Pages

Sunday, August 1, 2010

CINTA MELAHIRKAN KEGILAAN..

memang sesungguhnya CINTA itu GILA dan melahirkan keGILAan. Bukan jadi orang gila. Tapi macam orang gila. bukan gila betul, tapi betul2 giler.. Biasa tak tengok orang bunuh diri sebab cinta ?. Sanggup mati kerana cinta . Merentas lautan api kerana cinta. Mendaki gunung kerana cinta. memang betul-betul CINTA itu menggilakan. Dan memang cinta itu menjadikan kita macam gila.
Saidina Ali sanggup menggantikan tempat Rasulullah semasa peistiwa Hijrah. Menggantikan untuk MATI. GILA!. memang gila kerana itulah cinta. Masyitah sanggup membiarkan satu demi satu anaknya dicampakan ke dalam air yang sedang mendidih. GILA. Memang gila pada pandangan orang biasa. Tetapi yang duduk di dalam keasyikan, ia bukan gila. bahkan ia adalah kenikmatan. Nikmat bagi yang mengenal erti CINTA.
Kalau dalam bab Ibadah, peringkatnya pun tak sama. Kita boleh beribah kerana takut Neraka. maka tak akan sama dengan mereka yang beribadah kerana inginkan syurga. Bahkan yang tertinggi mereka beribadah kerana CINTA.
Solat kerana memadu CINTA dengan ALLAH..
Membaca Al-Quran menghayati lakaran CINTA ALLAH
Berpuasa kerana pengorbanan CINTA.
Mati SYAHID kerana bukti ketulusan CINTA.
Agungnya CINTA.
CInta yang melahirkan Kenikmatan.
CINTA yang seakan GILA...
Memang gila.
Dalam hidup ni, siapa yang berani untuk MATI. semua orang takut MATI. Bila kita sakit semua nak berubat sebab takut MATI. Orang sanggup menghabiskan jutaan ringgit untuk terus hidup( Baca Erti Sakit dan kenapa hendak sembuh dalam tulisan sebelum2 ni ) Tapi anehnya yang hidupnya tenggelam di dalam CINTA ILAHI. Mati itu adalah cit-cita. Sanggup MATI kerana pembuktian CINTA. CINTA... CINTA...CINTA
Bilalah agaknya kita nak sampai tahap CINTA yang macamtu kan. Ni tak, CINTA kita dengan ALLAH cuma cinta-cinta Monyet jer. Melompat-lompat. Kejap cinta, kejap merajuk. Cinta..Putus.. Cinta.. Merajuk.. Ermm cinta MONYET ;). Marilah belajar CINTA. Sempena kedatangan RAMADHAN.. kenalilah kekasih mu yang sebenarnya. Ramadhan bulan memadu CINTA. Pembuktian CINTA. CINTA pertama dan terakhir. CINTA yang abadi selamanya. CINTA ALLAH..