Pages

Wednesday, May 26, 2010

Bersama memimpin perubahan – Bahagian 1

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك، سبحانك اللهم لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وصفيه وخليله، خَيرُ نبيٍ أرسله، أرسله الله إلى العالم كلِّهِ بشيراً ونذيراً، اللهم صل على سيدنا محمد و على آل سيدنا محمد صلاةً وسلاماً دائمين متلازمين إلى يوم الدين أَمَّا بَعْدُ ، وأوصيكم أيها المسلمون ونفسي المذنبة بتقوى الله
.
Memetik laporan akhbar Berita Harian hari ini 16 April 2010, di bawah tajuk : Kerjasama perbetul Imej Islam . Datuk Seri Najib Razak mencadangkan dua institusi kajian strategik terkemuka Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia bergabung menjalankan kajian untuk membetulkan persepsi mengenai Islam, khasnya di Asia Tenggara.

Perdana Menteri berkata, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) AS dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, perlu melakukan sesuatu untuk membetulkan salah tanggapan itu, di samping mencari jalan mewujudkan kemakmuran, keamanan dan kestabilan masyarakat antarabangsa.
.
Najib menyatakan perkara itu dalam ucaptama bertajuk Hubungan AS-Malaysia: Melihat Ke Depan Sebagai Tonggak Utama Kerjasama, di CSIS semalam. “Kurang sedikit daripada suku penduduk dunia adalah umat Islam yang 60 peratus daripadanya menetap di Asia, namun masih berlaku salah faham terhadap mereka. Malaysia aktif menjadi peranan sebagai jambatan menghubungkan antara umat Islam dan masyarakat Barat,” katanya. Kita melihat usaha ini sebagai suatu perkembangan yang sangat bermakna.

Saudara-saudara sekalian,
.
Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap. Tidak berhajat kepada sebarang penambahan dan pengurangan. Bahkan Islam meliputi seluruh aspek hidup manusia. Bermula dari saat dilahirkan sehinggalah ke akhir kehidupan. Islam juga membahaskan perihal seekor lalat yang masuk ke dalam gelas minuman sehinggalah kepada bagaimana memerintah dunia. Bermula dari perihal hamba sehingga yang berdarjat Raja. Islam turut membincangkan fenomena supernova, big bang mahupun pembentukan planet, matahari dan bintang-bintang. Liputan Islam tidak sahaja terhad di Negara-negara Arab, bahkan Islam turut mewarnai bandaraya-bandaya besar dunia sama ada Washington DC, Paris, Copenhagen, Tokyo dan serata ceruk rantau dunia. Tiada apa pun yang terkecuali dari liputan dan leluasa Islam. Bahkan liputan Islamlah yang terluas di dunia ini.
.
Imam Hasan Al-Bana pernah menitipkan :

الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا
فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة
وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة
وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء
وهو مادة أو كسب وغنى وهو جهاد ودعوة
أو جيش وفكرة كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء
.
Islam itu adalah Peraturan yang meliputi seluruh kehidupan manusia . Termasuk perbahasan Negara, Negeri, pembentukan kerajaan dan pembinaan Masyarakat , nilai Akhlak, kekuatan, kasih-sayang dan keadilan, Kebudayaan, perundangan, Intelektual dan penghakiman. Islam juga meliputi Material, pendapatan dan kekayaan .Islam juga jihad, dakwah, tentera dan pencambahan idea. Seperti mana ia juga adalah aqidah yang betul dan Ibadah yang benar .

Allah s.w.t berfirman :

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً
.
Hari ini, telah aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan aku telah lengkapkan ke atasmu segala nikmatku serta Aku meredhai bagimu Islam sebagai agama.

Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah…

Saya datangkan dengan analogi yang mudah untuk kita sama-sama fahami. Tatkala kita melihat pemenadu-pemandu yang biadap dan membahayakan pemandu lain di jalanraya, adakah kita wajar menunding jari kepada Jabatan Pengangkutan Jalan kerana mengeluarkan lesen untuk mereka. Apabila Islam nampak hina dan lekeh adakah kita perlu menyalahkan Islam kerana keadaan ini. Kita perlukan bezakan di antara pemandu dan lesen serta undang-undang yang ada. Kita perlu bezakan di antara islam dan Umat Islam. Hari ini yang jauh terhina dan ketinggalan bukanlah Islam tetapi Umat Islam. Islam akan sentiasa unggul. Kerana fitrah Islam sentiasa berada di atas. Tiada yang mampu memudaratkan cahaya dan sinarnya. Islam bergerak laksana air sungai yang mengalir. Semakin dihalang dan diancam tekanannya semakin kuat menerjah apa sahaja yang ada di hadapan. Air sungai yang mengalir penuh irama kesyahduan mampu berubah menjadi air bah yang menghancurkan bukan sekadar sebuah pondok usang bahkan sebuah ketamadunan manusia. Kita sentiasa menantikan gelombang islam untuk meruntuhkan segala tembok2 dan dinding2 blok secular yang merajai manusia kini.

Saudara-saudara sekalian.

Pada khutbah jumaat minggu yang lalu, khatib turut mengingatkan, sesebuah bangsa hanya akan jadi hebat tatkala mendokong Islam. Melayu yang tidak akan hilang di dunia menurut Hang Tuah itu.. adalah Melayu yang sentiasa mendokong agamanya.. Bangsa itu akan diangkat oleh agamanya. Tetapi perlu diingat seandainya bangsa bertuah ini mula menolak agama, anti kepada ceramah-ceramah agama, program-program keagamaan dan segala program untuk mengajak manusia mengenal tuhannya, dikurangkan bahkan semakin parah ia disekat, maka Islam akan beralih kepada generasi lain..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
.
Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa yang lari dari agama Allah, maka Allah akan mendatangkan generasi manusia yang baru, Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah. Berlemah lembut dengan orang-orang beriman dan berkeras dengan orang-orang kafir. Mereka berjihad di jalan Allah dan sedikitpun mereka tidak gentar celaan si pencela. Itulah anugerah Allah yang hanya diberikan kepada mereka yang dikehendakinya. Sesengguhnya Allah maha mengetahui.

Saudara-saudaraku sekalian.

Sirah Nabi S.A.W memaparkan baginda S.A.W berdakwah kepada penduduk Mekah selama 10 tahun. Nyata cabaran dan hambatan dari penduduk Mekah semakin hebat. Nabi S.A.W mengambil keputusan untuk keluar ke Thaif, menawarkan anugerah Islam kepada penduduk Thaif. Mudah-mudahan penduduk Thaif yang terkenal dengan lemah lembut dan budi bahasanya menghargai anugerah Islam. Justeru akan melonjakan martabat mereka. Malangnya perancangan Nabi untuk menganugerahkan Islam kepada penduduk Thaif berbeza dengan perancangan serta ketentuan Allah. Mereka menolak Islam . Baginda disambut dengan lontaran batu dan kata-kata keji.

Perancangan Allah itu mendatangkan pengajaran bagi kita. Tatkala penduduk Mekah menolak Islam, Nabi membawa Islam ke Thaif, tatkala Pemimpin-pemimpin dan kerajaan pemerintah Mekah dan Thaif ketika itu menolak Islam, Allah menganugerahkan Islam ke pada seorang hamba yang bernama Adas, tatkala bertemu dengan Nabi di dalam perjalanannya pulang dari Thaif ke Mekkah. Sejarah itu terpaku utuh di dalam lipatan sirah perjalanan dakwah baginda S.A.W . Itulah roda perjalanan Islam. Ia akan terus berjalan. Sama ada kita menerima atau menolak Islam. Islam akan tetap unggul. Bezanya seandainya kita menerima Islam kita akan maju. Membelakangkan Islam dan mengenepikan Islam bererti kita bersedia menerima untuk mundur.
.
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى {124} قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنتُ بَصِيراً
.
Barangsiapa yang berpaling dari Al-Quran maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, mereka akan dibangkitkan di dalam keadaan buta. Maka mereka berkata : Kenapa kami dibangkitkan di dalam keadaan buta, sedangkan di dunia dahulu kami mampu melihat .
.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

0 comments:

Post a Comment