Pages

Wednesday, May 19, 2010

Jom Refresh Cinta Rasul..

Keimanan kepada rasul-rasul yang telah diutuskan Allah berdasarkan firman Allah S.W.T :

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Maksudnya : Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali"[1].

Tidak sempurna iman seseorang yang hanya mengakui kerasulan sebahagian rasul-rasul ini dan dalam masa yang sama menafikan sebahagian yang lain. Beriman dengan Allah semata-mata dengan menafikan keimanan kepada Rasul, adalah iman yang cacat dan pincang. Bagaimana seseorang itu beriman kepada Allah tetapi menafikan tali penghubung kepada Allah. Mustahil seseorang manusia mengenali Allah tanpa perantara rasul-rasul yang diutuskan.

Firman Allah S.W.T :

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَن يُفَرِّقُواْ بَيْنَ اللّهِ وَرُسُلِهِ وَيقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَن يَتَّخِذُواْ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya Yang lain", serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu[2].

Beriman kepada rasul-rasul adalah keimanan yang menyeluruh, penuh keyakinan dan mengakui pengutusan mereka kepada umat-umat yang tertentu seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Berbeza dengan keimanan kepada Nabi Muhammad S.A.W. baginda diutuskan kepada seluruh makhluk, jin dan manusia sehingga akhir zaman .

Menurut suatu pandangan daripada Ibu Abbas dan Wahab ibnu Munabbih [3] : Mereka keseluruhannya 120 000 Nabi, 100 00 daripada mereka diutuskan kepada Bani Israel melainkan 20 000. Manakala bilangan rasul 313 kesemuanya daripada keturunan nabi Yaakub melainkan 20 orang. Disebutkan di dalam Al-Quran seramai 25 orang sahaja. Nama-nama Nabi yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Dalam riwayat yang lain daripada Ibnu Abbas, beliau mengatakan nabi-Nabi keseluruhannya daripada Bani Israel melainkan 10 orang iaitu : Nuh, Hud, Syuaib, Soleh, Luth, Ibrahim, Ishak, Ya’akub, Ismail dan Muhammad. Manakala munurut pandangan Ka’ab[4] jumlah Nabi-nabi yang diutuskan 124 000 dan jumlah para Rasul adalah 313 orang. Disebutkan di dalam Al-Quran seramai 28 orang. Disebutkan oleh al-Imam al-Bahaqi dua orang Nabi sahaja yang mempunyai dua nama iaitu Israel dan Isa. Israel juga dikenali dengan Ya’akub manakala Isa juga dikenali dengan al-Maasih. Di dalam sebuah hadith baginda S.A.W bersabda :

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، فَجَلَسْتُ إِلَيْهِ فِي الْمَسْجِدِ ، فَقَالَ : يَا أَبَا ذَرٍّ ، اسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ شَيَاطِينِ الإِنْسِ وَالْجِنِّ ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ وَلِلإِنْسِ شَيَاطِينُ ؟ قَالَ : نَعَمْ قَالَ : يَا أَبَا ذَرِّ ، أَلا أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ ؟ قَالَ : قُلْتُ : بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ ، قَالَ : لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا الصِّيَامُ ؟ قَالَ : فَرْضٌ مُجْزٍى ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا الصَّلاةُ ؟ قَالَ : خَيْرٌ مَوْضُوعٌ ، فَمَنْ شَاءَ أَقَلَّ ، وَمَنْ شَاءَ أَكْثَرَ ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، مَا الصَّدَقَةُ ؟ قَالَ : أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَعِنْدَ اللهِ مَزِيدٌ ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أَيُّهُمَا أَفْضَلُ ؟ قَالَ : جَهْدٌ مُقِلٌّ أَوْ سِرٌّ إِلَى فَقِيرٍ قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّمَا أُنْزِلَ عَلَيْكَ أَعْظَمُ ؟ قَالَ : اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ حَتَّى خَتَمَ الآيَةَ ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أَيُّ الأَنْبِيَاءِ كَانَ أَوَّلا ؟ قَالَ : آدَمُ ، قُلْتُ : وَنَبِيٌّ هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، نَبِيُّ مُكَلِّمٌ قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، كَمِ الأَنْبِيَاءُ ؟ قَالَ : ثَلاثُ مِائَةٍ وَخَمْسَةَ عَشَرَ جُمُّ غَفِيرٌ.[5]

Maksudnya :

Daripada Abu Dzar R.A : Aku mendatangai nabi S.A.W dan duduk berhampiran dengan baginda di dalam masjid. Baginda bersabda : Wahai Abu Dzar, berlindunglah dengan Allah dari syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia. Maka aku bertanya : Adakah di kalangan manusia ada syaitan ya Rasulullah ?. Baginda menngatakan : Ya.kemudian baginda bersabda : Wahai Abu Dzar mahukah kamu aku khabarkan kepadamu tentanng khazanah daripada khazanah syurga. Aku berkata : Bahkan Ya rasulullah. Baginda mengatakannya lagi : لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ adalah daripada khazanah syurga. Aku bertanya lagi : Apakah dia puasa ya Rasulullah ?. Baginda menjawab : Kefardhuan yang diberikan pahala. Aku bertanya lagi : Ya Rasulullah bagaimana pula dengan solat ?. Katanya : Sebaik-baik tempat. Barang siapa mahukan maka kurangkan dan barang siapa berkehendakan maka perbanyakan. Aku bertanya lagi : Bagaimana dengan sdekah ?. Jawab baginda : Pahala yang berganda-ganda dan di sisi Allah ditambahi lagi. Aku bertanya lagi : Apakah yang paling agunng yang diturunkan kepadamu Ya Rasulullah ?. Baginda menjawab : اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ sehingga habis. Aku bertanya lagi : Siapakah Nabi yang terawal ?. Katanya : Adam. Aku berkata lagi : Adakah dia Nabi ya Rasulullah ?. Nabi menjawab : Ya , Nabi yang dianugerahkan berkata-keta dengan Allah. Aku bertanya lagi : Ya Rasulullah berapakah jumlah Nabi-nabi ?. Baginda menjawab : Tiga ratus lima belas orang yang diberi keampunan.

Setiap Nabi dan Rasul dianugerahkan Allah dengan pelbagai mukjizat. Sebagai contohnya Nabi Musa A.S dianugerahkan dengan 9[6] mukjizat . Firman Allah S.W.T :

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى تِسْعَ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ فَاسْأَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ إِذْ جَاءهُمْ فَقَالَ لَهُ فِرْعَونُ إِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا مُوسَى مَسْحُوراً [7]
Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat Yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka Bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada Bani Israil (tentang itu): ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: "Sesungguhnya Aku fikir, Engkau ini Wahai Musa, seorang Yang terkena sihir"


Para mufassiran berselisih pendapat di dalam menafsirkan 9 mukjizat berkenaan. Menurut Ibnu Abbas[8] 9 Mukjizat berkenaan adalah : Tangannya, tongkatnya, lidahnya, lautan, Taufan, belalang, kutu, katak dan darah . Firman Allah S.W.T di dalam ayat yang lain[9] :

وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَونَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّن الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ { } فَإِذَا جَاءتْهُمُ الْحَسَنَةُ قَالُواْ لَنَا هَـذِهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَطَّيَّرُواْ بِمُوسَى وَمَن مَّعَهُ أَلا إِنَّمَا طَائِرُهُمْ عِندَ اللّهُ وَلَـكِنَّأَكْثَرَهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ { } وَقَالُواْ مَهْمَا تَأْتِنَا بِهِ مِن آيَةٍ لِّتَسْحَرَنَا بِهَا فَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ { } فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلاَتٍ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْماً مُّجْرِمِينَ { }

130. Dan Sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya Dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.

131. Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: "Ini ialah hasil usaha kami", dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): ketahuilah, Sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

132. Dan mereka berkata: "Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) Yang Engkau bawa kepada kami; (Wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu".

133. (Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan Bukti Yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum Yang menderhaka.


[1] Al-Baqarah : 285
[2] An-Nisa’ : 150
[3] Tafsir Bahr Al-Muhith, Juzuk 2, m/s 34 Bab 132
[4] Tafsir Al-Baidhowi , Juzuk 1 m/s 246 , bab 213.
[5] Musnad Al-Bazzar , Bab Musnad Abi Dzar Al-Ghiffari, Juzuk 5, m/s 374 .
[6] Para Mufassirin memberikan tafsiran yang berbeza tentang 9 mukjizat berkenaan.
[7] Al-Israa’ : 101
[8] Tafsir At-Tobari , Juzuk 17 m/s 564
[9] Al-A’raf : 130 - 133
.
.
Petikan dari Buku : " Jom Refresh Iman " karangan penulis ( dalam proses menyiapkannya ). Perbahasan berkaitan buku ini secara live, setiap sabtu minggu ke-3, selepas Subuh di Masjid Ceras Utama, Bandar Tun Husin Onn.

1 comments:

Hafizi Tajuddin said...

mabruk da buku sendiri. mg dpt terbitkan lebih byk penulisan lps ni insya-allah.

Post a Comment