Pages

Wednesday, December 14, 2011

Cabang iman ke tujuh belas ; Menuntut Ilmu.

Firman Allah :

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Sabda Nabi S.A.W :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللَّهَ لا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ ، حَتَّى إِذَا لَمْ يَبْقَ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤَسَاءَ جُهَّالا ، فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ ، فَضَلُّوا ، وَأَضَلُّوا


Ketahuilah, salah seorang murid Al Ghazali yang telah menyertai gurunya selama bertahun-tahun, bertanya-tanya kepada dirinya. Ia berguru, menemani dan melayani gurunya dalam waktu yang cukup lama. Berbagai ilmu dan pengalaman spiritual telah diperolehnya, tetapi ia masih merasa ragu terhadap dirinya. Ia berkata kepada dirinya, "Saya telah membaca berbagai macam ilmu. Usiaku habis untuk belajar dan mengumpulkan bermacam-macam ilmu. Hingga sekarang saya tidak mengetahui ilmu yang mana yang bermanfaat bagiku dan menemaniku kelak di alam kubur. Saya juga tidak tahu ilmu mana yang tidak bermanfaat bagiku sehingga saya harus meninggalkannya. Padahal Rasulullah saw. telah berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat."

Ia terus berpikir dan berpikir sampai akhirnya memutuskan untuk menulis surat kepada gurunya, Al Ghazali. Ia mengadukan kepadanya kegelisahan hatinya dan meminta nasiha serta doa. Katamya : Seandainya jawapan kepada persoalanku ini terkandug di dalam kitab ihya’ dan pelbagai kitab tuan yang lainnya, ketahuilah bahawa khadammu ini tidak berupaya dan berkemampuan meneliti keseluruhannya. Akan tetapi, maksud saya di sini adalah agar Syeikh menuliskan untuk saya nasihat yang tertulis hanya dalam beberapa lembar kertas. yang saya boleh membawanya sepanjang hidup saya dan mengamalkannya."


Kemudian Al Ghazali menulis jawapan. Surat itu kepada muridnya sebagaimana berikut.

Ketahuilah, wahai anakku yang mulia dan sahabat yang ikhlas, - semoga Allah mengekalkan kamu di dalam ketaatan kepadaNya dan mengekalkan kakimu dii jalan para kekasihNya-, Sesungguhnya tebaran nasihat golongan terdahulu dan terkemudian terkandung di dalam hadith-hadith Rasulullah saw. Jika nasihat dari baginda telah sampai kepadamu, maka nasihat apa lagi yang kamu perlukan dariku. Jika belum sampai, maka katakan kepadaku apa yang telah kamu peroleh selama bertahun-tahun ini dari ilmu yang telah kau raih? Sementara pada saat yang sama engkau habiskan waktumu mencari ilmu itu.


Wahai Anakku di antara nasihat Rasulullah saw. yang sangat berharga adalah sabda beliau ini:

"Tanda-tanda Allah berpaling dari hambaNya adalah kesibukan hamba itu dengan sesuatu yang tidak berarti. Jika seseorang sesaat saja dari usianya hilang untuk sesuatu yang tidak berguna bagi tujuan penciptaannya, maka patut baginya mendapatkan kerugian yang panjang: dan barangsiapa telah melewati 40 tahun dan kebaikannya tidak mengalahkan kejelekannya, maka bersiap-siaplah ke neraka."

Nasihat ini sudah cukup bagi orang yang benar-benar ahli dunia. Wahai Anakku, urusan nasihat sangat mudah, yang sulit adalah menerima dan mengamalkan nasihat. Kerana menerima nasihat bagi penurut hawa nafsu terasa pahit di bibirnya. Sementara larangan-larangan itulah yang disukai oleh sebagian besar manusia, khususnya bagi orang yang hanya sibuk mencari ilmu dunia, ilmu kemuliaan dan ilmu kemahiran. Hal ini kerana ilmunya tersebut digunakan hanya untuk memperoleh keagungan dan kemulian dunia. Dengan upayanya mencari ilmu itu - dia hanya bertujuan untuk mendapatkan ilmu semata - bukan untuk diamalkan - agar ilmu tersebut dinisbatkan kepadanya.Dengan demikian orang akan berkata "Si Fulan seorang yang berilmu (sarjana, master, doktor dll -pentj) dan mulia".

Orang yang terkemudian ini hidupnya hanya sibuk mengurusi nafsu dan memasuki lorong-lorong kehidupan dunia. Ia mengira bahawa dengan mendapatkan ilmu semata, kehidupannya akan selamat dan terlepas dari kesengsaraan. Ia tidak perlu amal. Ini adalah keyakinan para falsafah. Mahasuci Allah. Ia tidak mengetahui ketentuan ini ketika sudah mendapatkan ilmu dan tidak mengamalkannya, ia justru berhujjah dengan sekian banyak dalil yang memperkuat andaiannya bahawa ilmu untuk ilmu, bukan untuk amal. Mereka terlupa ilmu itu akan menjadi ancaman yang sangat berat ke atas dirinya. Rasulullah saw. bersabda:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَالِمٌ لَمْ يَنْفَعْهُ عِلْمُهُ"

"Manusia yang paling berat azabnya di akhirat adalah orang yang berilmu yang Allah tidak memberinya kemanfaatan atas ilmunya."


Imam Ahmad dan al-Bayhaqi meriwayatkan dari Mansur Ibn Zadan yang berkata, "Telah sampai khabar kepada kami, bahawa apabila orang berilmu tidak memperoleh manfaat dari ilmunya itu, para penghuni Neraka berteriak kerana mencium baunya yang busuk. Mereka—para penghuni neraka itu— berkata kepadanya, "Apa yang telah kamu perbuat, wahai orang jelek? Kamu telah mengganggu kami dengan baumu yang busuk. Apakah tidak cukup bagimu rasa sakit dan keburukan kami?" Orang yang berilmu itu menjawab, "Dulu, aku ini orang berilmu, tetapi aku tidak memperoleh manfaat dari ilmuku."

Diriwayatkan bahawa Al Junaidi setelah wafat memperlihatkan dirinya dalam tidurku, lalu ditanyakan kepadanya, "Apa khabar. hai Abu Al Qasim (panggilan Al Junaidi)?" Ia menjawab, "Semua ungkapan (ilmu) telah rosak dan isyarat-isyarat (ilmu yang lebih dalam) juga musnah. Tidak ada yang memberi kami manfaat kecuali rakaat-rakaat yang kami rukuk di tengah malam."


Wahai Anakku, Janganlah kamu menjadi orang yang muflis sebab amalmu, dan jangan pula batinmu dalam keadaan kosong dari zikir pada Allah. Yakinlah bahawa ilmu semata tidak mungkin boleh menyelamatkan dirimu di akhirat kelak.

Contohnya, seandai seorang lelaki gagah di tengah gurun sendirian memiliki sepuluh pedang India yang sangat ampuh dan beberapa senjata lainnya. Lelaki itu dikenal berani dan pahlawan perang.Kemudian seekor singa yang sangat besar menghampirinya dan siap menerkamnya. Apa pendapatmu, apakah senjata-senjata yang hebat itu mampu mencegah lelaki itu dari terkaman singa jika ia tidak menggunakan dan menghayunkan kepada singa? Sudah pasti senjata-senjata itu tidak mampu melindunginya kecuali dengan digerak-gerakkan.

Demikian juga jika seseorang telah membaca 100 000 masalah ilmiah dan berhasil menguasainya. Tetapi tidak mengamalkannya, maka ilmu-ilmu itu tidak akan memberinya manfaat kecuali dengan mengamalkannva.
Contoh lain. jika seseorang sakit kuning, dan ia mengetahui bahawa kesembuhannya hanya dengan ramuan ubat tertentu yang telah dikuasainya, maka ia tidak mungkin sembuh kecuali dengan meminum ubat itu.


Seandainya kamu telah belajar puluhan tahun, membaca banyak buku dan menguasai berbagai macam ilmu, lalu kamu menyimpan kitah-kitab sebagai bahan koleksi pribadi, maka semua itu tidak akan menolong dan menjadikanmu mendapatkan manfaat kecuali dengan mengamalkannya.

Allah swt. berfirman:

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Dan bahawa manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya."

( Al Najm: 39)

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً
"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya. maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh."

0 comments:

Post a Comment