, qiyamah, syurga dan neraka. Bagi menjelaskan masalah ini para ulamak meletakan Ilmu tauhid bagi membahaskannya.

Hukum-hukum Wujdaniyah ( الأحكام الوُجْدانية )

Terkandung di dalam perbahasan hukum-hukum al-wujdaniah adalah segala yang berkaitan dengan akhlak, seperti sifat zuhud, wara’, sabar dan al-hilm. Bagi menjelaskan perkara ini ulamak menyusun ilmu akhlak atau tasawuf.

hukum-hukum perbuatan ( الأحكام العَمَلية )

Terkandung di dalam hukum-hukum perbuatan adalah semua perkara yang bersangkutan dengan hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan Allah dalam bentuk amalan dan perbuatan, seperti solat, jual beli, niat iktikaf dan zakat. Bagi menjelaskan masalah ini para ulamak menyusun ilmu fiqh.

Tarikh Tasyri’( التاريخ التَّشْرِيْع ) hanya membincangkan tentang perkembangan ilmu Fiqh bermula dari zaman Nabi sehinggalah terbentuknya mazhab-mazhab Fiqh seperti Mazhab Syafi’ie, Mazhab Hanafi, Mazhab Syiah, Mazhab Imam Laith, Mazhab Az-Zaidiyah dan sebagainya sehinggalah zaman sekarang ini. Pada kuliyah yang lalu sudah diceritakan tentang peringkat perbahasan ilmu Tarikh Tasyri’( التاريخ التَّشْرِيْع ). Oleh yang demikian adalah menjadi suatu keperluan untuk kita memahami makna dan pengertian Fiqh. Fiqh الفقه dari sudut bahasa bererti Faham dan Mengetahui. Berdasarkan Firman Allah S.W.T :


وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةًفَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِوَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ


Maksud perkataan لِّيَتَفَقَّهُو di dalam ayat tersebut adalah “FAHAM” , “ MENGETAHUI ” keseluruhan perkara yang berkaitan dengan agama.

Fiqh الفقه dari sudut Istilah :

العِلْمُ بِالأحْكَامِ الشَّرْعِيَّةِ العَمَلِيَّةِ المُكْتَسَبِ مِنْ أَدِلَّتِهَأ التَفْصِيْلِيَّةِ
Ilmu berkaitan hukum-hukum Syar’iyah Perbuatan yang diperolehi ( hukum-hukum tersebut ) daripada dalil-dalil yang terperinci.

Maka berdasarkan takrifan ini seseorang yang mahir dalam ilmu fiqh digelar sebagai Al-Faqih الفَقِيْه atau Fuqaha’ الفُقَهَاء bagi jamak ( ramai ) . Takrif bagi Faqih adalah : “Seseorang yang mempunyai kemampuan khusus dan keupayaan mengistinbat ( menghasilkan ) hukum-hukum syara’ daripada dalil-dalilnya yang terperinci”. Dengan Istilah ini Faqih dan Mujtahid adalah sama.

Perbezaan di antara Fiqh dan Syariah

Syariah itu umum meliputi Fiqh, Tauhid dan Tasawuf. Manakala Fiqh adalah satu bahagian dari Syariah tersebut.

Syariah meliputi hukum dan kaedah-kaedah penurunan Al-Quran dan periwayatan Hadith Nabi S.A.W. Manakala fiqh adalah dari sudut pelaksanaan. Merujuk lepada hukum-hukum yang dihasilkan dari Al-Quran dan Al-Hadith.
.
.
.
.
.
Bersambung minggu hadapan - kelas online kita setiap hari khamis..
.
.
.
.
Ustaz khir : Gambar tersebut diambil ketika kesempatan mengunjungi As-Syeikh Doktor Wahbah Az-Zuhaily pada kunjungan kami ke Syria tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment