Pages

Wednesday, December 14, 2011

Cabang Iman ke-14


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -قَالَ: " فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ."

Daripada Abu Hurairah R.A :,Sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda : Demi jiwaku di tangannya, tidak beriman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya dan anaknya.

عَنْ ابْنِ عَبّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم: "أَحِبّوا اللّهَ لِمَا يَغْذُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ، وَأَحِبّونِي بِحُبّ اللّهِ، وَأحِبّوا أَهْلَ بَيْتِي لحُبّي

Daripada Ibnu Abbas katanya : Nabi S.A.W bersabda : Cintailah Allah kerana limpahan nikmatnya, cintailah aku kerana kecintaanmu kepada Allah dan cintailah ahli keluargaku kerana kecintaan kepadaku.

Al-‘Allamah Syeikh Yusuf An-Nabhani menyebutkan[1] secara jelas tanda-tanda cinta kepada Nabi S.A.W.. Di antaranya :


1. Seandainya seorang hamba diberikan pilihan samada memilih untuk hilang hartanya dan hilang peluang menatap wajah baginda S.A.W., pasti dia akan memilih kehilangan harta. Kerana menatap wajah baginda itu suatu kegilaan. Menatap wajahnya suatu keasyikan. Menatap wajahnya suatu kerinduan. Menurut Imam Qurtubi setiap orang yang beriman pasti akan wujud perasaan itu. Cuma yang membezakan di antara mereka adalah sejauh mana mereka tenggelam di dalam nafsu dan syahwatnya. Ada di antara manusia yang obses untuk menatap makam Nabi, barang-barang peninggalannya dan segala yang berkaitannya. Ada yang hanya sekadar memendamnya di dalam hati nurani.


2. Berbangga menjadi pengikutnya, beramal dengan hadith-hadithnya, berjalan di atas jalannya, mengambil hidayahnya dan menginggalkan segala larangan syariatnya . Firman Allah :


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakan (wahai Muhammad ) seandainya kamu mencintai Allah, ikutlah aku nescaya kamu akan dicintai Allah. Dan dia menngampunkan dosa-dosa mu. Allah Maha pengampun lagi mengasihani.


3. Reda dengan segala ketentuan dan pilihan Rasulullah S.A.W.. Sehingga tidak menimbulkan kesukaran terhadap segala yang diperintahkan. Tidak mengurang, menambah dan menggantikan apa yang didatangkan Allah dan Rasulnya dengan sesuatu yang lain. Sebagai renungan mari kita melihat peristiwa penyerahan anak kunci masjid al-Aqsa yang berjaya di buka oleh tentera Islam pada zaman Sayyidina Umar al-Khottab Ketika menuju ke Palestin Sayyidina Umar bergilir-gilir dengan khadamnya menaiki kuda tunggangan. Apabila sampai berhampiran masjid al-Aqsa tiba giliran Sayyidina Umar menarik kuda manakala khadamnya menunggangnya. Orang ramai yang melihat peristiwa tersebut meminta agar Sayyidina Umar menggantikan khadamnya untuk menunggang kuda demi menjaga kedudukan beliau sebagai khalifah di hadapan khalayak ramai. Lalu Sayyidina Umar dengan suaranya yang lantang mengeluarkan kata-katanya yang masyhur :


نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغي العزة بغير ما أعزنا الله أذلنا الله

Maksudnya : Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan yang bukan apa yang memuliakan kita dengannya oleh Allah maka kita akan mendapat kehinaan daripada Allah..


4. Membantu agamanya dengan perkataan dan perbuatan. Beriltizam dengan syariatnya dan berakhlak dengan akhlak Nabi .


5. Redha dengan musibah yang datang menimpa. Kerana keasyikan cinta akan menyebabkan kesengsaraan tidak memberi sebarang makna.

Adalah menjadi kewajipan kepada setiap pencinta mengenali kekasihnya. Dengan meneliti dan memahami sirah Nabi S.A.W perasaan cinta itu akan hadir.



[1] الأنوار المحمدية من المواهب اللدنية

0 comments:

Post a Comment