Pages

Wednesday, July 8, 2009

Kuliyah Perkembangan Perundangan Islam ( تاريخ التشريع الإسلامي)

السلام عليكم bertemu sekali lagi di dalam kuliyah perkembangan perundangan Islam تاريخ التشريع الإسلامي . Terima kasih kepada yanng sentiasa memberikan komitmen yang sangat tinggi untuk memahami permasalahan ini. Hari ini kita akan membincangkan keadaan Arab sebelum pengutusan Baginda S.A.W.
.
.
Masyarakat Arab hidup di dalam keadaan kemiskinan dari semua aspek. Miskin dari sudut akhlak, miskin dari aspek sosial, miskin dari aspek ekonomi dan segalanya. Walau bagaimanapun dalam pembacaan saya di dalam keadaan masyarakat Arab yang serba dhaif dari pelbagai sudut ini, ada di antara adat dan budaya mereka menyebabkan kita merasa kagum. Sebagai contohnya sifat menyayangi keluarga dan suku mereka. Walau pun pada asasnya baik, tetapi lama kelamaan sifat itu membina tembok asabiyah yang sangat menebal.
.
.
kalau dilihat dari sudut kemasyarakatan, masyarakat Arab Jahiliyah kebanyakan hidup di dalam keadaan buta huruf. Lebih kurang macam dalam filem P.Ramli tulah. Yang si Sudin baca sekolah jadi sarkis tu ( tengok dalam youtube, menarik diorang ulas. Hehehehe ). kira2 bolehlah kot kita nak gambarkan keadaan sosial masyarakatnya macam tu. Dari sudut Akhlak pun macamtu juga. Saya turut sarankan pembaca-pembaca membaca sebuah buku sirah yang saya kira sangat menarik. Tajuknya Ar-Rahiq Al-Makhtum, tulisan Syeikh Mubarakfuri. Memang menarik. Dulu saya mengajar kitab ni di Surau taman Dato' Syahbandar, di Seremban. Lama dah kelas tu berhenti semenjak pindah Teluk Intan ni. Buku tu dalam bahasa melayu, diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia. Harga pun murah. Dalam RM 50 je. Tengok huraian Syeikh Mubarakfuri sangat menarik tentang kehidupan masyarakat zaman jahiliyah. Sangat detail dan teliti huraiannya.
.
.
Masyarakat Arab ketika itu hidup dalam keadaan menyembah berhala. Menurut kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum, orang yang pertama membawa berhala ke mekah adalah seorang lelaki yang namanya Amru bin Luhaiy. Dialah juga yang mengeluarkan berhala-berhala yang tenggelam ketika zaman nabi Nuh dengan bantuan Jin. Menarik sangat cerita ni. Nak cerita semua kat sini takut lari pulak dari tajuk perbincangan kita hehehehe. Yang menariknya mereka tidak mempercayai 100% bahawa berhala yang disembah itu sebagai Tuhan. tetapi mereka beranggapan bahawa berhala itu adalah sebagai suatu usaha mereka menghampirkan diri pada Tuhan atau beranggapan berhala adalah perantaraan Tuhan. Maka ALlah menjelaskan perangai mereka dengan menyebutkan :
ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى
"Tidaklah kami menyembahnya (berhala ) melainkan bertujuan untuk mendekatkan diri kami dengan Allah"
.
.
Manakala dari sudut perundangan dan peraturan, masyarakat Arab Jalihilyah tidak mempunyai sebarang peraturan rasmi yang bertulis dan dibukukan. Sebab apa ye?.. Sebabnya... dah kebanyakan mereka buta huruf sapa nak menulis. Kalau ada pun yang bertulis sapa pulak nak membacanya. Tapi bukanlah kesemuanya sekali buta huruf, ada juga yang bijak dan cerdik dikalangan mereka. Sebab itu ada syair2 dan sajak2 mereka digantung di kaabah. Sebagai suatu pengiktirafan mereka kepada penyair-penyair.
.
.
Dalam keadaan masyarakat menyembah berhala , ada juga kelompok kecil dari mereka yang mendakwa mengikut ajaran Masihi ( Nasrani/Kristian ), jumlah mereka adalah minoriti jika dibandingkan dengan keseluruhan penduduk tanah arab ketika itu. Di samping masyarakat masihi yang minoriti terdapat juga mereka yang mengamalkan syariat Nabi Ibrahim. Mereka digelar sebagai Al-Hunafa' atau Al-Hanifiyah. Ada orang mengatakan Al-Hunafa' ini agama. Saya tak bersetuju dengan pendapat yanng membezakan agama langit ( samawi ) dan agama buatan ( wadh'i). Sebab apa ?. Sebab semua agama adalah buatan melainkan Islam. Salah kalau kita katakan Nabi Isa itu Kristian, Nabi Ibrahim itu Hanifiyah, Nabi Musa itu Yahudi. Salahlah..sebab mereka semua adalah Islam. Jadi untuk keluar dari khilaf tersebut boleh sahaja kita katakan itu adalah pensyariatan. Sebab nyatanya syariat itu berbeza, tetapi agama itu sama.
.
.
Selain dari keadaan mereka yang pelbagai agama, mereka juga percaya dengan dukun, pawang, bomoh, dan segala peramal-peramal. Bahkan mereka yang meramal ini diletakkan di kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat. Mereka menjadi rujukan utama di dalam masyarakat. Segala keputusan akan dirujuk kepada mereka. Tambah sikit lagi.. Orang melayu kita pun lebih kurang jugak.. Ramai lagi yang masih percaya dengan dukun, bomoh atau pawang. Ada yang masih percaya dengan benda2 karut marut, macam percaya dengan cincin ajaib, batu hikmah, keris puaka ( kes pelajar UM tu puaka lain ). kadang2 yang jual batu, keris atau apa pun hikmah namanya tadi.... selekeh je. Kenapa yang tukang jual tu, dia sendiri yang tak pakai batu tu. Pernah saya jumpa dekat pasar malam , satu pakcik ni jual batu hikmah. Dia kata kalau sapa beli batu ni akan jadi kaya. maka berpusu-pusu orang pergi tengok. Yang peliknya pakcik tu pun tak kaya. Dia balik pun naik bas jer. Bodohnya sebahagian orang kita ni. Sama macam masyarakat jahiliyah lagi.
.
.
.
Itu lebih kurang keadaan masyarakat Jahiliyah. Minggu depan bersambung lagi..

0 comments:

Post a Comment