Pages

Wednesday, July 28, 2010

Penatnya.

Aduh penatnya.. perkataan yang biasa kita sebut. Bahkan mungkin kerap. Kerap dan kerap sangat. Kenapa kita penat. Adakah penat tu terjadi sebab kita letih atau sebab tidak bersemangat. Tapi kadang-kadang ada kawan yang sangat bersemangat . sangat bertenaga.. Last..last melepek macam ayam berak kapur. hehehehehe. Katanya apa : "Syiekh ana dah "hang" lah. Heehehehe sian enta syeikh penat nape ?.

Cuba tengok kisah ni. Beza Nelayan dengan kaki pancing. nelayan pulangnya disambut senyum tawar. Penat letih, lenguh tak bertenaga, tak bersemangat. Mukanya pun macam unta hilang ekor.. Tapi kaki pancing datangnya bersemangat pulangnya bertenaga. Kalau diberi pilihan untuk si Nelayan bekerja di Pejabat, pakai tali leher lebar dalam ekon pulak tu, mesti dia nak. Tetapi peliknya si kaki pancing, dari rumah bunglo yang ada ekon, keretanya besar, kerjanya di pejabat, kenapa pergi merendah hutan belantara nak cari ikan. kat Market kan banyak. tak pernah jugak kenal erti perit dan jerih. penat dan lelah.

Si Nelayan pergi dengan tanggungjawab kerana mencari sesuap nasi. Si Pemancing pergi dengan seribu senyuman kerana minat. Ermm kuasa minat itu mengatasi segalanya dan menghilangkan kepenatan. tapi kalau sekdar minat aje, tak ada tanggungjawab susah jugak. Seorang ada tanggung jawab dan seorang ada minat. Jadilah orang yang ketiga yang ada minat dan tanggungjawab. itulah ANDA..

Melahirkan minat dan tanggungjawab. Itupun hasil dari momentum iman. Kerana iman bukan sekadar lahirkan minat. Iman lahirkan Cinta. Iman juga bukan sekadar lahirkan tanggungjawab bahkan iman lahirkan Komitmen dan tanggungjawab yang berpanjangan. Ini kuasa iman. Kuasa Super Power.

Maka bekerjalah dengan kuasa ini. Para da'ie juga bergeraklah atas landasan ini. Insya Allah kita tak penat. Tak Futur dipertengahan perjalanan. Dia mana kita berada khidmat untuk agama sentiasa ada. Jadilah para duat yang Full timenya adalah dakwah.

Friday, July 23, 2010

Syurga dipenuhi manusia-manusia hebat.

Tatkala mendenngar berberapa kuliyah dari Almarhum Syeikh Abdul Hamid Kisk saya tersentak. paparan kisah manusia hebat sepanjang sejarah manusia. Tengok saja pada kisah Masyitah. Masya Allah. Super Hebat. Luar biasa hebat. Satu demi satu anaknya dihumbankan ke dalam air yang sedang mendidih imannya masih utuh dan mantap. Jiwa pejuang di dalam diri seorang hamba. Hebat. Masyitah bukan sapa-sapa. Dia bukan super star. Bukan Pemimpin yanng berdegar-degar suaranya. bukan artis yang begermelapan dilitupi limpahan cahaya.

masytah hanya si Tukang sikat. Bahkan Masyitah tu dalam bahasa Arab. Namanyanya pun kita tak tahu. Tak banyak menceritakan namanya. Tetapi dia dikenang sepanjang zaman. Hebat.

Inilah natijah tatkala iman telah menjalar memenuhi setiap pembuluh darah. Setiap nafas yang keluar masuk adalah nafas Iman.

Tengok pula pada kisah Nabi Ibrahim dan Ismail. Apa neraca Imannya ?. Bersedia disembelih. Hebat. Agak-agaklah kalau kita berada pada tempat Ismail. Macamana ?.

Telusuri pula kisah Khabbab. Kisah yang tak pernah saya tinggalkan di mana saja saya berceramah. Personaliti yang menjadi nadi denyutan iman.

Tidak ketinggalan paparan-paparan pemuda-pemuda Hebat. Gandingan Abdullah yang bertenaga dan bersemangat. Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair bin Al'Awwam, Abdullah bin Amru bin Al-'As.

Dilakari pula cerita Imam Hasan Albanna, Syed Qutub dan Zainab Al-Ghazali. Agak-agak lah dimana kita di dalam kelompok mereka yang bakal menduduki Syurga Allah ini. Gerombolan manusia hebat.

kalau kita hanya sekadar duduk-duduk. Baca-baca Surat Khabar sambil menonton Tv. Dimana kita ditengah-tengah mereka. Ketika kumpulan super heroes ini berlalu, layakkah kita jalan seiringan dengan mereka ?.

Tanyalah diri. Bangunlah berjuang. Duduk tidak melahirkan Apa-apa. Super Hero kena ada action...