Pages

Wednesday, December 14, 2011

Cabang Iman ke 32 : Menunaikan janji

Firman Allah S.W.T :

Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. [1]

75. Dan di antara mereka ada Yang membuat janji Dengan Allah Dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada Kami dari limpah kurniaNya, tentulah Kami akan bersedekah, dan tentulah Kami akan menjadi dari orang-orang Yang soleh"

76. Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil Dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang Yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

77. Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik Dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa Yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.

Kedua-dua ayat di atas bahkan banyak ayat-ayat yang lain menggambarkan gesaan menunaikan janji. Janji yang di buat sama ada dengan manusia atau janji yang dibuat dengan Allah S.W.T. Setiap perjanjian pasti akan dituntut janjinya. Pepatah Melayu juga menyebutkan kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Sabda baginda S.A.W :

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا ، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Di dalam Islam janji juga disebut sebagai Aqad. Sama ada aqad menunaikan solat iaitu niatnya, aqad ketika perkahwinan, aqad ketika jual beli, aqad ketika melafazkan nazar dan sebagainya. Justeru baginda S.A.W bersabda :

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ إِلا شَرْطًا حَرَّمَ حَلالا، وَأَحَلَّ حَرَامًا , وَالصُّلْحُ جَائِزٌ بَيْنَ النَّاسِ إِلا صُلْحًا أَحَلَّ حَرَامًا أَوْ حَرَّمَ حَلالا.

Orang Islam di pegang di atas pensyaratan mereka melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Perdamaian harus di antara manusia melainkan perjanjian yang menghalal kan yang haram atau mengharamkan yang halal.

Di dalam bab muamalat isu aqad dan perjanjian ini di antara isu yang menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Undang-undang berkaitan dengan perlindungan pennguna ada diantaranya dipengaruhi oleh undang-undang British era pasca penjajahan. Sebagai contoh undang-undang kontrak 1950 atau Akta Kontrak 1950. Undang-undang ini ditulis semasa era pasca penjajahan dan era awal merdeka. Maka, sudah pasti pengaruh undang-undanng british terkandung di dalam undang-undang ini khususnya dari kes-kes rujukan yang berkaitan dengan isu-isu kepenngunaan.

Satu daripada perkembangan yang paling penting dalam perkara ini adalah kewujudan perjanjian bentuk seragam(standard form contracts). Kemunculan perjanjian-perjanjian sebegini menghapuskan sama sekali andaian bahawa ianya adalah hasil dari kerelaan bebas di antara pihak-pihak yang terlibat. Perjanjian bentuk seragam lazimnya dicetak dengan banyak untuk digunakan berulang kali bagi urusan yang sama. Ia biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat besar dalam urusan mereka dengan pengguna. Syarikat dan badan korporat ini lebih berkemahiran dalam selok belok perniagaan serta mempunyai kewangan lebih mantap berbanding dengan pengguna itu sendiri. Melalui perjanjian sebegini, syarat-syarat yang membebankan pihak yang lemah dapat dimuatkan ke dalamnya. Contohnya, syarat yang membolehkan bank mengubah peratus keuntungannya ke atas pinjaman yang telah diberi kepada pelanggan, sedangkan kadar itu telah dipersetujui bersama sebelumnya. Malah perkara tersebut selalunya merupakan perkara yang pertama ditanya sebelum pengguna mengambil sebarang keputusan.

Pengguna pasti akan teraniaya apabila bank kononnya diberi hak mutlak menukar peratus keuntungannya sesuka hati, tanpa persetujuannya. Terdapat juga syarat seperti bank mempunyai hak untuk mengubah, menghapuskan apa-apa syarat bila-bila masa tanpa memberitahu pelanggan dan ia akan berkuatkuasa apabila bank sendiri memutuskannya. Sepatutnya sebarang perubahan syarat mendapat persetujuan bersama dengan pelanggan. Contoh lain adalah, kontrak sebuah syarikat penerbangan mengandungi terma bahawa walaupun tempat duduk pelanggan telah ditempah dan disahkan, pelanggan mungkin tetap dihalang menaiki kapal terbang [2]. Baginda S.A.W menyebutkan di dalam sebuah hadith :

عن أبي هريرة قال : قال رسول الله : من باع بيعتين في بيعة فله أوكسها أو الربا. وفي لفظ : " نهى النبي عن بيعتين في بيعة

Begitu juga di dalam sebuah hadith yang lain :

و عن سماك عن عبد الرحمان بن عبد الله بن مسعود عن أبيه قال : نهى النبي عن صفقتن في صفقة قال سماك : هو الرجل يبيع البيع فيقول بنسا كذا أو هو بنقد كذا أو كذا

Ulamak menyatakan masalah ini di dalam berberapa bidang . Di antaranya :

i. Seorang lelaki menjual barangannya kepada seseorang dengan RM 10 dalam tempoh masa yang tertentu. Apabila tiba masa yang dijanjikan si pembeli masih tidak mampu untuk mejelaskan bayarannya. Maka sipenjual pun berkata : Saya jualkan barangan ini semula dengan harga RM 12. Jual beli ini adalah riba’.

ii. Seorang lelaki meminjamkan kepada seseorang yang lain RM 100 dengan syarat memberinya 10 kg padi miliknya ketika padinya dituai. Apabila tiba musim menuai lelaki tadi datang untuk mengambil 10 kg padi dan berkata, jual kepada saya 10 kg padi itu dengan nilai yang lebih tinggi. Maka tidak boleh kerana termasuk di dalam bab dua jualan di dalam satu barang.

iii. Al-iamam asy-Syaukani di dalam Nail al-Awtar menaqalkan satu pandangan daripada al-Imam Syafi’e berkaitan masalah yang sama. Sebagai contohnya seorang lelaki menjual padinya kepada seseorang yang lain dengan harga RM 10 dengan syarat si pembeli menjual kepadanya rumah miliknya dengan harga RM 200 000.00 . Jaul beli begini adalah haram kerana sah atau batalnya suatu proses jual beli itu terpaksa bergantung dengan yang lain.

Antara hikmah pengharam jual beli begini kerana :

i. Tipu daya

ii. Perkelahian.

iii. Syak

iv. Syubhat.

v. Melindung diri daripada riba.

Agama Islam menggalakkan manusia mewujudkan suasana adil di dalam setiap kehidupan, khususnya di dalam melaksanakan aqad. Sesuatu peruses jual beli seharusnya memberi keuntungan dan keadilan kepada kedua-dua belah pihak. Si penjual perlu mendapat ganjaran yang sepadan dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkannya, begitu juga kepada pengguan. Pengguna perlu mendapat barangan dan perkhidmatan yang berpadanan dengan jumlah wang yang dikeluarkannya . Islam juga menekankan sifat-sifat mulia di dalam setiap proses jual beli. Sebagai contohnya Islam melarang wujudnya ketidak patuhan terhadap akad yang telah dibuat. Sebagai contohnya, syariat Islam menetapkan kaedah :

Barang siapa yang membeli makanan maka tidak harus dia menjualnya sebelum dia memilikinya”.

Kaedah ini merupakan intipati daripada hadith baginda S.A.W . Daripada Jabir R.A katanya : Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Sekirannya kamu membeli makanan maka janganlah kamu membelinya sehinggalah kamu memilikinya”.

Daripada Ibnu Abbas R.A :

Sesungguhnya baginda S.A.W barang siapa membeli makanan maka jangnalah menjualnya sehinggalah dia memilikinya”.

Berkata Ibnu Abbas : “ Semua perkara adalah sedemikian”.

Jumhur Ulamak bersepakat tidak boleh menjual makanan sebelum memilikinya berpandukan keuda-dua hadith di atas. Hikmah pengharaman makanan adalah kerana pada kebiasaannya makanan terdedah kepada rosak dan luput. Boleh jadi makanan tadi telah rosak sebelum si pembeli memilikinya. Jadi tiada jaminan dia menjual barangan yang baik kepada pembeli seterusnya. Sebahagian ulamak mngqiaskan perkara-perkara lain kepada kaedah ini berdasarkan pandangan ibnu Abbas. Masalah ini dikuatkan lagi dengan hadis Hakim bin Hizam katanya : Wahai Rasulullah saya membeli berberapa barangan. Beritahulah saya apa yang dibolehkan dan apakah yang tidak dibolehkan . Maka baginda S.A.W berkata : Apabila kamu membeli sesuatu janganlah menjualnya sehingga dia memilikinya”.



[1] Al-Maidah : 1

[2] Tingkatkan Keadilan Kepada Pengguna, Mastura bt Mohd Zain ,Pegawai Penyelidik IKIM 29/07/2008, Berita Harian .

0 comments:

Post a Comment