Pages

Tuesday, February 1, 2011

Semasa : Dari Mesir

Petikan sebahagian dari laporan berita semalam di halaman http://www.ikhwanonline.net/

Untuk berhubung dengan ikhwan online dari mana-mana lokasi 00227927367 , 0020141111602, 0020115956159,

Mubarak enggan berundur dan berjanji tidak akan mencalonkan diri untuk pilihanraya akan datang. Dan berjanji akan merombak Akta 76 dan 77 yang berkaitan dengan perlantikan sebagai presiden.

Ratusan ribu rakyat di medan tahrir dan di kebanyakan kawasan melaungkan memberi peluang terakhir untuk Mubarak meletakan jawatan. Bantahan akan berterusan sehingga Mubarak bersedia berundur.

Rakyat melaungkan ” Dia yang akan berundur bukan kami yang akan undur” ” undur..undur ”.

Perdana Menteri Britain menggesa Mubarak tunduk dengan permintaan.

Assakandariyah : Lebih 700 ribu penunjuk perasaan berhimpun di dataran Mahattah Misr dan menegaskan mereka tidak akan berundur sehingga Mubarak berundur.

Asyut : 10 ribu berhimpun di dataran Ummu Batol menanti apa yang bakal berlaku.

Jawatankuasa Hak Asasi Manusi PBB menganggarkan Syuhadak boleh mencecah jumlah 350 orang di keseluruhan Negeri.

Syarikat google membuka ruang twiter kepada rakyat Mesir melalui alamat speak2tweet, mereka juga menjalankan kerjasama dengan syarikat SayNow. Perhubungan suara boleh melalui speak2tweet. Mereka menyediakan ruang khas #egypt.

(gambar)Ulamak Azhar mengimami solat jenazah ghaib bersama rakyat

0 comments:

Post a Comment