Pages

Thursday, January 1, 2015

Cabang Iman ke-77

Cabang Iman terakhir : Menyukai sesuatu terhadap sahabatnya seperti ia mnyukai sesuatu terhadap dirinya.[1]
لا يؤمنُ أحدُكم حتى يُحِبَّ لأخيه ما يُحِبُّ لنفسِه
Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sehingga dia mencintai sahabatnya seperti dia mencintai dirinya sendiri.[2]
المسلِمُ مَن سَلمَ المسلِمونَ مِن لسانِهِ ويدِهِ، والمهاجِرُ مَن هجرَ ما نَهى اللَّهُ عنهُ.
Maksudnya : Seoarang Islam adalah individu yang terpelihara Muslim yang lain dari lidahnya dan tangannya. Seorang Muhajir, adalah individu yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.[3]
أنَّهُ قالَ في حَجَّةِ الوداعِ وسأخبرُكم مَنِ المسلمُ من سلمَ النَّاسُ من لسانِهِ ويدِهِ والمؤمنُ من أمِنهُ النَّاسُ على أموالِهم وأنفسِهم والمهاجرُ من هجرَ الخطايا والذُّنوبِ والمجاهدُ من جاهدَ نفسَهُ في طاعةِ اللَّهِ تعالى
Nabi S.A.W berkata di dalam khutbah wida’ : Aku akan beritakan kepada kalian siapa dia muslim. Iaitu manusia terpelihara dari lidahnya dan tangannya. Mukmin pula adalah mereka yang dipercayai manusia untuk menjaga hartanya dan jiwanya. Manaka muhajir adalah adalah mereka yang meninggalkan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa. Dan Mujahid adalah mereka yang bersungguh-sungguh di dalam ketaatan kepada Allah.[4]
كن وَرِعًا تكن أعبدَ الناسِ ، و كن قنِعًا تكن أشْكَرَ الناسِ ، و أَحِبَّ للناسِ ما تُحِبُّ لنفسك تكنْ مؤمنًا ، و أَحسِنْ مجاورةَ مَن جاورَك تكنْ مُسلمًا ، و أَقِلَّ الضَّحكَ فإنَّ كثرةَ الضَّحِكِ تُميتُ القلبَ
Pesan Nabi S.A.W kepada Abu Hurairah : Jadilah seorang yang wara’ kamu akan menjadi manusia yang paling kuat beribadah. Jadilah seorang yang qani’ kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur. Cintailah kepada manusia apa yang kamu cintai untuk dirimu kamu akan menjadi mukmin. Berbuat baiklah kepada sesiapa yang berjiranan dengan mu kamu akan jadi muslim. Sedikitkan ketawa, kerana banyaknya ketawa akan mematikan hati.[5]
تَلَقَّتِ الملائِكَةُ روحَ رجلٍ ممَّن كان قَبلَكُم . فقالوا : أعَمِلتَ مِن الخيرِ شيئًا ؟ قال : لا . قالوا : تَذَكَّر . قال : كُنتُ أُدايِنُ الناسَ . فآمُرُ فتياني أنْ يُنظِروا المُعسِرَ ويَتَجَوَّزوا عَن الموسِرِ . قال : قال اللهُ عزَّ وجلَّ : تَجَوَّزُوا عنه
Malaikat menemui roh seseorang sebelum kamu. Kata mereka : Adakah anda pernah melakukan sesuatu kebajikan ?. Katanya : Tidak. Kata Malaikat : Ingatkan kembali!. Katanya : Aku memberi hutang kepada orang ramai. Maka aku menyuruh orang suruhanku untuk melihat mereka yang susah supaya diberi tempoh kepad yang susah dan memberi kemudahan kepada yang memindah dipermudahkan. Kata Nabi S.A.W :  Allah berfirman : Permudahkanlah baginya.[6]



[1] Termasuk di dalam bab imi membuang duri dari jalan.
[2] Hadith Riwayat Bukhari
[3] Hadith Riwayat Bukhari
[4] Hadith Riwayat Ibnu Hajjar Al-Asqalani dalam Mukhtasar al-Bazzar, sanadnya sahih.
[5] Hadith Riwayat al-Suyuti dalam al-Jami’ al-Soghir, Dhoif
[6] Hadith Riwayat Muslim

0 comments:

Post a Comment