Pages

Wednesday, December 14, 2011

Cabang Iman ke - 12

Imam Al-Hulaimi mengatakan الرجاء dalam 4 keadaan :

i. Permohohan untuk memperolehi apa yang dihajati dan sampai kepada yang dicintai.

ii. Permohonan yang berterusan selepas terhasil apa yang dihajati.

iii. Permohonan menjauhkan benda yang dibenci supaya ia tidak berlaku.

iv. Permohonan menjauhkan dan menghilangkan apa yang telah menimpa.

Seseorang di dalam keadaan memohon dan merayu sudah tentu akan diiringi dengan perasaan khusyuk dan menghinakan diri. Kerana sudah pastinya si peminta takut seandainya apa yang dipohon tidak berhasil. Perasaan khusyuk dan menghinakan diri itu adalah buah dari perasaan الخوف . Bahkan الرجاء dan الخوف itu saling bersangkutan di antara keduanya. Setiap yang meminta pasti meminta supaya menhilangkan benda yang ditakuti. Tidaklah sesorang yang meminta itu melainkan ia ada perasaan takut. Dan setiap yang ada perasaan takut pasti akan meminta. Oleh kerana itu Allah S.W.t mengandingkan kedua-dua perasaan ini di dalam firmannya :

وَادْعُوهُ خَوْفاً وَطَمَعاً إِنَّ رَحْمَتَ اللّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

…dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya.[1]

Perkataan الطمع membawa maksud الرجاء .

Begitu juga firman Allah S.W.T :

.... وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ4 ....

…serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya…[2]

Pengharapan adalah berbeza dengan angan-angan. Pengharapan akan berlaku tatkala seseorang berpegag dengan semua penyebab, melaksanakan syarat-syarat dan segala ketentuannya. Manakala angan-angan hanyalah impian yang disemat di dalam hati . Firman Allah S.W.T :

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدا

…sesiapa berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Prinsip الرجاء di dalam Islam [3]

i. Hanya meletakan Allah di dalam pengharapan tiada yang lainnya.

ii. Memohon kebaikan kepada pemohon atau selain dirinya.

iii. Memohon kepada Allah sesuai dengan keadaan waktu yang dimustajabkan Allah seperti waktu sahur, selepas gelincir matahari di dalam bulan Ramadhan dan hari-hari yang baik seperti hari Árafah, hari Jumaat dan malam al-qadr.

iv. Si pemohon melakukan ketaatan dan mematuhi syariat Allah. Tidak harus bagi si pelaku maksiat mengharapkan sesuatu daru Tuhannya.

v. Sentiasa meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi kepada tuhan yang dipohon dan sentiasa berbaik sangka akan dimakbulkan setiap permohonan.

Manusia disisi istijabah

Suka saya menukilkan mutiara kata Al-Imam Ibnu ‘Athoillah As-Sakandari, beliau menitipkan di dalam kitab hikamnya :

لَا يَكُنْ تَأَخُّرُ اَمَدِ العَطَاءِ مَعَ الاِلْحَاحِ فِى الدُّعَاءِ مُوْجِبًا لِيَأسِكَ فَهُوَ ضَمِنَ لك الاِجَابَةَ فِيْمَا يَخْتَارُهُ لَكَ لَا فِيْمَا تَخْتَارُ لِنَفْسِكَ وَفِى الوَقْتِ الَّذِى يُرِدُ لَا فِى الوَقْتِ الَّذِى تُرِيْدُ

“Tertundanya pemberian setelah do’a itu dipanjatkan dengan berulang-ulang, hal itu jangan menimbulkan putus asamu kepada Allah. Sebab, Allah telah menjamin diterimanya do’a, akan tetapi mengikuti pilihan Allah untukmu bukan mengikuti pilihanmu untuk dirimu dan di dalam waktu yang dikehendaki Allah bukan di dalam waktu yang engkau kehendaki”.

Manusia diperintahkan agar tidak memilih untuk Tuhannya di dalam urusan hidupnya. Hal ini kerana keterbatasan manusia untuk mengungkapkan dan menghuraikan pada setiap ketentuan. Boleh jadi apa yang disukai manusia itu adalah benda yang tidak baik baginya dan apa yang dibenci manusia itulah yang terbaik baginya. Adakalnya Allah akan menagguhkan permohonan hambanya sehingga masa yang dikehendakinya. Allah S.W.T mengisahkan tatkala Nabi Musa dan Nabi Harun berdoa :

رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُواْ حَتَّى يَرَوُاْ الْعَذَابَ الأَلِيمَ 88

قَالَ قَدْ أُجِيبَت دَّعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلاَ تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ 89

..Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka Dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab Yang tidak terperi sakitnya.

Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang Yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)".[4]

Sebahagian ulamak mengatakan di antara masa doa dan dibinasakan Firaun itu jaraknya 40 tahun. Adakalanya permintaan itu lambat dimakbulkan Allah, Sabda Nabi S.A.W :

عن جابر بن عبد الله عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن العبد يدعو الله وهو يحبه فيقول الله عز وجل: يا جبريل اقض لعبدي هذا حاجته وأخرها فإني أحب أن أسمع صوته، وإن العبد ليدعو الله وهو يبغضه فيقول الله عز وجل: يا جبريل اقض لعبدي هذا حاجته وعجلها فإني أكره أن أسمع صوته".

Kesan الرجاء di dalam kehidupan

i. Menghilangkan putus asa dari rahmat Tuhan. Seandainya seseorang melakukan dosa, maka dia bersegera memohon ampun dari Tuhannya. Firman Allah :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[5]

ii. Momentum kepada amal. Dengan bekalan doa dan pengharapan menjadikan seorang muslim itu lebih bertenaga dan berusaha untuk beramal. Firman Allah S.W.T :

وَلاَ تَهِنُواْ فِي ابْتِغَاء الْقَوْمِ إِن تَكُونُواْ تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللّهِ مَا لاَ يَرْجُونَ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً

Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) Dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka Sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa Yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan Yang baik pada hari akhirat kelak). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[6]

iii. Mendatangkan ketenangan di dalam jiwa. Manusia tatkala meletakan pengahrapan kepada Allah maka dia telah menyerahkan urusan manusia kepada Allah. Pergantungan manusia kepada makhluk berpindah kepada pergantungannya dengan Allah. Tiada yang boleh membantu seseorang tatkala Allah menghalangnya dan tiada yang boleh menghalang seseorang tatkala Allah membantunya.



[1] Al-A’raf : 56

[2] Al-Israa’ : 57

[3] الموسوعة الإسلامية العامة , المجلس الأعلى للشؤون الإسلامية

[4] Yunus : 88 - 89

[5] Az-Zumar : 53

[6] An-Nisak : 104

0 comments:

Post a Comment