Pages

Tuesday, January 26, 2010

Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia.

BAHAYA JAHIL ILMU TAUHID

PERTAMA : Seseorang yang tidak tahu sipa penciptanya akan hidup seperti orang buta dalam kehidupan dunia.

وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ
Maksudnya : Dan ( sebaliknya ) orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan dan minum sebagaimana binatang ternak makan minum, sedangkan nerakalah menjadi tempat tinggal ( Muhammad : 12 )

KEDUA
: Mereka yang tidak beriman dengan hari akhirat akan terpedaya dengan kehidupan dunia. Dia akan menjadikan setiap kerjanya adalah untuk mencari kesenangan di dunia ini sebelum dia mati.

KETIGA : Apabila kejahilan tentang ilmu tauhid berleluasa, akidah dan amalan manusia akan rosak dan maksiat serta dosa akan bermaharajalela. Dengan itu Allah akan menurunkan azab ke atas orang Islam yang mengabaikan dan mensia-siakan agama mereka.

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat

IMPLIKASI ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

PERTAMA : Dia menjalani kehidupan dunia di atas jalan yang lurus. Dia mengetahui permulaan dan pengakhiran kehidupannya.

أَفَمَن يَمْشِي مُكِبّاً عَلَى وَجْهِهِ أَهْدَى أَمَّن يَمْشِي سَوِيّاً عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Maka Adakah orang Yang berjalan (melalui jalan Yang tidak betul, Yang menyebabkan Dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang Yang berjalan tegak betul, melalui jalan Yang lurus rata?

0 comments:

Post a Comment