Pages

Saturday, February 19, 2011

Sejarah Hidup Imam Malik R.A

BIODATA

Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir
Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah.

Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah.

Sejarah keluarganya juga ada hubung-kait dengan ilmu Islam dengan datuknya sendiri seorang perawi dan penghafal hadis yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadis kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadis. Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadis daripada Abdullah ibn ‘Umar, ‘A'isyah binti Abu Bakar, Umm Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum

Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri. Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.

SIFAT PERIBADI

Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum selaras dengan tuntutan agama supaya menjadi orang yang pembersih.

Walau bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan keramahan dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat merupakan seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal.
Beliau seorang yang sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri walaupun baginda telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur.

Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka sempat belajar, mendengar hadis dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Imam Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai mufti Madinah pada ketika itu. Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjabat sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah penceraian atau talak, maka Imam Malik telah menyampaikan fatwanya, bahawa talak yang dipaksakan tidak sah, ertinya talak suami terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanan dengan kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith yang disampaikan oleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga akhirnya Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor.
Kemudian gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali, dan jangan sampai orang ramai mengetahui akan hal itu. Walaupun demikian Imam Malik tidak mahu mencabutnya. Fatwa tersebut tetap disiarkan kepada orang ramai. Talak yang dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Malik sengaja menyiarkan fatwanya itu ketika beliau mengadakan ceramah-ceramah agama, kerana fatwa tersebut berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia.
Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarik kembali fatwanya itu.
Mereka mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu dan hilang pendiriannya. Tetapi Imam Malik masih tetap dengan pendiriannya itu. Kerana ketegasannya itu, dia dihukum dengan sebat sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya hampir patah. Kemudian ia berkata kepada sahabat-sahabatnya:
“Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.” Ada yang mengatakan di didera sedemikian kerana fatwanya terhadap golongan pelampau yang cuba menjatuhkan kerajaan. Imam Malik berpendapat, seandainya Pemimpin yang ingin dijatuhkan itu seperti Umar bin Abd Aziz, wajib dibunuh pelampau berkenaan. Jika tidak, Imam Malik berpendapat biarkan Allah balas kezaliman dengan kezaliman.
Bagi Imam Malik hukuman semacam itu, bukanlah mengurangi pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh jiwanya. Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Imam Al-Laits, seorang alim menjadi mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga.”
Insya Allah.
Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anak-anak muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefaham kepada anak-anak muridnya tentang sesuatu masalah ilmu. Beliau pernah mengatakan : “Aku tidak keluar berfatwa dan mengajar hadith melainkan setelah bertemu 70 Syeikh yang mempersaksikan kemampuanku”.

PENDIDIKAN

Sejak kecil lagi minatnya terhadap ilmu sudah disemai dalam jiwanya. Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Harman iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun.

Selain Imam Nafi, Imam Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Imam Ja'afar al-Siddiq, cucu kepada al-Hasan R.A , cucu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Imam Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi berguru dengan Imam Muhammad Yahya al-Ansari, Imam Abu Hazim Salmah al-Dinar, Imam Yahya bin Sa'ad dan Imam Hisham bin Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Inilah antara sebab kenapa Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.

Antara tokoh besar yang duduk belajar bersama Ima Malik ialah Imam Abu Hanifah dari Kufah. Selain itu diriwayatkan bahawa sebanyak 1300 tokoh-tokoh lain yang duduk bersama menuntut ilmu bersama imam Malik di Masjid Nabawi. Antaranya termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam al-Syafi‘e. Ketinggian ilmu Imam Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai:

“Imam Malik adalah penghulu dari para penghulu ahli ilmu dan dia pula seorang imam dalam bidang hadis dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Imam Malik?”

Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di Kota Madinah yang pada masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

KITAB AL-MUWATTO’

Al-Muwatto’ bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum agama. Al-Muwatto’ merupakan sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin. Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu.

Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan, dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan al-Quran.

Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Imam Syafie pernah berkata,

“Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab Al-Muwatto’ karangan Imam Malik.”

KEWAFATAN

Imam Malik kemudiannya dibebaskan dan beliau kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awal tahun 179H/796M. Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah ‘Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).

PERBEZAAN UTAMA MAZHAB MALIKI DENGAN MAZHAB YANG LAIN.

1. Mengguna pakai amalan penduduk Madinah di dahulukan daripada qias.
.
2. Masoleh Mursalah – Iaitu mengutamakan kemaslahatan di dalam memelihara hukuman dan ia bukanlah merupakan hukum yang disebutkan di dalam Nas. Sebagai contohnya :
.
i. Memukul tertuduh kes curi supa mengakui perbuatan mencuri.
ii. Orang perempuan yang ditalakkan dan mempunyai waktu suci yang panjang . Maka Imam Malik berpandangan dikira dengan 3 bulan seandainya telah melebihi tempoh kebiasaanya perempuan hamil.
.
3. Kata-kata sahabat, seandainya sanadnya sah. Dan didahulukan sebelum Qias.
.
.
Petikan Kuliyah Masjid Al-Mustaqimah, Cheras Indah. Kuala Lumpur.

Friday, February 18, 2011

Cabang Iman kesepuluh : Cinta kepada Allah.

Firman Allah S.W.T :
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.

Munurut Al-Hulaimi cinta Allah adalah frasa yang membawa pelbagai makna. Di antaranya :

i. Beri’tikad Dia mempunyai ketinggian dari sudut sifat-safat dan nama-namanya.
ii. Beri’tikad Dia bersifat belas kepada hambanya dan memberikan nikmat dengan kelebihanNya.
iii. Beri’tikad bahawa sifat belas Allah ini lebih besar dan lebih banyak dibandingkan dengan pujian makhluk dan rasa syukur terhadapnya.
iv. Dia tidak membiarkan hambanya bersendirian dan membebankan hambanya.
v. Dia pada setiap masa berwaspada dari berpaling dari Allah.
vi. Setiap pengharapannya disandarkan kepada Allah. Tiada suatu masa pun dia berasa tidak memerlukan Allah.
vii. Berterusan mengingati Allah dan dengan cara yang terbaik.
viii. Memelihara kewajipan-kewajipan dan berusaha menghampirkan diri kepadanya dengan sunat-sunat yang lain.
ix. Seandainya dia mendenngar orang lain memuji Allah dan meninggikannya dia akan membantu dan menolongnya.
x. Seandainya dia mendengar orang lain mengingati Allah dia akan membantunya. Atau dia mengetahui seseorang menjadikan Allah sebagai matlamatnya dia akan membantunya..

Seandainya berhimpun sifat-sifat ini di dalam hati maka wujudlah perasaan cinta yang sebenarnya. Walaupun tidak ada satu hadith Nabi S.A.W yang secara jelas menyebutkan kesepuluh-sepuluh perkara ini, tetapi ia datang dari pelbagai hadith yang menyokong setiap perkara ini.

Sabda Nabi S.A.W :

أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْدُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ ، وَأَحِبُّونِي لِحُبِّ اللَّهِ ، وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي لِحُبِّي

Cintailah Allah kerana limpahan nikmatnya, cintailah daku kerana kecintaan kepada Allah. Dan cintailah keluargaku kerana kecintaan kepada ku,

عن أنس بن مالك ، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال : « ألا أخبركم ، عن أقوام ليسوا بأنبياء ولا شهداء يغبطهم (1) يوم القيامة الأنبياء والشهداء بمنازلهم من الله عز وجل على منابر من نور يكونون عليها » . قالوا : من هم ؟ قال : « الذين يحببون عباد الله إلى الله ، ويحببون الله إلى عباده ، وهم يمشون على الأرض نصحاء » …

Daripada Anas bin Malik R.A. dari Rasulullah S.A.W sabdanya : Mahukah kamu aku khabarkan tentang sekelompok kaum yang bukan terdiri dari kalangan para Nabi dan Syuhadak, Dicemburui kedudukan mereka dari kalangan Nabi-Nabi dan Para Syuhadak kerana keistimewaan yang diberikan duduk di atas membar daripada cahaya. Sabahat bertanya : Siapakah mereka. Sabda Nabi S.A.W : Mereka adalah orang yang menanam kecintaan para hamba kepada Allah dan menanam kecintaan Allah pada hambanya. Mereka berjalan di atas muka bumi sebagai pemberi nasihat.

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ ، عَنِ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ : حُبُّكَ الشَّيْءَ يُعْمِي وَيُصِمُّ

Daripada Abu Darda’. Daripada Rasulullah S.A.W : Cintamu pada sesuatu membutakan dan metulikan. ( Hadith Mauquf )

Kata Al-Hulaimi barangsiapa yang tulus mencintai Allah tidak akan melihat musibah yang menimpanya sebagai suatu bala, tidak merasa berat dengan segala ketbertanggungjawaban. Mari kita belajar sesuatu dari kisah dakwah di Taif. Kisah ini berlaku setelah penduduk Makkah kebanyakkan masih tidak mahu menerima dakwah kebenaran yang dibawanya. Baginda dan anak angkatnya Zaid bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada penduduk di sana. Namun penduduk Taif juga enggan menerima dakwah baginda. Mereka bukan sahaja menolak dakwah Rasulullah malah mereka memberikan tentangan yang lebih hebat kepada baginda. Penduduk Taif telah mengusir baginda sambil terus mengejar dan melontar batu kepada baginda . Dalam keadaan ini baginda bersabda :

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي ، وقلة حيلتي ، وهواني على الناس . يا أرحم الراحمين ، أنت رب المستضعفين ، وأنت ربي إلى من تكلني إلى بعيد يتجهمني ، أم إلى عدو ملكته أمري . إن لم يكن بك غضب علي فلا أبالي ، غير أن عافيتك هي أوسع لي .أعوذ بنور وجهك ألذي أشرقت له الظلمات ، وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة، من أن تنزل بي غضبك أو يحل على سخطك لك العتبى حتى ترضى ، ولا حول ولا قوة إلا بك.

"Ya Allah, kepadaMu ku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya Arhamarrahimin, Engkaulah Tuhan orang yang ditindas, Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini. Kepada orang asing yang akan menyerang aku ataukah kepada musuh yang menguasai aku. Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli. Namun afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur di atas nur itu segala urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku, KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali dengan petunjukMu."

Dalam sebuah hadith dinyatakan nabi berdoa :
اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون
.
"Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Selain itu baginda turut merintih dengan perasaan penuh kasih sayang kepada umat baginda di Taif:
بل أرجو أن يخرج الله من أصلابهم من يعبد الله وحده لا يشرك به شيأ
.
"Bahkan aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari sulbi-sulbi mereka orang yang menyembah Allah dengan KeesaanNya, tidak menyekutukanNya dengan sesuatu” .

عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ »

Daripada Abu Darda’ katanya, Nabi S.A.W bersabda : Antara doa yang biasa dibaca oleh Nabi Daud A.S. : Ya Allah Aku memohon kasih M, dan perasaan kasih kepada yanng mengasihi Mu, Dan amalan yang membawakan Ku kepada kasih sayang Mu. Ya Allah jadikanlah cinta Mu, benda yang paling Ku cintai daripada diriku, keluargaku dan daripada air yang dingin.

Zun Nun Al-Masri tatkala ditanya tentang Cinta Allah dia berkata : Kamu mencintai apa yang Allah cintai, kamu membenci apa yang Allah benci, melakukan kebaikan kerana Allah, menolak semua yang menyibukkan dirinya daripada Allah dan kamu tidak takut demi Allah walaupun orang-orang yang mencela, mencala mu. Kamu juga berlembut dengan oranng yang beriman dan bertegas dengan orang kafir. Dan mengikut sunnah Nabi S.A.W di dalam beragama.

Kata Abu Yazid Al-Bustami : Di antara tanda seseorang mencintai Allah dan Allah mencintainya adalah : Orang yang mencintai Allah sibuk beribadah kepadanya ruku' dan sujud. Seandainya tidak mampu sedemikian maka dia akan memenuhuinya denngan kata-kata dan pujian. Jika tidak berupaya dia akan mengingati dengan hati dan bertafakur. Orang yang dicintai Allah akan diberikan naungan seperti naungan awan, keramahan seperti matahari dan tawadhuk seperti bumi.

أبو علي الجوزجاني يقول : ثلاثة أشياء من عقد التوحيد : الخوف و الرجاء و المحبة فزيادة الخوف من كثرة الذنوب لرؤية الوعيد و زيادة الرجاء من اكتساب الخير لرؤية الوعد و زيادة المحبة من كثرة الذكر لرؤية المنة فالخائف لا يستريح من الهرب و الراجي لا يستريح من الطلب و المحب لا يستريح من ذكر المحبوب فالخوف نار منور و الرجاء نور منور و المحبة نور الأنوار

Abu Ali Al-Juzjani berkata : Tiga perkara yang menjadi ikatan kepada aqidah. Khaf, Rajak dan Mahabbah. Takut bertambah kerana banyaknya dosa untuk bertemu dengan janji azab. Bertambahnya pengharapan dengan melaksankan kebaikan untuk mendapat janji baik. Bertambahnya cinta dengan banyaknya ingatan untuk melihat anugerah. Orang yang takut tidak akan berehat dari lari. Orang yang mengharap tidak akan rehat daripada sentiasa meminta. Seorang pecinta tidak akan berehat daripada mengingati kekasihnya. Takut itu api yang bercahaya, pengharapan itu cahaya yang bercahaya dan cinta itu cahaya yang utama.
.
.Petikan Kuliyah Masjid Ikhwaniyah, Bandar Tun Husin Onn

Wednesday, February 16, 2011

Nabi Rahmat untuk sekalian alam : Tinjauan dari aspek muamalah dengan non-muslim

Pengutusan Nabi merupakan rahmat bagi sekalian alam. Setiap makhluk mendapat kebahagian di dalam bentuknya meraikan kedatangan Rasul yang mulia. Menurut Jabir bin Abdullah :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا سهلا
Adalah Rasulullah itu lelaki yang mudah.

Menurut Imam Nawawi yang dimaksudkan dengan رجلا سهلا adalah :
سهل الخلق كريم الشمائل لطيفا ميسرا في الخلق
Akhlak yang baik, peribadi yang terpuji, lemah lembut, memudahkan dalam urusan makhluk.

Di atas kemulian dan kehormatan ini dakwah baginda berjalan. Baginda memudahkan segala urusan kehidupan manusia, melarang dari perkara yang diharamkan. Setiap arahan juga selari dengan tabiat manusia. Firman Allah :

Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Menurut Sa’id bin Jubair dari Ibnu ‘Abbas katanya : Muhammad merupakah rahmat kepada semua manusia. Barang siapa yang beriman dan membenarkannya tergolong di kalangan mereka yang berbahagia. Barang siapa yang tidak beriman dengannya tetap selamat dari azab umat terdahulu dari taufan dan tenggelam . Rasulullah menyebutkan di dalam hadithnya :

لاَ يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ
Allah tidak mengasihi sesiapa yang tidak mengasihi manusia .

Perkataan manusia di dalam hadith ini umum. Nabi tidak membezakan warna kulit, keturunan, bangsa, agama, idealogi dan sebagainya. Rahmat dan perasaaan belas ihsan itu global, meliputi semua manusia. Bahkan alam seluruhnya. Kertas kerja ringkas ini akan membincangkan رحمة للعالمين dari aspek hubungan dengan non-muslim. Diharapkan agar kertas yang tidak seberapa ini dapat membantu menyelesaikan berberapa khilaf yang berlaku di dalam masyarakat akhir-akhir ini. Khususnya yang melibatkan interaksi dengan non-muslim. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Di antara contoh رحمة للعالمين Nabi dengan golongan non muslim adalah :

1. Nabi menghalang berlaku zalim terhadap ahlu zimmah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو - رضى الله عنهما - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ ، وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

“Sesiapa yang membunuh seorang kafir ‘mua’ahad’, ia tidak akan dapat mencium bau syurga kerana bau syurga itu berada di tempat yang jauh, sejauh perjalanan 40 tahun”

Di dalam hadith ini Nabi secara jelas memberi amaran dari berlaku zalim terhadap ahli zimmah. Selain hadith ini ada berberapa hadith yang lafaz dan maksud yang hampir sama. Keseluruhan hadith-hadith ini menganjurkan toleransi dengan golongan tersebut.

2. Nabi mendoakan non-muslim.

Di antara contoh akhlak Nabi terhadap golongan non-muslim, Nabi pernah mendoakan golongan yang tidak beriman untuk diberi hidayah.. Di antaranya :

i. Nabi mendoakan suku kaum Ad-Daus.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ، قَالَ: قَدِمَ الطُّفَيْلُ بن عَمْرٍو الدَّوْسِيُّ، وَأَصْحَابُهُ، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهَا، فَقِيلَ هَلَكَتْ دَوْسٌ، فَقَالَ:"اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا، وَائْتِ بِهِمْ"

Pada suatu hari Nabi didatangi oleh Thufail ibnu ’Amru Ad-Dausi dan rombongan. Mereka berkata : ” Ya Rasulullah sesungguhnya suku kaum Ad-Daus mendustai dan membantahmu, maka doakanlah mereka”. Ada yang mengatakan: Binasakan Ad-Daus. Kami menyangka Nabi mengangkat tangannya untuk mendoakan kebinasaan itu. Nabi bersabda : Ya Allah, berilah hidayah kepada suku kaum Ad-Daus dan hampirilah mereka”.

ii. .Nabi mendoakan Ibu kepada Abu Hurairah sebelum keislamannya.

أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ كُنْتُ أَدْعُو أُمِّى إِلَى الإِسْلاَمِ وَهِىَ مُشْرِكَةٌ فَدَعَوْتُهَا يَوْمًا فَأَسْمَعَتْنِى فِى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَا أَكْرَهُ فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَنَا أَبْكِى قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى كُنْتُ أَدْعُو أُمِّى إِلَى الإِسْلاَمِ فَتَأْبَى عَلَىَّ فَدَعَوْتُهَا الْيَوْمَ فَأَسْمَعَتْنِى فِيكَ مَا أَكْرَهُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ يَهْدِىَ أُمَّ أَبِى هُرَيْرَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « اللَّهُمَّ اهْدِ أُمَّ أَبِى هُرَيْرَةَ ». فَخَرَجْتُ مُسْتَبْشِرًا بِدَعْوَةِ نَبِىِّ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَلَمَّا جِئْتُ فَصِرْتُ إِلَى الْبَابِ فَإِذَا هُوَ مُجَافٌ فَسَمِعَتْ أُمِّى خَشْفَ قَدَمَىَّ فَقَالَتْ مَكَانَكَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ. وَسَمِعْتُ خَضْخَضَةَ الْمَاءِ قَالَ - فَاغْتَسَلَتْ وَلَبِسَتْ دِرْعَهَا وَعَجِلَتْ عَنْ خِمَارِهَا فَفَتَحَتِ الْبَابَ ثُمَّ قَالَتْ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ - قَالَ - فَرَجَعْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَأَتَيْتُهُ وَأَنَا أَبْكِى مِنَ الْفَرَحِ

Abu Hurairah pernah mengatakan bahawa, tatkala aku mengajak ibuku untuk masuk Islam yang ketika itu masih kafir, ibuku menolak bahkan memperkatakan sesuatu tentang Nabi yang aku tidak suka mendengarnya. Kemudian Aku datang ke rumah Nabi saw sambil menangis : “Wahai Rasulullah, aku telah menyeru ibuku untuk masuk Islam, tetapi dia enggan, bahkan pada suatu hari dia mengatakan tentang dirimu yang aku tidak menyukainya, oleh sebab itu berdo’alah kepada Allah swt agar ibuku mendapat hidayah “, lalu Nabi berdoa: “Ya Allah, berilah hidayah ibu Abu Hurairah”. Kemudian aku pulang untuk melihat ibuku dalam keadaan gembira kerana doa Nabi. Tatkala sampai didepan pintu rumah, aku dapatinya terkunci. Ibuku mengatakan tunggu sebentar wahai Abu Hurairah. Aku mendengar bunyi air yang ternyata ibuku sedang mandi untuk mensucikan dirinya. Lantas ibuku memakai baju dan bertudung. Tatkla ibuku membuka pintu dia berkata : “Wahai Abu Hurairah, aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Allah aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.” Maka setelah aku mendengar ibuku masuk islam, aku terus memberitahu Rasulullah sambil menangis kerana sangat gembia.
.
3. Kehalusan baginda bermuamalah

Kelembutan baginda di dalam bermuamalah adalah bukti kukuh membenarkan firman Allah , bahawa baginda diutuskan sebagai رحمة للعالمين. Banyak hadith-hadith yang memperincikan perihal ini. Diantaranya:

i. Menziarahi khadamnya yang beragama Yahudi.

عَنْ أَنَسٍ - رضى الله عنه - قَالَ كَانَ غُلاَمٌ يَهُودِىٌّ يَخْدُمُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فَمَرِضَ ، فَأَتَاهُ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - يَعُودُهُ ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَقَالَ لَهُ « أَسْلِمْ » . فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهْوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ - صلى الله عليه وسلم - . فَأَسْلَمَ ، فَخَرَجَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - وَهْوَ يَقُولُ « الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ »
Daripada Anas katanya : Seorang budak Yahudi yang menjadi khadam baginda telah jatuh sakit. Baginda lantas menziarahinya. Baginda duduk di kepalanya dan bersabda : Masuklah Islam. Budak itu memandang bapanya. Lantas bapanya berkata : Taatlah kepada Abu Qosim ( gelaran baginda ). Dia pun mengistiharkan keislamannya. Nabi keluar dan bersabda : Segala puji bagi tuhan yang menyelamatkannya dari api neraka.

ii. Kisah Abu Rafi’ yang berbangsa Qibti.

وعن أبي رافع رضي الله عنه -وكان قبطيا-, قال بعثتني قريش إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ألقي في قلبي الإسلام فقلت يا رسول الله إني والله لا أرجع إليهم أبدا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إني لا أخيس بالعهد ولا أحبس البرد ولكن ارجع فإن كان في نفسك الذي في نفسك الآن فارجع قال فذهبت ثم أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فأسلمت
Dan dari Abu Rafi’ – Sebelumnya seorang Kafir Qibti- dia mengatkan: “Aku pernah diutus oleh Kafir Quraisy kepada Rasulullah . Ketika aku melihat Rasulullah tercampak ke dalam hatiku Islam. Lantas aku mengatakan: ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya aku tidak mahu kembali kepada mereka . Maka Rasulullah bersabda : ‘Sungguh aku tidak akan mengkhianati perjanjian, dan aku tidak akan menahan seorang utusan, akan tetapi kembalilah! Jika nanti masih ada sesuatu yg ada dalam hatimu sekarang ini, maka kembalilah!”… Lalu aku pun pergi, kemudian aku mendatangi Rasulullah. Lantas mengisytiharkan keislamanku.
..bersambung
.
.
# Petikan kertas kerja, sempena Sambutan Maulidur Rasul , 24 Februari 2011 bertempat di dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi Negeri Sembilan.

Saturday, February 12, 2011

Selaut CintaMu Ya RAsulullah..

Sekali lagi kita bertemu dengan bulan Rabi’ Al-Awwal. Bulan yang sentiasa dikenang sebagai bulan sambutan kelahiran baginda S.A.W. Umat Islam di pelbagai peringkat di serata dunia meraikannya dengan pelbagai acara. Ada yang menyambutnya dengan mengadakan ceramah, forum, nasyid dan sebagainya. Majlis yang dihiasi dengan warna-warni, ceramah-ceramah yang bertenaga dan adakalanya diiringi nasyid-nasyid dan madih-madih yang meruntun jiwa. Jika diberikan kita kesempatan meneropong suasana ini dari udara , dari barat hingga ke timur, dari utara hinggalah ke selatan, kita melihat seakan-akan berada di dalam sebuah pesta keraian yang sangat besar. Kedatangan Nabi membawa satu gelombang besar perubahan manusia. Dari manusia yang jahil kepada berilmu. Dari penyembah berhala kepada penyembah Tuhan sekalian alam. Manusia yang hidup untuk berhibur kepada manusia yang penuh dengan daya dan semangat juang. Nyata kedatangan Nabi S.A.W. membawa perubahan besar terhadap dunia. Meraikan kehebatan sebegini sepatutnya membugarkan semangat kehebatan. Membungakan putik-putik cinta dan menghampirkan diri kepada pencipta.

Realiti yang berlaku adalah sebaliknya. Kita semakin jauh dari Allah dan Rasulnya. Adakalanya semakin malu untuk terus meraikan hari gembira ini kerana realitinya tidak sedemikian. Sambutan yang diadakan seolah menggambarkan betapa kasih dan cinta kepada Nabi S.A.W.. Sambutan yang gilang gemilang seolah-olah mensyukuri kedatangan baginda S.A.W.. Akan tetapi tatkala menatap akhbar saban hari, berita-berita di kaca televisyen dan di corong-corong radio seolah-olah manusia semakin tidak mengenal Allah dan Rasulnya. Di mana peranan sambutan majlis-majlis sebegini ?. Apa yang bakal kita katakan kepada Baginda S.A.W. tatkala bertemu dengan baginda S.A.W. ?.

Baginda S.A.W. meninggalkan kepada kita pelbagai tanggungjawab untuk dilunaskan. Perintah. Larangan, suruhan dan pelbagai nasihat untuk kita laksanakan. Seandainya kita melaksanakan keseluruhannya dengan yakin dan pasti kita akan berbahagia di dunia dan di akhirat. Tatkala itu kita akan bergembira bertemu Allah dan menatap wajah baginda S.A.W..

Apa yang sangat menyedihkan, setelah baginda S.A.W. berlalu pergi meninggalkan kita, berlalu generasi terbaik yang pertama, kedua dan ketiga, datang generasi yang seterusnya yang digambarkan dengan :

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

Seperti yang digambarkan Allah kita melupakan dengan kelupaan yang sengaja sebahagian besar pesan-pesan dan nasihat-nasihat Baginda S.A.W.. Bahkan ada yang dengan sengaja ingin melupakan segala ketentuan dan ketetapan ini. Bahkan kerana itu baginda S.A.W. itu diutuskan.

عَن أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى الْمَقْبُرَةَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ وَدِدْتُ أَنَّا قَدْ رَأَيْنَا إِخْوَانَنَا قَالُوا أَوَلَسْنَا إِخْوَانَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ فَقَالُوا كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ الْوُضُوءِ وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَن حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ أَلَا هَلُمَّ فَيُقَالُ إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا
Pada suatu ketika, Rasulullah S.A.W. berkunjung ke suatu perkuburan, lalu beliau mengucapkan salam, “Selamatlah kamu wahai penduduk kampung orang-orang mukmin. InsyAllah kami akan menyusul kamu sekalian.” Setelah itu baginda bersabda, “Aku ingin benar, kalau kita dapat melihat saudara-saudara (ikhwaanana) kita.” Berkatalah para sahabat, “Bukankah kami ini saudara-saudaramu, wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Anda semua adalah para sahabatku. Saudara-saudara kita yang ku maksudkan ialah orang-orang yang belum datang, tetapi akan datang kelak di hari kiamat.” Mereka bertanya, “Bagaimana engkau dapat mengenali umatmu yang belum tetapi akan di hari kemudian wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Bagaimana pendapat kamu, jika seseorang mempunyai kuda yang putih keningnya, putih kakinya dan putih tangannya. Kemudian kuda itu berada di tengah banyak kuda tetapi hitam kesemuanya. Dapatkah orang mengenali kudanya?” Mereka menjawab, “Tentu wahai Rasulullah!” Sabda Nabi S.A.W., “ Nah, mereka itu akan datang nanti dalam keadaan putih bercahaya muka, tangan dan kakinya kerana bekas wudhuk! Aku pula mengalu-alukan kehadiran mereka di (pinggir) telagaku (Haudh). Oleh itu janganlah ada sesiapa dari kamu yang dihalangi mendekati kolamku bagaikan unta liar di halau dari mendekati kolam minuman. (Waktu itu ) Aku menyeru mereka dengan berkata; marilah, segeralah, ayuh cepat (minum). Tapi (ada segolongan yang dihalang lalu aku katakan: mereka adalah umatku) Lalu di jawab: Mereka telah bertukar (agama) sepeninggalanmu. Aku pun berkata: Pergilah jauh-jauh!”

Bukankah hari ini kita melihat berapa banyak suruhan, larangan dan wasiata-wasiat Nabi S.A.W. yang diubah, ditukar dan ditinggalkan satu demi satu dan lantas diganti denngan hawa nafsu manusia.

Jika satu demi satu kita kupas dan huraikan pesanan-pesanan yang bernilai dan berharga itu, kita pasti akan tertunduk. Malu berhadapan dengan Nabi S.A.W.. Pada pandangan kita, kita adalah kekasih baginda. Kekasih yang mencurahkan segala rasa cinta. Hakikatnya kita hanyalah pendongeng dan penglipurlara yang menjaja cerita dongeng tanpa membawa sebarang makna. Bagaiaman kedudukan kita berhadapan dengan hadith Nabi S.A.W.. :

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَرَّ بِالسُّوقِ دَاخِلاً مِنْ بَعْضِ الْعَالِيَةِ وَالنَّاسُ كَنَفَتَهُ فَمَرَّ بِجَدْىٍ أَسَكَّ مَيِّتٍ فَتَنَاوَلَهُ فَأَخَذَ بِأُذُنِهِ ثُمَّ قَالَ « أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ بِدِرْهَمٍ ». فَقَالُوا مَا نُحِبُّ أَنَّهُ لَنَا بِشَىْءٍ وَمَا نَصْنَعُ بِهِ قَالَ « أَتُحِبُّونَ أَنَّهُ لَكُمْ ». قَالُوا وَاللَّهِ لَوْ كَانَ حَيًّا كَانَ عَيْبًا فِيهِ لأَنَّهُ أَسَكُّ فَكَيْفَ وَهُوَ مَيِّتٌ فَقَالَ « فَوَاللَّهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ »
Daripada Jabir bin Abdullah Rasulullah melalui sebuah pasar. Ada ramai bersama-sama Nabi S.A.W. tatkala itu. Nabi pun melalui bangkai seorang anak kambing yang cacat. Nabi S.A.W. memegang telinganya dan menngangkat ke atas lantas bersabda : “Siapa di antara kalian ingin memiliki bangkai anak kambing ini dengan membayar satu dirham?”“Kami tidak ingin memilikinya walau dengan membayar sedikit, kerana apa yang akan kami perbuat dengannya?” jawab mereka yang ditanya.Beliau kembali mengulangi pertanyaannya, “Apakah kalian ingin bangkai anak kambing ini jadi milik kalian?”“Demi Allah, seandainya pun haiwan ini masih hidup, ia cacat, telinganya kecil, apatah lagi ia sudah menjadi bangkai!” jawab mereka. Rasulullah S.A.W. bersabda, “Maka demi Allah, sungguh dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini bagi kalian.”
.
Berapa ramai manusia yang menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya ?. Siang, malam, pagi dan petang mengejar dunia, menghimpun dan mengumpul harta sebanyaknya. Memenuhkan seluruh hatinya dengan harta. Nabi S.A.W. menjelaskan hakikat ini dengan mengatakan :

عَنْ أَنَسٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : لَوْ كَانَ لابْنِ آدَمَ وَادٍ مِنْ مَالٍ لابْتَغَى إِلَيْهِ ثَانِيًا ، وَلَوْ كَانَ لَهُ ثَانِيًا لابْتَغَى إِلَيْهِ ثَالِثًا ، وَلا يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلا التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
Daripada Anas , sesunguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda : Andaikata anak Adam memiliki satu lembah berisi harta pasti dia berharap untuk mendapatkan lembah yang kedua. Dan seandainya ia telah memiliki dua lembah berisi harta, pastilah dia berharap lembah yang ke tiga. Tidak ada yang dapat memenuhi keinginan perut anak Adam kecuali tanah (mati dikubur). Allah menerima taubat setiap orang yang bertaubat kepada-Nya”

Bagaimana pula di hadapan Hadith Nabi S.A.W. yang menyebutkan :

وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Seandainya manusia mengetahui apa yang terdapat pada Solat Isyak dan Subuh pasti mereka akan mendatanginya walaupun denngan merangkak.

Bayangkan keadaan masjid, jalan-jalan dan suasana di zaman Nabi S.A.W.. Alangkah jauhnya berbeza dengan jalan yang sedang kita lalui. Dengan kemewahan, kenikmatan dan keselesaan yang kita sedang kecapi. Tiada siapa yang datang meranngkak apatah lagi dipapah untuk hadir ke masjid. Cukup dengan selsema sedikit, hujan yang renyai-renyai dan amacam-macam alasan remeh kita untuk tidak menghadirkan diri ke masjid. Bukankah semua ini sebagai contoh cinta. Cinta yang membuahkan iman dan amal. Bukan sekadar cinta yang dihamburkan bersama air liur yang memercik sahaja. Tetapi cinta yang menjalar di setiap pembuluh darah. Baginda S.A.W. menyebutkan :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « فَوَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ
Daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda : Demi jiwaku ditangannya, tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah aku dikasihinya lebih dari bapanya dan anaknya.

Al-‘Allamah Syeikh Yusuf An-Nabhani menyebutkan di dalam kitabnya الأنوار المحمدية من المواهب اللدنية secara jelas tanda-tanda cinta kepada Nabi S.A.W.. Sebagai kesimpulannya antara tanda cinta kepada baginda S.A.W. itu adalah :

1. Seandainya seorang hamba diberikan pilihan samada memilih untuk hilang hartanya dan hilang peluang menatap wajah baginda S.A.W., pasti dia akan memilih kehilangan harta. Kerana menatap wajah baginda itu suatu kegilaan. Menatap wajahnya suatu keasyikan. Menatap wajahnya suatu kerinduan. Menurut Imam Qurtubi setiap orang yang beriman pasti akan wujud perasaan itu. Cuma yang membezakan di antara mereka adalah sejauh mana mereka tenggelam di dalam nafsu dan syahwatnya. Ada di anatara manusia yang obses untuk menatap makam Nabi, barang-barang peninggalannya dan segala yang berkaitannya. Ada yang hanya sekadar memendamnya di dalam hati nurani.

2. Berbangga menjadi pengikutnya, beramal dengan hadith-hadithnya, berjalan di atas jalannya, mengambil hidayahnya dan menginggalkan segala larangan syariatnya . Firman Allah :
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakan (wahai Muhammad ) seandainya kamu mencintai Allah, ikutlah aku nescaya kamu akan dicintai Allah. Dan dia menngampunkan dosa-dosa mu. Allah Maha pengampun lagi mengasihani.

3. Reda dengan segala ketentuan dan pilihan Rasulullah S.A.W.. Sehingga tidak menimbulkan kesukaran terhadap segala yang diperintahkan. Tidak menguranng, menambah dan menggantikan apa yang didatangkan Allah dan Rasulnya dengan sesuatu yang lain. Sebagai renungan mari kita melihat peristiwa penyerahan anak kunci masjid al-Aqsa yang berjaya di buka oleh tentera Islam pada zaman Sayyidina Umar al-Khottab Ketika menuju ke Palestin Sayyidina Umar bergilir-gilir dengan khadamnya menaiki kuda tunggangan. Apabila sampai berhampiran masjid al-Aqsa tiba giliran Sayyidina Umar menarik kuda manakala khadamnya menunggangnya. Orang ramai yang melihat peristiwa tersebut meminta agar Sayyidina Umar menggantikan khadamnya untuk menunggang kuda demi menjaga kedudukan beliau sebagai khalifah di hadapan khalayak ramai. Lalu Sayyidina Umar dengan suaranya yang lantang mengeluarkan kata-katanya yang masyhur :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغي العزة بغير ما أعزنا الله أذلنا الله

Maksudnya : Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan yang bukan apa yang memuliakan kita dengannya oleh Allah maka kita akan mendapat kehinaan daripada Allah..

4. Membantu agamanya dengan perkataan dan perbuatan. Beriltizam dengan syariatnya dan berakhlak dengan akhlak Nabi .

5. Redha dengan musibah yang datang menimpa. Kerana keasyikan cinta akan menyebabkan kesengsaraan tidak memberi sebarang makna.

KESIMPULAN

Banyak lagi tanda-tanda cinta kasih dan sayang kepada baginda S.A.W.. Bahkan seandainya ingin diungkapkan keseluruhannya tidak akan mampu untuk kita merungkainya dalam waktu dan kesempatan yang terbatas ini. Kerana kalimah cinta adalah kalimah yang tidak mampu diungkai dan difahami maksudnya melainkan yang mencintai dan dicintai. Sebagai tanda insaf dan faham mari kita melaksanakan :

1. Menanamkan kecintaan kepada baginda dalam erti kata yang sebenarnya.

2. Mula bekerja dan bertindak selari dengan tuntutan amal.

3. Abaikan yang remeh!. Utamakan yang utama.

* Petikan kuliyah sempena sambutan Maulidur Rasul 1432

13- Masjid Sepintas - Sabak Bernam Selangor.
15 - Surau Tapah Road, Tapah, Perak
15 - Surau Petaling Hulu, Bidor Perak.
20 - SurauTaman Seri Bidor, Bidor, Perak
24 - Masjid Kh Chenor, Jelebu, Negeri Sembilan

Saturday, February 5, 2011

Cabang Iman kesembilan

Cabang iman kesembilan : Beriman bahawa tempat orang-orang beriman adalah syurga dan tempat orang-orang kafir adalah neraka.

بَلَى مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيـئَتُهُ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ {81} وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أُولَـئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ {82}
.
(Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar), Sesungguhnya sesiapa Yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

Setelah melalui satu demi satu perhentian di dalam perjalanan yang singkat, akhirnya manusia seluruhnya akan menuju ke matlamat akhir segala penciptaan. Perjalanan ini akan terhenti di antara dua perhentian. Samada mendapat nikmat sebagai ‘illiyun ataupun mendapat kecelakaan sebagai sijjiyun.

Perbahasan mengenai syurga dan neraka adalah perbahasan yang luas dan panjang . Imam Baihaqi membahaskannya di dalam kitab البعث و النشور . Perjalanan menuju ke syurga dan neraka akan melalui الصراط . Ada pandangan ulamak yang mengatakan oranng kafir tidak melalui الصراط . Bahkan sebahagian yang lain menyebutkan mereka akan melaluinya tetapi di pertengahan perjalanan akan dibukakan lubang seluas-luasnya untuk meloloskan diri mereka ke dalam neraka. Kebanyakan hadith-hadith yang membahaskan tentang الصراط adalah hadith-hadith yang dhoif. Imam Bukhari menyebutkan di dalam kitabnya satu bab yang dinamakan الصراط جسر جهنم . Beriman dengan kewujudannya adalah wajib .

Di dalam sebuah hadith yang panjang Nabi S.A.W menyebutkan keadaan manusia ketika memasuki syurga atau neraka :

i. Setiap manusia akan mengikut siapa yang disembahnya.
ii. Golongan munafik akan mengikut Tuhan yang ada pada sangkaan mereka.
iii. Manusia akan melalui الصراط dengan duri sa’dan yang mencarik-carik dagingnya.
iv. Setelah mereka yang mentauhdikan Allah menerima seksaannya maka dia akan dikeluarkan daripada neraka.
v. Allah akan memasukan manusia terakhir ke dalam syurga. Dan selepasnya tiada yang akan memasukinya.

SYURGA DAN NERAKA

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ {43} لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِّكُلِّ بَابٍ مِّنْهُمْ جُزْءٌ مَّقْسُومٌ {44}
.
"Dan Sesungguhnya neraka jahannam itu, tempat Yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).

"Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian Yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".

Para ahli ilmu menamakan neraka itu seperti yang tersebut di dalam Al-Quran :

i. الجهنم – Disebut 77 kali di dalam Al-Quran
ii. الجهيم – 26 tempat di dalam Al-Quran.
iii. سعير - 16 kali
iv. لظى – 1 kali
v. الحطمة – 2 kali
vi. السقر – 4 kali
vii. الهاوية – 1 kali

Bilangan syurga di sebutkan di dalam Al-Quran ada 4 . Dua syurga bagi golongan terdahulu السابقون الأولون :
.
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
.
Dan orang Yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga .

Manakala dua lagi untuk أصحاب اليمين . Firman Allah :

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ
.
Dan selain dari dua syurga itu, dua syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat Yang kedua);

Manakala pintu-pintu syurga itu ada lapan. Ia berdasarkan hadith Nabi S.A.W :

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ حِينَ يَفْرُغُ مِنْ وُضُوئِهِ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ إِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ

Tiada seorang pun daripada kamu yang berwudhuk, kemudian sempurna wudhuknya dan tatkala selesai wudhuknya dia berkata : أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . Maka akan dibukakan baginya 8 pintu syurga. Dia akan memasukinya melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Syurga juga mempunyai tingkatan-tingkatan tertentu mengikut amal dan kedudukan seseorang. Nabi S.A.W bersabda :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - « مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَبِرَسُولِهِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَصَامَ رَمَضَانَ ، كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ جَاهَدَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ، أَوْ جَلَسَ فِى أَرْضِهِ الَّتِى وُلِدَ فِيهَا » . فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلاَ نُبَشِّرُ النَّاسَ . قَالَ « إِنَّ فِى الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ، مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ ، فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ ، فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ ، أُرَاهُ فَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ »

Daripada Abu Hurairah R.A katanya : Rasulullah S.A.W bersabda : Barang siapa beriman denngan Allah, rasulnya, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, maka berhaklah ia dimasukkan Allah ke dalam syurga samada dia berjihad di jalan Allah atau hanya duduk di rumah. Para sahabat berkata : Wahai Rasulullah bolehkah kami menceritakannya kepada yang lain-lain. Sabda Nabi S.A.W lagi : Di dalam Syurga itu ada 100 tingkatan. Disediakan Allah untuk mereka yang berjihad di jalan Allah. Di antara satu tingkat jaraknya di antara langit dan bumi. Apabila kamu ingin memohon kepada Allah, mohonlah Firdaus. Sesungguhnya ia adalah yang terbaik dan kedudukan yang tertinggi. Aku diperlihatkan ia di bawah ‘Arasy Allah. Daripadanya terbit sungai-sungai di dalam syurga.

HIDUP YANG TIADA KESUDAHAN.

Kehidupan di dalam syurga dan neraka adalah kehidupan yang tiada kesudahan. Setiap hari yang dilalui adalah adalah hari yang baru dan sentiasa baru. Berbahagialah mereka yang kekal dengan nikmat dan kesenangan di dalam syurga. Sengsara dan menderitalah mereka yang di dalam neraka. Azab di dalam nereka itu sentiasa dan tidak akan terhenti walau seketika . Allah menggambarkan kegerunan azab itu dengan ungkapan :

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَاراً كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُوداً غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَزِيزاً حَكِيماً
.
Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Di antara pandangan para ulamak berkaitan dengan ayat ini :
i. Tatkala kulit mereka hangus terbakar, kulit mereka diganti dengan kulit putih seperti kertas.
ii. Bagi orang kafir ada 100 kulit. Di antara dua kulit itu ada azab yang berbeza.
iii. Dalam sehari kulit mereka silih berganti sebanyak 70,000 kali.

Seksaan ini akan berterusan. Peristiwa ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi S.A.W yang menyebutkan makhluk Allah yang akhir sekali dicabut nyawanya adalah kematian. Tatkala kematian itu dimatikan maka tiada wujud lagi kematian melainkan kehidupan. Penyiksaan tanpa kematian adalah seksaan berpanjangan. Nikmat tanpa kematian juga adalah nikmat yang berpanjangan.

إذا دخل أهلُ الجنةِ الجنةَ وأهلُ النارِ النارَ يُجاءُ بالموتِ كأنه كَبْشٌ أملحُ فيوقف بين الجنةِ والنارِ فيقالُ يا أهلَ الجنةِ هل تعرفون هذا فَيَشْرَئِبُّونَ فيَنْظُرُونَ ويقولون نعم هذا الموتُ وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ ثم ينادى يا أهلَ النارِ هل تعرفون هذا فَيَشْرَئِبُّونَ فيَنْظُرُونَ ويقولون نعم هذا الموتُ وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ فيؤمر به فيذبحُ ويقال يا أهلَ الجنةِ خلودٌ ولا موتَ ويا أهلَ النارِ خلودُ ولا موتَ
Tatkala telah masuk ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka. Keseluruhan mereka didatangkan dengan “kematian” di dalam bentuk kambing yang elok rupanya. Kemudian diseru: Wahai penghuni Syurga! Adakah kamu kenal siapa ini? Mereka mendongak dan memandang lalu berkata: Ya! Ini adalah maut. Kemudian diseru pula: Wahai ahli Neraka! Adakah kamu kenal siapa ini? Mereka mendongak dan memandang lalu menjawab: Ya! Itu adalah maut. Kemudian diperintahkan supaya maut disembelih dan menyeru: Wahai ahli Syurga! Kamu tetap kekal dan tidak akan mati. Wahai ahli Neraka! Kamu juga tetap kekal dan tidak akan mati.

Tuesday, February 1, 2011

Semasa : Dari Mesir

Petikan sebahagian dari laporan berita semalam di halaman http://www.ikhwanonline.net/

Untuk berhubung dengan ikhwan online dari mana-mana lokasi 00227927367 , 0020141111602, 0020115956159,

Mubarak enggan berundur dan berjanji tidak akan mencalonkan diri untuk pilihanraya akan datang. Dan berjanji akan merombak Akta 76 dan 77 yang berkaitan dengan perlantikan sebagai presiden.

Ratusan ribu rakyat di medan tahrir dan di kebanyakan kawasan melaungkan memberi peluang terakhir untuk Mubarak meletakan jawatan. Bantahan akan berterusan sehingga Mubarak bersedia berundur.

Rakyat melaungkan ” Dia yang akan berundur bukan kami yang akan undur” ” undur..undur ”.

Perdana Menteri Britain menggesa Mubarak tunduk dengan permintaan.

Assakandariyah : Lebih 700 ribu penunjuk perasaan berhimpun di dataran Mahattah Misr dan menegaskan mereka tidak akan berundur sehingga Mubarak berundur.

Asyut : 10 ribu berhimpun di dataran Ummu Batol menanti apa yang bakal berlaku.

Jawatankuasa Hak Asasi Manusi PBB menganggarkan Syuhadak boleh mencecah jumlah 350 orang di keseluruhan Negeri.

Syarikat google membuka ruang twiter kepada rakyat Mesir melalui alamat speak2tweet, mereka juga menjalankan kerjasama dengan syarikat SayNow. Perhubungan suara boleh melalui speak2tweet. Mereka menyediakan ruang khas #egypt.

(gambar)Ulamak Azhar mengimami solat jenazah ghaib bersama rakyat