Pages

Sunday, December 13, 2009

Ni Pengacara TV 1Malaysia ke TV Islam Hadari ?

Wanita di Iran muncul di TV tanpa Make-up.. Tak pelik pun. Tak perlu pun slogan Islam Hadari kan ?.

Dis 3, 2009. IRAN membuat keputusan 'ketat' bagi wanita yang akan muncul di acara televisyen di negaranya, seperti dilaporkan. Media itu mengutip kenyataan pimpinan televisyen nasional Iran pada Rabu semalam, bahawa wanita yang akan muncul dalam program tv tidak diizinkan memakai make-up kerana hal itu termasuk tabarruj dan bertentangan dengan hukum syariah Islam.

.
"Make-up bagi wanita dalam acara selama program tv berlangsung adalah ilegal dan melawan hukum syariah Islam ... Tidak boleh ada satu pun kes seorang wanita yang mengenakan make-up selama berjalannya program acara tv itu." kata Ezatollah Zarghami seperti dikutip oleh akhbar Reformis Etemad.
.

Zarghami merupakan seorang mantan anggota elit Pengawal Revolusi yang ditunjuk oleh pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei. Beliau memerintahkan bintang tamu wanita yang muncul dalam rancangan televisyen perlu dipandu oleh host wanita juga.
Bercakap di sebuah konfren jaringan sutradara, beliau juga menyebut untuk memotong suara muzik selama program televisyen itu berlangsung dan mendesak stafnya untuk mengambil beberapa adegan dari film action Barat.
.

"Saya tidak bermaksud kita perlu jadi seperti mereka, tetapi kita perlu menggunakan point positif. Kerana itu kita (perlu) memakai agenda pengurangan dan memperbaiki muzik tersebut." katanya.
.

"Mulai hari ini, anda di departemen produksi hendaklah memulai metode pengawasan baru ... Saya tidak ingin mengatakan kepada anda untuk menyaring, tetapi anda perlu berhati-hati supaya tidak boleh ada yang tidak patut." kata Zarghami.
.

Kepada sutradara, Zarghami mengatakan mereka juga perlu melarang "gurau yang menjijikkan" antara lelaki dan perempuan di tv atau radio, seperti diarahkan pejabat berita Etemad dan Fars. Ketika Khamenei mengangkat kembali Zarghami 2 bulan lalu, Khamenei mengatakan bahawa amat perlu membuat suatu program yang mempersembahkan acara lebih menonjolkan moral, agama, simpati dan harapan" dalam program-program media kerajaan.
.

Republik Syi'ah Iran memiliki 8 saluran tv dan 15 stasyen radio, telah mengawal dengan ketat penonjolan pakaian dan alat make-up wanita. Wanita yang tampil di kaca tv tidak boleh mengekspos rambut mereka. Larangan ini dikuatkuasakan kerana dalam beberapa tahun terakhir ini wanita yang tampil di televisyen telah berdandan dan memakai make-up yang cukup menjolok. Tv di Iran kini berada di bawah pengawasan yang ketat dan kena mematuhi panduan yang ditentukan, bahkan beberapa filem tempatan pun perlu ditapis sebelum ditayangkan. (2MA)
.
Ni kat Arab Saudi pulak..

Bepurdah tidak menghalang kerjaya.. TV 1Malaysia + Islam Hadari bila pulak ?


RIYADH, Sebuah stesen televisyen keagamaan di Arab Saudi membenarkan wanita menjadi pengacara tetapi mengenakan syarat iaitu mereka perlu memakai purdah, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang penyampai rancangan bual bicara pagi di stesen televisyen Awtan TV, Ola al-Barqi muncul dengan memakai purdah berwarna hitam yang menutup muka namun berjaya menarik minat ramai penonton.


.
“Kami tidak menampilkan diri sebagai seorang wanita yang cantik dan penuh dengan solekan di muka.
.


“Penonton kami menumpukan terhadap apa yang kami persembahkan kepada mereka iaitu idea dan topik perbincangan.
.


“Kami menerima panggilan daripada penonton di beberapa negara yang menggalakkan kami meneruskan penampilan kami,” katanya.
.


Terdapat lebih 60 saluran keagamaan di Asia Barat tetapi kebanyakannya memaparkan pengacara tidak memakai tudung atau memakai gaun hitam. Stesen itu turut membenarkan wanita menjadi wartawan penyiaran di luar studio.
.


“Kami turut membuat laporan dari tempat kejadian dengan memakai purdah dan ia tidak menyekat kami daripada membuat tugasan,” kata Ola.
.


Juruteknik lelaki tidak memasuki studio semasa pengacara wanita itu bertugas mengendalikan program tersebut.
.


Ola yang juga menjadi hos rancangan kuiz tidak kecewa jika dia tidak dikenali oleh orang ramai di jalanan.
.


“Kami tidak perlukan kemasyhuran,” katanya.

Wednesday, December 9, 2009

Kuliyah Sejarah Fiqh Mingguan

PERINGKAT PERTAMA PENSYARIATAN HUKUM ( PERINGKAT MEKAH )

Peringkat pertama ini meliputi peringkat bermula dari pengutusan baginda S.A.W sebagai Nabi sehinggalah peristiwa hijrah baginda S.A.W ke Madinah. Peringkat ini berlalu dalam tempoh 13 tahun.

Fokus utama pada peringkat ini adalah perkara-perkara yang berkaitan pembinaan Aqidah yang mantap. Ia bolehlah diibaratkan sebagai proses menyediakan Umat ini untuk menerima hukum-hukum yang mendatang. Menstruktur minda Umat dari meletakkan berhala sebagai matlamat utama kepada meletakan Allah sebagai segalanya. Daripada benih Aqidah yang mantap inilah lahir dan tumbuhnya pokok kemuliaan dan ketinggian akhlak. Justeru memudahkan pensyariatan Amali yang mendatang. Secara konklusinya boleh kita letakan penurunan Al-Quran pada peringkat ini meletakan dua gagasan utama :

i. Menanam Aqidah yang Sahih lagi benar di dalam setiap jiwa Umat Islam. Iman kepada Allah, Rasul, Kitab-kitab dan hari akhirat sebagai asasnya.
ii. Menyaring akhlak yang mulia. Kemudian menghias jiwa manusia dengan segala sifat-sifat yang terpuji. Menjauhkan manusia daripada sifat-sifat tercela.

PERINGKAT KEDUA PENSYARIATAN HUKUM ( PERINGKAT MADINAH )

Peringkat kedua ini merujuk kepada peringkat perkembangan pertama selepas bertapak di Mekah selama 13 tahun. Ia bermula dari selepas hijrah sehingga kewafatan Baginda S.A.W. Proses ini berlangsung selama 10 tahun. Fokus utama di dalam peringkat ini adalah hukum-hukum amali. Hal ini adalah kerana pada peringkat awal dakwah Islamiah, penurunan Al-Quran dan hadith-hadith baginda S.A.W tertumpu kepada pembinaan nilai Aqidah dan akhlak yang mulia. Maka sangat sesuailah pensyariatan yang datang selepasnya menyentuh segala Aspek kehidupan manusia. Pada peringkat awal pensyariatan itu tertumpu kepada persoalan utama. yang selari dengan tuntutan semasa.

Peringkat ini berakhir dengan menyaksikan Syariat Islamiah lengkap dan telah menyentuh segala aspek kehidupan manusia. Tiada suatu pun yang tertinggal di dalam kehidupan manusia melainkan keseluruhannya telah di sentuh di dalam Al-Quran dan hadith-hadith baginda S.A.W. Allah menggambarkan keadaan ini dengan firmannya :
.
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُعَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً
.
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

Secara umumnya keseluruhan hukum-hukum Amali ( Fiqh ) diturunkan di Madinah melainkan sebilangan kecil hukum-hukum yang Allah turukan ketika Nabi S.A.W masih berada di Mekah seperti Solat, ia difardhukan pada malam Isra’ dan Mikraj. Selain daripadanya termasuk bab muamalat, jenayah, hudud, pewarisan, wasiat, perkahwinan dan lain-lain, termetrai pada peringkat ini.

Sumber-sumber hukum kedua-dua peringkat ini.

Sumber hukum pada peringkat ini terhad kepada suatu sumber asas sahaja iaitu wahyu yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ia terbahagi kepada dua jenis :
i. Wahyu yang dibaca : Al-Quran Al-Karim
ii. Wahyu yang tidak dibaca : As-Sunnah yang mulia.

Mari kita bahaskan kedua-dua sumber ini secara teliti.

AL-QURAN AL-KARIM

Kalam Allah S.W.T yang diturunkan ke atas Sayyidina Muhammad S.A.W. Mencari kelemahan untuk mendatangkan sebuah surah yang paling pendek pun daripadanya. Dimulai dengan Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas.

Al-Quran dikira sebagai sumber utama dan asas kepada Syariah Islamiah. Ia mengandungi semua asas dan dasar-dasar utama yang perlu ada di dalam setiap perlembagaan dan undang-undang.

Al-Quran hanya mendatangkan dasar dan tidak menghuraikan sesuatu hukum itu secara terperinci melainkan di dalam berberapa perkara sahaja di mana keutamaannya adalah utama dan manfaatnya tidak berubah. Sebagai contoh berberapa hukum berkaitan institusi kekeluargaan.

Al-Quran itu diturunkan Allah secara berperingkat-peringkat atas dasar berikut :

i. Menguatkan hati baginda S.A.W. Ketika Jibril pertama sekalai turun menemui baginda S.A.W. Baginda merasa gusar dan gentar. Tetapi perasaan itu bertukar menjadi kerinduan.
ii. Memudahkan baginda dan para sahabat menghafalnya. Hal ini kerana baginda S.A.W. itu buta dan tidak tahu membaca. Berbanding dengan Nabi Musa A.S seorang yang tahu membaca dan menulis. Memudahkannya untuk mengingati dan menghafal kitab taurat.
iii. Memudahkan penguatkuasaan hukum. Apabila sesuatu hukum itu turun secara berperingkat maka memudahkan perlaksanaannya. Adakalanya hukum itu turun sesuai dengan peristiwa yang berlaku ketika itu.
iv. Mengaplikasikan konsep pindaan ( النسخ )di dalam perlaksanaan hukum. Keadaan hukum berpindah dan berubah bagi menyelesaikan permasalah hukum, dengan teliti.
v. Memudahkan hamba-hambanya dan menjadi rahmat kepada mereka.

AS-SUNNAH

As-Sunnah adalah : ” Apa sahaja yang datang dari Nabi S.A.W. daripada perkataan, perbuatan atau taqrir.

As-Sunnah menduduki tangga kedua sebagai rujukan hukum selepas daripada Al-Quran. Hal ini kerana ia memainkan peranan sebagai penguat, penjelas, penafsir, penambah, apa yang terkandung di dalam Al-Quran.