Pages

Thursday, September 12, 2013

Program kami RM5 je :)


Kali ini GEMPAQ sekalai lagi menjelma. Untuk siri ke-3. Untuk kesekian kalinya program yang kami anjurkan mendapat sambutan yang Al-Hamdulillah. Bemula Jun 2011, ini adalah siri2 program yang kami anjurkan dengan tema JOM BUDAYAKAN ilmu.

Bila bercerita pasal program, kadang2 orang bertanya, banyak ye program Ustaz ?. Saya cuma kata Al-Hamdulillah. Ada juga yang nakal bertanya : Fuhh kayalah Ustaz, banyak masyuk. Hehehehe, pun saya kata Al-Hamdulillah. Ada masa kita boleh kongsi kekayaan saya. Hehehe. Iskh Iskh Iskh. Jom kita kira. Antara program yang saya buat Jom Membina Matlamat. Kita ada lebih kurang 10 orang kakak dan abg Fasi yang sebahagiaannya kami bayarkan tambang dan berikan sedikit duit minyak. Kita pun ada jemput dua orang ustaz untuk buat pengisian. Tak lupa juga ada makan pagi, makan tengahari, makan malam, makan pagi esoknya. Semua pelajar dapat pelbagai hadiah dan seorang dapat sehelai T-Shirt yang harganya sekitar RM 10. hehehehe. Berapa ye saya untung.. Ha kalau nak tahu kena tanya berapa yuran penyertaan. Yurannya sebanyak RM5 shaja. Ringgit Malaysia Lima sahaja. memang tak ada kosng hujung tu. memang lima aje. Ye Lima. Errr kayakan buat program???. Itu bukan yang pertama bahkan selepasnya adalah berbelas lagi program menyusul dan sebelumnya dah berpuluh program seumpamanya. Haa itu belum dikira hanya setengah sahaja yang bayar yuran. Hehehehe. Alhamdulilah. Itu kepuasan kami.

Cuma kadang-kadang jadi tak tahu arah dan tak tahu nak kata apa, bila ada penceramah-penceramah yang meletakkan harga sampai saya sendiri terduduk. Jangan risau.. insya Allah kalau tak letak pun, orang tahu berpa nilai anda. Pengalaman menguruskan program untuk masyarakat. Cadangnya naklah menjemput seseorang untuk buat pengisian. Sangat terkejut bila dimaklumkan duit cash yang diminta sebanyak RM3500. What RM3500 ???. Surau kami nak dapat RM 3500 tu kena tunggu berbulan-bulan. Saya cubalah mintak2 kurang kalau boleh dikurangkan adalah peluang orang kampung untuk mendengar ceramahnya secara live. Biasa tengok dalam Tv je. Sedih sangat saya, satu sen pun tidak mahu dikurangkan. Sedih. Sedih. Sedih.

Kami di Al-Muqri pun bukan tidak biasa menjalankan kursus dan latihan di pelbagai sektor awam atau swasta. Teringat lagi pengalaman Manager saya diminta mengubah quotation kerana tawaran kami terlalu rendah. Kami katakan kami bukan cari untung, kami menyampaikan ilmu. Sekadar lepas keperluan, maka memadai. Baiknya hati Pegawai tersebut, minta kami ubah quotation dan katanya itulah harga pasaran sekarang. Saya cuma senyum.

Apa-apa pun setiap orang ada hasrat yang terpendam di dalam lubuk hatinya. Apa yang mereka inginkan itulah yang mereka dapat. Yelah orang meniaga mestilah nak cari untung, tetapi ingatan saya jangan ambil kesempatan dari kesempitan orang. Binalah manusia dengan kejujuran dan keikhlasan. Salam Program.

Tuesday, September 10, 2013

Betulkan... kenapa degil!!!

Apa perasaan anda tatkala dikatakan : " Eh salah ni awak baca.. bacaan yang betul bukan begini..".
Realitinya itulah yang berlaku. Sekadar perkongsian pengalaman. Setelah menjalankan kempen yang sangat agresif untuk memperbaiki bacaan solat. Ramailah yang mengambil kesempatan di kuliyah di mana-mana untuk bacaan mereka diperdengarkan. Antara ramai-ramai yang datang menemui itu, seorang ni sangat menarik perhatian. Saya terpaksa menghabiskan masa selama hampir 2 minggu untuk mendengar keseluruhan bacaannya. Natijahnya apa ???. Alhamdulillah dia rasa sangat lapang. Sangat yakin. Bahkan sekarang ni dah yakin mengajarkan bacaan solat untuk orang lain. Nampak ???. Apa impaknya ???.
 
Anda...???. Ya anda.. Anda yang sedang membaca. Bila kali akhir anda memperbaiki bacaan solat ?. Bila kali akhir anda minta ustaz atau ustazah betulkan bacaan solat anda ? Bila ?. Masa darjah 6 ?. Masa tingkatan 3 ?. Masa kelas KAFA?. Bila dan bila ?. Saya dapat rasakan perasaan anda.
 
Sekarang ?. Kenapa tak betulkan bacaan anda sekarang ?. Sibuk ?. Yaaa memang kita sentiasa sibuk sehingga kita mengunjungi liang lahad. Tak kan nak tunggu masa tu. Itu masa berehat. Bukan masa untuk dipukul dan dipalu sehari-hari. Jadikan masa berehat tu untuk kita berehat dengan tenang. Dari riak wajah anda.. kelihatan anda masih memikirkan sesuatu . Nak fikir apa. Cuba tanya diri. Nak tunggu apa. Tak jumpa Ustaz yang boleh melapangkan masa untuk anda ?. Maka lapangkan masa anda untuk bertemu Ustaz. Tak jumpa ?. Jom datang bertemu dengan saya di Pusat Pendidikan Al-Imam AL-Juwaini setiap sabtu kecuali minggu ketia dari jam 5.00 ptg hingga pukul 6.00 ptg. Sibuk ?. Ya.. curi masa anda.
 
Berbalik kisah orang muda yang satu tadi tu. Umurnya lingkungan 40an. Maksunya dah solat puluhan tahun lah. bila saya dengar keseluruhan bacaannya, saya geleng kepala. Anda jangan. Anda jangan geleng kepala. Anda tak dengar. Bacaan anda yang perlu didengar. Kalau nak tengok lah ustaz geleng kepala macamna pula bila dengar anda baca. Jadi.. dia sedih sangat. Saya bagi dia intensif 2 minggu. Baca depan saya. Saya dengar, dia baca. Dia baca, saya dengar. Setelah dua minggu.. riak wajahnya berubah. Dia puas. Ya Puas. Setelah puluhan tahun inilah kali pertama bacaannya didengar.
 
Anda jangan tunggu puluhan tahun. Sekarang!!!!. Betulkan sekrang. Takkan anda sanggup nak qadha' keseluruhan solat yang tidak sah tu bila dah tua .
 
Mulakan sekarang. Jom semak bacaan Solat. Nak tahu cara ?. Kan Di Pejabat kita ada syarat penganjuran kursus. Kita pun wajib pergi kursus. Jadikan kursus solat sebagai salah satu kursus wajib. Jom perbaiki. Jom refresh iman.
 

Monday, September 9, 2013

Budayakan..

Kita telah belajar terlalu banyak..
Mengetahui juga terlalu banyak
Membaca juga terlalu banyak
Kita cuma gagal menjadikannya sebagai BUDAYA.
 
Bila melihat dan mengira jadual kuliyah setiap bulan, bilangannya sangat mengujakan. Sesekali bertanya juga sejauh mana ia mampu mendatangkan kesan. Bulan yang bakal mendatang ada lagi jadual kuliah yang diubah dan ditambah. Nun jauh dari Ipoh merangkak melalui Selangor, Kuala Lumpur, sesekali singah di Negeri Sembilan dan terhenti di Melaka. Fuhh jauh juga perjalanan setiap bulan. Bila dah penat ke sana ke mari, maka sesekali bertanya juga. Adakah apa yang telah dikongsikan mampu mendatangkan impak. Bukan menafikan kalam Allah yang menyebutkan :
 
" Engkau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada insan yang engkau sayang, tetapi Allahlah yang memberikan mereka hidayah"
 
tetapi sekadar muhasabah dan pertimbangan. Orang kata jangan syok sendiri.
 
BUDAYA.. itu jawapan kepada persoalan. Kita perlu menggemburkan budaya ilmu. Bukan bermaksud membudakan majlis ilmu atau memperbanyakkan majlis ilmu. BUDAKAN ILMU!!. Ya itu maksudnya. Kita budayakan ilmu. Jadikan ilmu sebagai budaya. Kita nak ubah ilmu menjadi budaya hidup. Apa sahaja masalah, pertimbangannya adalah ilmu. Biar majlis ilmunya sedikit tapi dibudayakan. Al-Quran turun secara berperingkat. Sebahagian hikmahnya adalah untuk dibudayakan dahulu baru turun yang lain.. Mudah kata AMAL. Ye AMAL. Jom AMALKAN!!!.
 
Jom kita refresh iman. Jom kita budayakan ilmu.
 
Waktu Pusat Pendidikan Al-Imam Al-Juwaini dibuka, niat kami untuk budayakan solat maghrib dan Isyak. Ya nak budayakan. Kini Pusat Pendidikan Al-Imam Al-Juwaini telah berusia setahun. Masih belum terpahat utuhh. Tetapi sekurang-kurangnya kami sedang menuju ke arah pemudayaan. Budaya anak-anak kami adalah tidak menonton TV waktu maghrib. Kami berusaha membudayakan itu.
 
Orang tanya, bukan ustaz buka kelas untuk ajar mengaji ker ?. Jawab saya kalau nak belajar mengaji hantarlah pada ustaz dan ustazah lain. Saya tak ajar mengaji!!!. Saya ajar budaya membaca Al-Quran. Nak jadikan rutin anak-anak membaca Al-Quran setiap maghrib. Bila maghrib je automatik pegang Al-Quran. Haaa bila pegang Al-Quran je maghrib. Itu budaya. Kalau nak belajar mengaji carilah tempat lain. Kami tak ajar mengaji, tak ajar solat, tak ajar puasa.. tapi kami bentuk budaya itu. Kami membentuk anak-anak menjadikan ISLAM sebagai budaya mereka. Solat budaya mereka. Puasa budaya mereka. Al-Quran budaya mereka. Ilmu budaya mereka. Kami bentuk dan bina budaya itu. Kami bukan sekolah tapi PUSAT PENDIDIKAN :)
 
Jom Refresh Iman, jom bina budaya.