Pages

Tuesday, April 20, 2010

Orang Muda Kena Hebat !!!

Jom Jadi Hebat !

Dah lama sangat tak berblog. Nampaknya peranan Facebook hampir-hampir mengambil alih tugas blog di dalam berdakwah. Ia lebih interaktif dan bolehlah jugak dikatakan mudah dikendalikan. Apa-apa pun medium yang dah sedia ada ni perlu digunakan jugak.

Entri kali ini saya nak ajak orang muda berkongsi dengan berberapa tokoh golongan muda yang hebat zaman Nabi S.A.W. Insya allah untuk permulaan kita cerita tentang Sayyidina Zaid bin Thabit dulu.



Beliau adalah Abu Said, Zaid bin Thabit Ad-Dahhak Al-Bukhari Al-Ansori. Umurnya 11 tahun ketika baginda S.A.W tiba di Madinah. Ketika berlakunya perang khandak, beliau turut mempertahankan Islam di dalam perperangan tersebut. Pada tahun ke-5 hijrah beliau turut serta di dalam berberapa perperangan penting. Baginda S.A.W juga menganugerahkan bendera Bani Najjar kepada beliau tatkala perperangan Tabuk yang sebelumnya dibawa oleh Ammarah bin Hazm. Tatkala ditanya tentang pemilihannya. Maka dijawab,: “Al-quran adalah yang paling utama. Zaid adalah orang yang paling banyak menghafal Al-Quran maka dia didahulukan daripada yang lain-lain”. Beliau diamanahkan sebagai penulis Al-Quran oleh baginda S.A.W dan juga penulis surat-surat yang dihantar oleh baginda S.A.W . Beliau turut berkhidmat kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Diriwayatkan oleh Zaid ibn Thabit r.a. bahawa 'Rasulullah S.A.W. berkata kepadanya "Aku berkirim surat kepada orang, dan aku kuatir, mereka akan menambah atau mengurangi surat-suratku itu, maka pelajarilah bahasa Suryani", kemudian aku mempelajarinya selama 17 hari, dan bahasa Ibrani selama 15 hari.'

Beliau telah diarahkan mengetuai pengumpulan Al-Quran oleh Saidina Abu Bakar dan Umar. Pada zaman pemerintahan Saidina Uthman, beliau sekali lagi diminta untuk menyemak dan menyusun Al-Quran versi Uthmani. Selain diberi amanah memelihara Al-Quran, Zaid bin Thabit sering dilantik sebagai pemangku Khalifah tatkala Saidina Umar dan Uthman tidak berada di Madinah.

Di Madinah Zaid bin Thabit adalah sahabat yang paling mahir di dalam Qadha’ ( penghakiman ) , Fatwa, Ilmu Qiraat dan Faraidh. Kehebatannya turut diakui baginda S.A.W di dalam hadithnya :

أفرضكم زيد

Maksudnya : Orang yang paling mengetahui tentang Faraidh di kalangan kamu adalah Zaid bin Thabit.

Ibnu Abbas turut meperakui kehebatan Zaid dengan kata-kata :

أن زيد بن ثابت من الراسخين في العلم

Maksudnya : Sesungguhnya Zaid bin Thabit adalah orang yang paling mantap di dalam keilmuan.

Menurut Imam Asy-Sya’bi kelebihan Zaid di dalam dua perkara iaitu Faraidh dan Al-Quran. Manakala menurut Sulaiman bin Yasar, tidak sekali-kali Saidina Umar dan Uthman mendahului Zaid di dalam qada’ ( penghakiman ) , faraidh dan Qiraat Al-Quran. Beliau meriwayatkan daripada Nabi S.A.W sebanyak 92 hadith dan wafat pada tahun 46 Hijrah.



Kuliyah secara live : Masjid Al-Mustaqimah ( TamanCheras Indah ) - Setiap Sabtu ( Minggu ke-3 ) Selepas Maghrib.