Pages

Wednesday, December 14, 2011

CABANG IMAN KE-20 : MENJAGA KEBERSIHAN

عَنْ أَبِى مَالِكٍ الأَشْعَرِىِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ. وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلآنِ - أَوْ تَمْلأُ - مَا بَيْنَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا

Kebersihan sebahagian daripada iman. الحمد لله Memenuhi timbangan. سبحان الله و الله أكبر memenuhi di antara langit dan bumi. Solat itu cahaya. Sedekah menjadi bukti. Sabar itu cahaya. Al-Quran menjadi hujah bagi kamu atau ke atas kamu. Setiap orang keluar berpagi-pagi maka mereka memperdagangkan dirinya samada membebaskan dari api neraka atau mencampakkan diri ke dalamnya.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رضى الله عنهما قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مِفْتَاحُ الْجَنَّةِ الصَّلاَةُ وَمِفْتَاحُ الصَّلاَةِ الْوُضُوءُ »

Kunci kepada syurga adalah solat. Kunci kepada solat adalah wudhuk.

Islam sangat menitik beratkan soal wudhuk sehingga memberikan ganjaran yang besar kepada orang yang berwudhuk.

عَن أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى الْمَقْبُرَةَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ وَدِدْتُ أَنَّا قَدْ رَأَيْنَا إِخْوَانَنَا قَالُوا أَوَلَسْنَا إِخْوَانَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ فَقَالُوا كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ الْوُضُوءِ وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَن حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ أَلَا هَلُمَّ فَيُقَالُ إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا

Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. berkunjung ke suatu perkuburan, lalu beliau mengucapkan salam, “Selamatlah kamu wahai penduduk kampung orang-orang mukmin. InsyAllah kami akan menyusul kamu sekalian.” Setelah itu baginda bersabda, “Aku ingin benar, kalau kita dapat melihat saudara-saudara (ikhwaanana) kita.” Berkatalah para sahabat, “Bukankah kami ini saudara-saudaramu, wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Anda semua adalah para sahabatku. Saudara-saudara kita yang ku maksudkan ialah orang-orang yang belum datang, tetapi akan datang kelak di hari kiamat.” Mereka bertanya, “Bagaimana engkau dapat mengenali umatmu yang belum tetapi akan di hari kemudian wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bagaimana pendapat kamu, jika seseorang mempunyai kuda yang putih keningnya, putih kakinya dan putih tangannya. Kemudian kuda itu berada di tengah banyak kuda tetapi hitam kesemuanya. Dapatkah orang mengenali kudanya?” Mereka menjawab, “Tentu wahai Rasulullah!” Sabda Nabi s.a.w. “ Nah, mereka itu akan datang nanti dalam keadaan putih bercahaya muka, tangan dan kakinya kerana bekas wudhuk! Aku pula mengalu-alukan kehadiran mereka di (pinggir) telagaku (Haudh). Oleh itu janganlah ada sesiapa dari kamu yang dihalangi mendekati kolamku bagaikan unta liar di halau dari mendekati kolam minuman. (Waktu itu ) Aku menyeru mereka dengan berkata; marilah, segeralah, ayuh cepat (minum). Tapi (ada segolongan yang dihalang lalu aku katakan: mereka adalah umatku) Lalu di jawab: Mereka telah bertukar (agama) sepeninggalanmu. Aku pun berkata: Pergilah jauh-jauh!”

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ قَصُّ الشَّارِبِ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ وَالاِسْتِحْدَادُ وَالْخِتَانُ ».

Nabi S.A.W menyebutkan : Lima perkara yang termasuk di dalam fitrah : Menggunting misai, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, mencukur bulu ari-ari dan berkhitan .

0 comments:

Post a Comment