Pages

Wednesday, December 14, 2011

Cabang iman kelima belas : membesarkan, mengagungkan dan memuliakan Nabi S.A.W

Cabang iman ini adah lebih tinggi kedudukannya dari cabang iman yang sebelumnya iaitu mencintai Nabi S.A.W. Hal ini kerana tidak semua pencinta menjadi pengagung. Bukankah kita biasa melihat seorang bapa mencintai anaknya. Memberikan segala kasih sayang dan kecintaannya pada si anak. Tetapi dengan kasih sayang itu tidak membawa si bapa sehingga mengagung-agungkan anaknya. Maka dengan analogi mudah itu dapatlah kita memahami bahawa kedudukan si pengagum dan pengagung adalah lebih tinggi dari pencinta.

Perkara yang mendorong kepada kecintaan adalah disebabkan dengan limpahan kebaikan yang diberikan. Bahkan telah dinyatakan di dalam kuliyah kita yang lalu. Adapun yang mendorong perasaan kagum dan mengagungkan adalah dengan sifat-sifat ketinggian yang dimiliki oleh orang yang diagungkan. Ditambah lagi dengan kemampuan memenuhi permintaan si pengagung dan tidak siapa mampu memenuhinya melainkan orang yang diagungkan. Dengan limpahan pemberiannya tidak akan mampu untuk kita memujinya dan mencintainya dengan sedaya upaya walau pun telah berusaha dengan kemampuan yang paling optima.

Ketahuilah bahawa Nabi S.A.W adalah yang paling layak mendapat pujian, pengiktirafan, kemulian, keagungan berbanding dengan anak, bapa, raja-raja, pemimpin-pemimpin bahkan siapa sahaja. Allah memelihara diri kita, kehormatan kita, kemaluan kita, hrata benda dan seluruhnya dari menjadi bahan ratahan api neraka di sebabkab dia.. Adakah di sana masih ada sesuatu nikmat yang lebih besar dan lebih agung berbanding dengan nikmat tersebut ?. Adakah tidak layak dia mendapat pujian yang tertinggi dan penghormatan teragung kerana mendatangkan dengan nikmat itu ?.

Allah S.W.T berfirman :

Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul diantara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah Telah mengetahui orang-orang yang berangsur- angsur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih.

( An-Nuur : 63 )

Di dalam ayat di atas Allah S.W.T menyeru agar tidak melegahkan sahutan Nabi S.A.W. Para ulamak membahaskan ayat ini menyatakan sebab yang melengahkan mereka dari menjawab panggilan Nabi S.A.W hanyalah kerana mereka sedang mendirikan solat. Maka adakah alasan yang lebih kuat dan kukuh untuk meninggalkan suruhan dan larangan Nabi S.A.W berbanding solat ?.

عَنْ أَبِى سَعِيدِ بْنِ الْمُعَلَّى أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- مَرَّ بِهِ وَهُوَ يُصَلِّى فَدَعَاهُ قَالَ فَصَلَّيْتُ ثُمَّ أَتَيْتُهُ قَالَ فَقَالَ « مَا مَنَعَكَ أَنْ تُجِيبَنِى ». قَالَ كُنْتُ أُصَلِّى. قَالَ « أَلَمْ يَقُلِ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ)

Maksudnya : Dari Abi Sa’id ibnu Al-Mu’alla, Sesungguhnya Nabi S.A.W melaluinya sedang ia menunaikan solat. Nabi S.A.W memanggilnya. Selesai solat aku menemui baginda S.A.W . Baginda bersabda : Apakah yang menghalangmu dari menyahut seruanku ?. Aku mengatakan : Aku sedang solat. Baginda S.A.W bersabda : bukankah Allah berfirman : Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu (Al-Anfal :24 ) .

Menghormati dan mengagungkan Nabi S.A.W dalam ertikata menyeluruh. Mengagungkan Baginda, keluarganya, sanak saudaranya, segala yang berkaitan dengan Nabi S.A.W . banyak hadith yang menceritakan bagaimana obsesnya sahabat-sahabat Nabi terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan baginda S.A.W.

Firman Allah S.W.T :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya[1407] dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

( Al-Hujurat : 1 )

Begitu juga kisah-kisah yang dipaparkan di dalam kehidupan para sahabat.

عَنْ أَبِى بَرْزَةَ أَنَّ جُلَيْبِيباً كَانَ مِنَ الأَنْصَارِ وَكَانَ أَصْحَابُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَانَ لأَحَدِهِمْ أَيِّمٌ لَمْ يُزَوِّجْهَا حَتَّى يَعْلَمَ أَلِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِيهَا حَاجَةٌ أَمْ لاَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ذَاتَ يَوْمٍ لِرَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ « زَوِّجْنِى ابْنَتَكَ ». فَقَالَ نِعِمَّ وَنُعْمَةُ عَيْنٍ. فَقَالَ لَهُ « إِنِّى لَسْتُ لِنَفْسِى أُرِيدُهَا ». قَالَ فَلِمَنْ قَالَ « لِجُلَيْبِيبٍ ». قَالَ حَتَّى أَسْتَأْمِرَ أُمَّهَا. فَأَتَاهَا فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَخْطُبُ ابْنَتَكِ. قَالَتْ نِعِمَّ وَنُعْمَةُ عَيْنٍ زَوِّجْ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-. قَالَ إِنَّهُ لَيْسَ يُرِيدُهَا لِنَفْسِهِ. قَالَتْ فَلِمَنْ قَالَ لِجُلَيْبِيبٍ. قَالَتْ حَلْقَى أَجُلَيْبِيبٌ إِنِّيهِ مَرَّتَيْنِ لاَ لَعَمْرُ اللَّهِ لاَ أُزَوِّجُ جُلَيْبِيباً. قَالَ فَلَمَّا قَامَ أَبُوهَا لِيَأْتِىَ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتِ الْفَتَاةُ لأُمِّهَا مِنْ خِدْرِهَا مَنْ خَطَبَنِى إِلَيْكُمَا قَالَتِ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم-. قَالَتْ فَتَرُدُّونَ عَلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- أَمْرَهُ ادْفَعُونِى إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَإِنَّهُ لاَ يُضَيِّعُنِى. فَأَتَى أَبُوهَا النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ شَأْنُكَ بِهَا. فَزَوَّجَهَا جُلَيْبِيباً

Tatkala baginda S.A.W berwuhuduk maka berlumba-lumba para sahabat datang kepada Nabi S.A.W untuk menadah sisa dan titisan air wudhuk Baginda S.A.W. Baginda besabada : “ Kenapa kalian melakukan sedemikian ?”. Mereka mengatakan : “ Kami melakukannya untuk memperolehi keberkatannya” Begitu juga kisah Nabi S.A.W tatkala bersama dengan Saidina Abu Ayyub Al-Ansari.

Di dalam hadith Barra’ bin ‘Azib beliau menyatakan bahwa tatkala Nabi S.A.W duduk bersama-sama kami tiada seorang di antara para sahabat yang akan mengangkat muka mereka kerana rasa hormat kepada Nabi S.A.W . Seolah-olah ada burung yang bertenggek di kepala kami.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا جلس يتحدث يخلع نعليه ، فخلعهما يوما وجلس يتحدث ، فلما قضى حديثه ، قال لغلام من الأنصار : « يا بني ، ناولني نعلي » . فقال غلام من الأنصار : دعني فلأنعلك قال : « شأنك فأنعله » ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اللهم ، إن عبدك يتحبب إليك فأحبه

Pada suatu hari Nabi S.A.W menyampaikan pengajaran, Nabi S.A.W menaggalkan seliparnya. Apabila selesai memberikan pengajaran, Nabi S.A.W mengarahkan seorang budak dari kaum Ansar mengambilkan seliparnya. Maka budak itu berkata : Izinkan aku memakaikannya ya Rasulullah. Nabi bersabda : terserah padamu. Maka budak tadi menyarungkannya. Baginda lantas bersabda. Ya Allah, hamba mu ini mencintai dirimu, cintailah ia.

Termasuk di dalam mengagungkan dan menghormati baginda adalah dengan banyak berselawat ke atasnya.

Banyak selawat-selawat yang dihimpunkan oleh para ulamak di dalam cara dan kaedah berselawat ke atas Baginda S.A.W. Bahkan dianjurkan untuk mempelbagaikan kaedah selawat dengan pelbagai kaedah.

Imam Baihaqi menyebutkan termasuk di dalam pengagungan dan membesarkan Allah dan Rasulnya adalah memelihara segala yang bersangkutan dengan Nabi S.A.W seperti barang-barang dan kitab-kitab. Jangan membiarkan Al-Quran dan kitab-kitab hadith di dalam keadaan berhabuk. Seandainya ada sebarang kertas yang mengandungi tulisan dan ayat-ayat Alquran dan hadith, maka peliharalah ia. Letakkan di tempat yang betul.

0 comments:

Post a Comment