Pages

Wednesday, December 14, 2011

Cabang Iman ke 33 – Mensyukuri nikmat Allah yang pelbagai.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. ( 21 ) Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) ( 22 )[1]

Kata Al-Imam Al-Hulaimi :

1. Beribadahlah kepadanya dan jangan melalaikannya. Kerana menjadi hak manusia ke atas Allah adalah beribadah kepadanya kerana telah menciptakan manusia, member rezeki dan memberikan nikmat kepadamu.

2. Beribadahlah kepadaNya dan bukan selainnnya. Allahlah yang mencipta kamu dan mencipta mereka yang datang sebelummu. Jangan mengambil sesuatu sebagai sekutunya, ikhlaskan diri di dalam beribadah, jangan memakai nama dengan namanya dan dialah tuhan dan tiada selainnya.

Allah S.W.T menyebutkan berberapa nikmat yang wajib manusia membesarkanNya dan kemudiannya mendatangkan daripada pelbagai nikmat supaya manusia mensyukurinya. Nikmat yang pertama dan utama yang manusia wajib mengakui kebesaran Allah adalah kewujudan. Dari kewujudan itu datangnya pelbagai nikmat yang lain.

Al-Imam Ibnu ‘Atoillah As-Sakandari menyebutkan di dalam Hikamnya :

نعمتان ما خرج موجود عنهما ولا بد لكل مكوَّن منهما : نعمة الإيجاد ونعمة الإمداد

Dua nikmat yang tidak dapat lari daripadanya segala menciptaan dan pasti untuk semua kejadian adalah : Nikmat Ijad dan Nikmat Imdad

أنعم عليك أولاً بالإيجاد وثانياً بتوالي الإمداد

Di anugerahkan kepadamu pertamanya dengan ijad kemudian yang kedua secara berturut-turut Al-Imdad.

Daripada nikmat penciptaan ini datanglah nikmat-nikmat yang lain. Sebagai contohnya nikmat pancaindera. Mata boleh melihat. Telinga boleh mendengar dan sebagainya. Firman Alllah S.W.T :

Begitu juga firman Allah ;

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.( 78 )[2]

Alah menjadikan segalanya bertujuan untuk kamu mensyukurinya. Mensyukurinya dalam erti kata menggunakannnya pada jalan ketaatan dan bukan di atas jalan kemaksiatan. Bahkan setiap anggota, setiap sel, atom dan segala yang ada di dalam diri manusia tidak akan mampu untuk kita menghitung nikmat Allah yang pelbagai.

Firman Allah S.W.T :

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang Yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? ( 6 ). Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?( 7 ). Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?( 8 ). Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?( 9 ). Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?( 10 ). Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?( 11 ). Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) Yang kuat kukuh?( 12 ). Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu Yang terang-benderang cahayanya?( 14 ). Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) Yang mencurah-curah, -( 13 ). Untuk Kami mengeluarkan Dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -( 14 ). Serta kebun-kebun Yang subur bertaut-taut pokoknya?.( 15 )[3]

An firman Allah S.W.T dalam ayat yang lain :

(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan Yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa Dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka Segala keperluan hidup mereka Dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya Yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya Yang lain. dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata Yang mereka kumpulkan.( 32 )[4]

Amalan:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ غَنَّامٍ الْبَيَاضِىِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِى مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ. فَقَدْ أَدَّى شُكْرَ يَوْمِهِ وَمَنْ قَالَ مِثْلَ ذَلِكَ حِينَ يُمْسِى فَقَدْ أَدَّى شُكْرَ لَيْلَتِهِ



[1] Al-Baqarah

[2] An-Nahl

[3] An-Naba’

[4] Az-Zukhruf

0 comments:

Post a Comment