Pages

Monday, June 27, 2011

Berpindah ke wordpress

Masih bermasalah dengan blogspot.. rasanya blog refreshiman akan berpindah sepenuhnya ke rumah yang baru.


www.refreshiman.wordpress.com

Tuesday, June 21, 2011

Blog Baru

Blog Baru Ana :

www.refreshiman.wordpress.com

Blog ini pun insya Allah berjalan seperti biasa. Cuma akhir-akhir ni blogspot bermasalah.

Tuesday, June 7, 2011

Jom Refresh Iman.. Jom Promosi program kita.

Saya sangat yakin dan percaya setiap masjid dan surau kita ada program harian, mingguan dan bulanan. Apatah lagi program tahunan. Jom kita berbincang sedikit tentang isu promosi. Mungkin ada yang terkejut. PROMOSI ????. Kenapa kena promosi ?.Bukankah kita memang dah buat hebahan.. Kita dah tulis dekat white board Masjid dan Surau.. Kenapa perlu promosi.


Bahkan jawapan yang biasa kita dengar adalah.. kitorang dah umum dah ustaz masa jumaat, dekat white board pun dah tulis.. dah orang tak nak datang nak buat macamna ?.. Kadang-kadang geli hati pun ada ?. Pernah tengok iklan ALONG tak ?. Macamana dia buat.. macamna dia tampal.. bukan saya kata kena tiru Along tu.. Tak jugak.. tapi itu namanya promosi. Orang jual ubat kuat amacam ?.. Yang jaja iklan urut tradisional amacam..?. Kenapa mereka buat macam-macam ?. Pernah kita jumpa iklan kuliah Subuh mingguan ditepek kat kereta kita ?. Tak pernah kan ?. Iklan ceramah politik tu lain..


Yang saya maksudkan program tetap masjid kita dan surau kita. Ceramah politik memang ramai yang datang. Tapi kuliyah fekah ?.. Hadith ?. Bukan salah orang yang tak datang bukan juga salah AJK surau dan masjid cuma salah cara promosi jer.. Kita kena ada inovasi di dalam promosi program kita.. Pernah tak kitacuba promosi kuliyah subuh dan maghrib kita kat Pasar Malam ?. Pasar Pagi. Kenapa ada orang sanggup bayar untuk iklankan program dia dalam surat khabar ?. Kenapa tak ada surau dan masjid yang buat ?. Inilah namanya inovasi.


Saya dah sebut benda ni di banyak tempat. Tapi berapa ramai yang pandang ia penting. Kita hanya beranggapan program kuliyah subuh dan Maghrib tu hanya mengisi masa lapang. Siapa nak datang, datanglah. Kita pun buat ala kadar ajer. tak ada kesungguhan. Sedangkan masya Allah ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru yang datang mengajar tu bukan calang-calang orang. ilmunya hanya didengar oleh 50 orang ajer. Jom kita kira yang 50 orang tu 50% dah berusia, 20 % mengantuk, 10 peratus asyik bersembang. Apa manfaatnya tu ?.


Sebab itu Jom kita Ubah.. Kita ubah cara dan gayanya. kalau setiap malam ada masjid yang perutukan hampir RM 100 untuk makan. Dengan nasi, lauk ayam, sayur dan tidak ketinggalan pelbagai pencuci mulut yang enak2. Gunakan duit tu untuk program promosi kita. Kita cetak pelbagai flyers. tabur merata tempat. Tapi ingat ini untuk program kuliyah subuh dan maghrib. Kalau untuk ceramah umum saya sangat yakin dah ramai yang buat.


Nanti sambung lagi..

Monday, June 6, 2011

Jutaan Penghargaan untuk anda!- ep 1

Alhamdulillah. Minggu pertama cuti sekolah bermula dengan sangat gemilang. Tak sia-sia saya memperuntukan seminggu cuti yang dipohon untuk bersama adik-adik yang sangat berhati luhur. Hari pertama berada di Akademi Imam Cilik telah terpancar gambaran masa hadapan yang sangat cerah. Tanpa lengah saya memulakan langkah menghidupkan hati yang menanti dengan penuh semangat. Sasaran awal seramai 40 orang nyata sangat meleset. Sehingga tamat waktu pendaftaran, Alhamdulillah... Allah menghimpunkan 80 remaja Bidor yang sedia untuk diri mereka dibangunkan. Dengan kerjasama semua abang-abang dan kakak-kakak dan tidak dilupakan kepada para penyumbang dari seluruh tanah air khsusnya tempat-tempat saya berkuliyah, Taman Cheras Utama, Bandar Tun husin Onn, Taman Seri Pulai, Seremban dan surau-surau dan masjid di seluruh bidor, nyata program seminggu dirasakan terlalu singkat.

Setiap hari yang berlalu.. dihiasi dengan keceriaan dan semangat berkobar-kobar adik-adik. Saya melihat ada satu potensi yang perlu terus dibangunkan. Takut juga semangat yang sedang membara akan sejuk dan beku. Sangat terkejut juga, komen2 di fb saya yang meminta untuk dilanjutkan kepada dua minggu dan ada juga yang menginginkan program dilanjutkan sehingga sebulan. Insya Allah..

Sekalung penghargaan untuk semua penggerak yang menjayakan Akademi Imam Cilik Kali ini. Khusus untuk para penyumbang, hanya Allah yang mampu membalas sumbangan kalian. Dan mudah2an sumbangan kalian menjadi penyelamat kalian dari api neraka Allah. Sumbangan anda kami ulit ia dengan tenaga dan penat lelah kami.

Jutaan penghargaan juga untuk anak-anak Abi : Hannan, Din, Khalid, Aiman, Nazmi, Wani, Akma dan Izah. Lautan terima kasih di atas kesudian hadir Anas dari Kelantan dan di atas kesudian berkongsi pengalaman dan ilmu yang tidak ternilai.

Khusus buat puteri kesayangan Abi dan Ummi..., seandainya kami menutup mata teruskanlah khidmat kita ini untuk membangunkan manusia. Abi dan Ummi sangat bertuah memiliki puteri solehah seperti dirimu.. yang tidak setanding dengan nilaian dunia dan segala isi di dalmnya. Pada dirimu duhai puteriku, Abi dan Umi sandarkan harapan untuk melihat usaha kita hari ini ada yang akan meneruskannya. Kesungguhan dirimu membuatkan Abi dan ummi teruja. terima kasih puteri Abi dan ummi...

Buat adik-adik Imam Cilik. Program kita telah pun berakhir tetapi perjalanan kita baru sahaja bermula. Ayuhlah kita terus bangun, terus mara dan terus melangkah. Segala pengalaman indah di dalam Akademi ini bukan sekadar dijadikan memori indah semata, tetapi jadikanlah ia pendorong untuk kita terus mara.

Jadikanlah titisan air mata kita kita pada hari keempat sebagai penyuci dosa dan kisah silam kita. Jadikan tawa kita pada hari kelima sebagai penyerinya.. Jadikan Azam kita pada hari pertama sebagai momentumnya. Ayuh lah...