Pages

Wednesday, February 16, 2011

Nabi Rahmat untuk sekalian alam : Tinjauan dari aspek muamalah dengan non-muslim

Pengutusan Nabi merupakan rahmat bagi sekalian alam. Setiap makhluk mendapat kebahagian di dalam bentuknya meraikan kedatangan Rasul yang mulia. Menurut Jabir bin Abdullah :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا سهلا
Adalah Rasulullah itu lelaki yang mudah.

Menurut Imam Nawawi yang dimaksudkan dengan رجلا سهلا adalah :
سهل الخلق كريم الشمائل لطيفا ميسرا في الخلق
Akhlak yang baik, peribadi yang terpuji, lemah lembut, memudahkan dalam urusan makhluk.

Di atas kemulian dan kehormatan ini dakwah baginda berjalan. Baginda memudahkan segala urusan kehidupan manusia, melarang dari perkara yang diharamkan. Setiap arahan juga selari dengan tabiat manusia. Firman Allah :

Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Menurut Sa’id bin Jubair dari Ibnu ‘Abbas katanya : Muhammad merupakah rahmat kepada semua manusia. Barang siapa yang beriman dan membenarkannya tergolong di kalangan mereka yang berbahagia. Barang siapa yang tidak beriman dengannya tetap selamat dari azab umat terdahulu dari taufan dan tenggelam . Rasulullah menyebutkan di dalam hadithnya :

لاَ يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ
Allah tidak mengasihi sesiapa yang tidak mengasihi manusia .

Perkataan manusia di dalam hadith ini umum. Nabi tidak membezakan warna kulit, keturunan, bangsa, agama, idealogi dan sebagainya. Rahmat dan perasaaan belas ihsan itu global, meliputi semua manusia. Bahkan alam seluruhnya. Kertas kerja ringkas ini akan membincangkan رحمة للعالمين dari aspek hubungan dengan non-muslim. Diharapkan agar kertas yang tidak seberapa ini dapat membantu menyelesaikan berberapa khilaf yang berlaku di dalam masyarakat akhir-akhir ini. Khususnya yang melibatkan interaksi dengan non-muslim. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Di antara contoh رحمة للعالمين Nabi dengan golongan non muslim adalah :

1. Nabi menghalang berlaku zalim terhadap ahlu zimmah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو - رضى الله عنهما - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ ، وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

“Sesiapa yang membunuh seorang kafir ‘mua’ahad’, ia tidak akan dapat mencium bau syurga kerana bau syurga itu berada di tempat yang jauh, sejauh perjalanan 40 tahun”

Di dalam hadith ini Nabi secara jelas memberi amaran dari berlaku zalim terhadap ahli zimmah. Selain hadith ini ada berberapa hadith yang lafaz dan maksud yang hampir sama. Keseluruhan hadith-hadith ini menganjurkan toleransi dengan golongan tersebut.

2. Nabi mendoakan non-muslim.

Di antara contoh akhlak Nabi terhadap golongan non-muslim, Nabi pernah mendoakan golongan yang tidak beriman untuk diberi hidayah.. Di antaranya :

i. Nabi mendoakan suku kaum Ad-Daus.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ، قَالَ: قَدِمَ الطُّفَيْلُ بن عَمْرٍو الدَّوْسِيُّ، وَأَصْحَابُهُ، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهَا، فَقِيلَ هَلَكَتْ دَوْسٌ، فَقَالَ:"اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا، وَائْتِ بِهِمْ"

Pada suatu hari Nabi didatangi oleh Thufail ibnu ’Amru Ad-Dausi dan rombongan. Mereka berkata : ” Ya Rasulullah sesungguhnya suku kaum Ad-Daus mendustai dan membantahmu, maka doakanlah mereka”. Ada yang mengatakan: Binasakan Ad-Daus. Kami menyangka Nabi mengangkat tangannya untuk mendoakan kebinasaan itu. Nabi bersabda : Ya Allah, berilah hidayah kepada suku kaum Ad-Daus dan hampirilah mereka”.

ii. .Nabi mendoakan Ibu kepada Abu Hurairah sebelum keislamannya.

أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ كُنْتُ أَدْعُو أُمِّى إِلَى الإِسْلاَمِ وَهِىَ مُشْرِكَةٌ فَدَعَوْتُهَا يَوْمًا فَأَسْمَعَتْنِى فِى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَا أَكْرَهُ فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَنَا أَبْكِى قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى كُنْتُ أَدْعُو أُمِّى إِلَى الإِسْلاَمِ فَتَأْبَى عَلَىَّ فَدَعَوْتُهَا الْيَوْمَ فَأَسْمَعَتْنِى فِيكَ مَا أَكْرَهُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ يَهْدِىَ أُمَّ أَبِى هُرَيْرَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « اللَّهُمَّ اهْدِ أُمَّ أَبِى هُرَيْرَةَ ». فَخَرَجْتُ مُسْتَبْشِرًا بِدَعْوَةِ نَبِىِّ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَلَمَّا جِئْتُ فَصِرْتُ إِلَى الْبَابِ فَإِذَا هُوَ مُجَافٌ فَسَمِعَتْ أُمِّى خَشْفَ قَدَمَىَّ فَقَالَتْ مَكَانَكَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ. وَسَمِعْتُ خَضْخَضَةَ الْمَاءِ قَالَ - فَاغْتَسَلَتْ وَلَبِسَتْ دِرْعَهَا وَعَجِلَتْ عَنْ خِمَارِهَا فَفَتَحَتِ الْبَابَ ثُمَّ قَالَتْ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ - قَالَ - فَرَجَعْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَأَتَيْتُهُ وَأَنَا أَبْكِى مِنَ الْفَرَحِ

Abu Hurairah pernah mengatakan bahawa, tatkala aku mengajak ibuku untuk masuk Islam yang ketika itu masih kafir, ibuku menolak bahkan memperkatakan sesuatu tentang Nabi yang aku tidak suka mendengarnya. Kemudian Aku datang ke rumah Nabi saw sambil menangis : “Wahai Rasulullah, aku telah menyeru ibuku untuk masuk Islam, tetapi dia enggan, bahkan pada suatu hari dia mengatakan tentang dirimu yang aku tidak menyukainya, oleh sebab itu berdo’alah kepada Allah swt agar ibuku mendapat hidayah “, lalu Nabi berdoa: “Ya Allah, berilah hidayah ibu Abu Hurairah”. Kemudian aku pulang untuk melihat ibuku dalam keadaan gembira kerana doa Nabi. Tatkala sampai didepan pintu rumah, aku dapatinya terkunci. Ibuku mengatakan tunggu sebentar wahai Abu Hurairah. Aku mendengar bunyi air yang ternyata ibuku sedang mandi untuk mensucikan dirinya. Lantas ibuku memakai baju dan bertudung. Tatkla ibuku membuka pintu dia berkata : “Wahai Abu Hurairah, aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Allah aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.” Maka setelah aku mendengar ibuku masuk islam, aku terus memberitahu Rasulullah sambil menangis kerana sangat gembia.
.
3. Kehalusan baginda bermuamalah

Kelembutan baginda di dalam bermuamalah adalah bukti kukuh membenarkan firman Allah , bahawa baginda diutuskan sebagai رحمة للعالمين. Banyak hadith-hadith yang memperincikan perihal ini. Diantaranya:

i. Menziarahi khadamnya yang beragama Yahudi.

عَنْ أَنَسٍ - رضى الله عنه - قَالَ كَانَ غُلاَمٌ يَهُودِىٌّ يَخْدُمُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فَمَرِضَ ، فَأَتَاهُ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - يَعُودُهُ ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَقَالَ لَهُ « أَسْلِمْ » . فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهْوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ - صلى الله عليه وسلم - . فَأَسْلَمَ ، فَخَرَجَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - وَهْوَ يَقُولُ « الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ »
Daripada Anas katanya : Seorang budak Yahudi yang menjadi khadam baginda telah jatuh sakit. Baginda lantas menziarahinya. Baginda duduk di kepalanya dan bersabda : Masuklah Islam. Budak itu memandang bapanya. Lantas bapanya berkata : Taatlah kepada Abu Qosim ( gelaran baginda ). Dia pun mengistiharkan keislamannya. Nabi keluar dan bersabda : Segala puji bagi tuhan yang menyelamatkannya dari api neraka.

ii. Kisah Abu Rafi’ yang berbangsa Qibti.

وعن أبي رافع رضي الله عنه -وكان قبطيا-, قال بعثتني قريش إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ألقي في قلبي الإسلام فقلت يا رسول الله إني والله لا أرجع إليهم أبدا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إني لا أخيس بالعهد ولا أحبس البرد ولكن ارجع فإن كان في نفسك الذي في نفسك الآن فارجع قال فذهبت ثم أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فأسلمت
Dan dari Abu Rafi’ – Sebelumnya seorang Kafir Qibti- dia mengatkan: “Aku pernah diutus oleh Kafir Quraisy kepada Rasulullah . Ketika aku melihat Rasulullah tercampak ke dalam hatiku Islam. Lantas aku mengatakan: ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya aku tidak mahu kembali kepada mereka . Maka Rasulullah bersabda : ‘Sungguh aku tidak akan mengkhianati perjanjian, dan aku tidak akan menahan seorang utusan, akan tetapi kembalilah! Jika nanti masih ada sesuatu yg ada dalam hatimu sekarang ini, maka kembalilah!”… Lalu aku pun pergi, kemudian aku mendatangi Rasulullah. Lantas mengisytiharkan keislamanku.
..bersambung
.
.
# Petikan kertas kerja, sempena Sambutan Maulidur Rasul , 24 Februari 2011 bertempat di dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi Negeri Sembilan.

0 comments:

Post a Comment