Pages

Tuesday, February 9, 2010

Lihat pada MAKANAN kita

Alllah s.w.t berfirman :
فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ إِلَى طَعَامِهِ

Maksudnya : (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya): ‘Abasa : 24


Persoalannya : Kenapakah Allah mengarahkan kita supaya melihat kepada makanan ?. Bukankah tatkala kita melihat makanan maka akan menaikan selera dan membangkit nafsu ?.


Apakah hikmah yang terkandung di dalam makanan tersebut sehingga kita diarahkan untuk merenung dan melihatnya ?. Seperti yanng telah saya jelaskan pada kuliyah yang lalu bahawa pada setiap penciptaan Allah itu ada bukti kewujudan dan sifat-sifat Allah.


Allah inginkan kita sentiasa mengingatinya walaupun tatkala berhadapan dengan makanan yang sangat lazat dan menyelerakan maka Allah mengatakan pada makanan yang menyelerakan itu ada bukti kewujudan dan sifat-sifat Allah. SUBHANALLAH..


Mari bersama kita refresh Iman dengan melihat makanan di hadapan kita. Apakah sifat-sifat yang yang terkandung di dalam makanan yang menyelerakan itu ?.


Pepatah melayu menyebutkan ada udang disebalik Mee ( betul ker ada pepatah macam ni ? ) Di sebalik setiap helai mee yang dihidangkan kita melihat sifat Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Daripada makanan yang pelbagai bentuknya kita juga dapat merasakan pelbagai keenakan..menunjukan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Mungkin ada juga yang bertanya, macamana kita nak tahu yang rezeki ini Allah yang bagi ?. Bukankah kita yang bekerja dan kita yang dapat gaji setiap bulan tu ?.
Kalau macamtu, siapa boleh tolong jawab, siapakah yang memberikan kita makanan ketika 9 bulan dalam perut Mak kita. Bukankah Allah yang menciptakan dan mengadakan tali pusat yang menghubungkan di antara kita dan Ibu ketika di dalam kandungan. Allahlah yang menyalurkan makanan kepada kita melalui tali pusat tersebut.

Tatkala kita dilahirkan Allah membuka mulut kita dan menutup tali pusat sebagai saluran makanan. Bukankah semua ini kerja Allah. SUBHANALLAH besarnya nikmat Allah pada makanan.

Kita teruskan pengembaran iman dengan meneliti dan bertanya, adakah Ibu yang berperanan menutup tali pusat dan membuka mulut kita ?. Waktu kita berada di dalam perut ibu, makanan disalurkan dalam bentuk cecair. Kemudian bila dilahirkan kita tidak mampu untuk mengunyah makanan. Adakah Allah membiarkan kita kelaparan ?. Sudah tentu tidak. Allah bekalkan kita dengan Air susu ibu. SUBHANALLAH..

Adakah kudrat alam ( naature ) yang kaku dapat mengetahui sedangkan ia sendiri tidak mengetahui apa-apa. Adakah ia tahu kita sudah keluar dari perut Ibu, bekalan makanan telah terpotong dan selepas itu membentuk sumber makanan baru melalui buah dada ibu ?!

Si Ibu yang memerah susu dari dadanya, dia sendiri tidak membuat susu itu. Dia juga tidak membancuhnya. Adakah ia terjadi dengan sendiri. Adakah ia suatu kebetulan.


0 comments:

Post a Comment