Pages

Saturday, February 5, 2011

Cabang Iman kesembilan

Cabang iman kesembilan : Beriman bahawa tempat orang-orang beriman adalah syurga dan tempat orang-orang kafir adalah neraka.

بَلَى مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيـئَتُهُ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ {81} وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أُولَـئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ {82}
.
(Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar), Sesungguhnya sesiapa Yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

Setelah melalui satu demi satu perhentian di dalam perjalanan yang singkat, akhirnya manusia seluruhnya akan menuju ke matlamat akhir segala penciptaan. Perjalanan ini akan terhenti di antara dua perhentian. Samada mendapat nikmat sebagai ‘illiyun ataupun mendapat kecelakaan sebagai sijjiyun.

Perbahasan mengenai syurga dan neraka adalah perbahasan yang luas dan panjang . Imam Baihaqi membahaskannya di dalam kitab البعث و النشور . Perjalanan menuju ke syurga dan neraka akan melalui الصراط . Ada pandangan ulamak yang mengatakan oranng kafir tidak melalui الصراط . Bahkan sebahagian yang lain menyebutkan mereka akan melaluinya tetapi di pertengahan perjalanan akan dibukakan lubang seluas-luasnya untuk meloloskan diri mereka ke dalam neraka. Kebanyakan hadith-hadith yang membahaskan tentang الصراط adalah hadith-hadith yang dhoif. Imam Bukhari menyebutkan di dalam kitabnya satu bab yang dinamakan الصراط جسر جهنم . Beriman dengan kewujudannya adalah wajib .

Di dalam sebuah hadith yang panjang Nabi S.A.W menyebutkan keadaan manusia ketika memasuki syurga atau neraka :

i. Setiap manusia akan mengikut siapa yang disembahnya.
ii. Golongan munafik akan mengikut Tuhan yang ada pada sangkaan mereka.
iii. Manusia akan melalui الصراط dengan duri sa’dan yang mencarik-carik dagingnya.
iv. Setelah mereka yang mentauhdikan Allah menerima seksaannya maka dia akan dikeluarkan daripada neraka.
v. Allah akan memasukan manusia terakhir ke dalam syurga. Dan selepasnya tiada yang akan memasukinya.

SYURGA DAN NERAKA

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ {43} لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِّكُلِّ بَابٍ مِّنْهُمْ جُزْءٌ مَّقْسُومٌ {44}
.
"Dan Sesungguhnya neraka jahannam itu, tempat Yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).

"Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian Yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".

Para ahli ilmu menamakan neraka itu seperti yang tersebut di dalam Al-Quran :

i. الجهنم – Disebut 77 kali di dalam Al-Quran
ii. الجهيم – 26 tempat di dalam Al-Quran.
iii. سعير - 16 kali
iv. لظى – 1 kali
v. الحطمة – 2 kali
vi. السقر – 4 kali
vii. الهاوية – 1 kali

Bilangan syurga di sebutkan di dalam Al-Quran ada 4 . Dua syurga bagi golongan terdahulu السابقون الأولون :
.
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
.
Dan orang Yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga .

Manakala dua lagi untuk أصحاب اليمين . Firman Allah :

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ
.
Dan selain dari dua syurga itu, dua syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat Yang kedua);

Manakala pintu-pintu syurga itu ada lapan. Ia berdasarkan hadith Nabi S.A.W :

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ حِينَ يَفْرُغُ مِنْ وُضُوئِهِ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ إِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ

Tiada seorang pun daripada kamu yang berwudhuk, kemudian sempurna wudhuknya dan tatkala selesai wudhuknya dia berkata : أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . Maka akan dibukakan baginya 8 pintu syurga. Dia akan memasukinya melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Syurga juga mempunyai tingkatan-tingkatan tertentu mengikut amal dan kedudukan seseorang. Nabi S.A.W bersabda :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - « مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَبِرَسُولِهِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَصَامَ رَمَضَانَ ، كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ جَاهَدَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ، أَوْ جَلَسَ فِى أَرْضِهِ الَّتِى وُلِدَ فِيهَا » . فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلاَ نُبَشِّرُ النَّاسَ . قَالَ « إِنَّ فِى الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ، مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ ، فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ ، فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ ، أُرَاهُ فَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ »

Daripada Abu Hurairah R.A katanya : Rasulullah S.A.W bersabda : Barang siapa beriman denngan Allah, rasulnya, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, maka berhaklah ia dimasukkan Allah ke dalam syurga samada dia berjihad di jalan Allah atau hanya duduk di rumah. Para sahabat berkata : Wahai Rasulullah bolehkah kami menceritakannya kepada yang lain-lain. Sabda Nabi S.A.W lagi : Di dalam Syurga itu ada 100 tingkatan. Disediakan Allah untuk mereka yang berjihad di jalan Allah. Di antara satu tingkat jaraknya di antara langit dan bumi. Apabila kamu ingin memohon kepada Allah, mohonlah Firdaus. Sesungguhnya ia adalah yang terbaik dan kedudukan yang tertinggi. Aku diperlihatkan ia di bawah ‘Arasy Allah. Daripadanya terbit sungai-sungai di dalam syurga.

HIDUP YANG TIADA KESUDAHAN.

Kehidupan di dalam syurga dan neraka adalah kehidupan yang tiada kesudahan. Setiap hari yang dilalui adalah adalah hari yang baru dan sentiasa baru. Berbahagialah mereka yang kekal dengan nikmat dan kesenangan di dalam syurga. Sengsara dan menderitalah mereka yang di dalam neraka. Azab di dalam nereka itu sentiasa dan tidak akan terhenti walau seketika . Allah menggambarkan kegerunan azab itu dengan ungkapan :

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَاراً كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُوداً غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَزِيزاً حَكِيماً
.
Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Di antara pandangan para ulamak berkaitan dengan ayat ini :
i. Tatkala kulit mereka hangus terbakar, kulit mereka diganti dengan kulit putih seperti kertas.
ii. Bagi orang kafir ada 100 kulit. Di antara dua kulit itu ada azab yang berbeza.
iii. Dalam sehari kulit mereka silih berganti sebanyak 70,000 kali.

Seksaan ini akan berterusan. Peristiwa ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi S.A.W yang menyebutkan makhluk Allah yang akhir sekali dicabut nyawanya adalah kematian. Tatkala kematian itu dimatikan maka tiada wujud lagi kematian melainkan kehidupan. Penyiksaan tanpa kematian adalah seksaan berpanjangan. Nikmat tanpa kematian juga adalah nikmat yang berpanjangan.

إذا دخل أهلُ الجنةِ الجنةَ وأهلُ النارِ النارَ يُجاءُ بالموتِ كأنه كَبْشٌ أملحُ فيوقف بين الجنةِ والنارِ فيقالُ يا أهلَ الجنةِ هل تعرفون هذا فَيَشْرَئِبُّونَ فيَنْظُرُونَ ويقولون نعم هذا الموتُ وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ ثم ينادى يا أهلَ النارِ هل تعرفون هذا فَيَشْرَئِبُّونَ فيَنْظُرُونَ ويقولون نعم هذا الموتُ وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ فيؤمر به فيذبحُ ويقال يا أهلَ الجنةِ خلودٌ ولا موتَ ويا أهلَ النارِ خلودُ ولا موتَ
Tatkala telah masuk ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka. Keseluruhan mereka didatangkan dengan “kematian” di dalam bentuk kambing yang elok rupanya. Kemudian diseru: Wahai penghuni Syurga! Adakah kamu kenal siapa ini? Mereka mendongak dan memandang lalu berkata: Ya! Ini adalah maut. Kemudian diseru pula: Wahai ahli Neraka! Adakah kamu kenal siapa ini? Mereka mendongak dan memandang lalu menjawab: Ya! Itu adalah maut. Kemudian diperintahkan supaya maut disembelih dan menyeru: Wahai ahli Syurga! Kamu tetap kekal dan tidak akan mati. Wahai ahli Neraka! Kamu juga tetap kekal dan tidak akan mati.

0 comments:

Post a Comment