Pages

Saturday, August 22, 2015

Kelebihan Beristighfar.[1]


1) Memperoleh keampunan dari Allah SWT atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

يَقُولُ اللهُ تَعَالى : يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ : لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَمَاءِ ثُمَّ استَغْفَرْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلى مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي
Maksudnya: “Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: “Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli
( Riwayat at-Tarmizi )

أَسْتَغْفِرُاللهَ الَّذِيْ لاَ إِلٰهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ ثلاث مرات ٬ مَنْ قَالَهَا غَفَرْتُ ذُنُوْبَهُ وَ إِنْ كَانَتْ كَزُبَدِ الْبَحْرِ أَوْ عَدَدِ وَرَقِ الشَّجَرِ أَوْ عَدَدِ رَمْلٍ عَالِجٍ أَوْ عَدَدِ أَيَّامِ الدُّنْيَا
Maksudnya : Tiga kali . Barang siapa yang menyebutnya diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih dilautan atau sebanyak dedaun pokok atau sebanyak pasir atau sebanyak hari-hari dunia .
( Hadis riwayat Tarmizi )

2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan. Dosa boleh menyebabkan hati seseorang hilang ketenteraman dan ketengannya .

قال النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّم : طُوبَى لِمَنْ وجَدَ فِي صَحِيْفتِهِ اسْتِغْفارًاَ كثِيْرًا
Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Beruntunglah  sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Al-Aghar al-Muzani RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلى قلْبِي، وَإِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللهَ فِي الْيَوْمِ مِاَئَة مَرَّةٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.”
( Hadis Riwayat Muslim

3) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah SWT seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah. Firman Allah SWT :


Maksudnya : Maka Aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun ( 10 ) Niscaya dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, ( 11 ) Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.( 12 )
( Nuh : 10-12 )



[1] Petikan dari buku Kelebihan Beristighfar karangan Mohd Khir Johari Abas, terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, tahun 2009.

0 comments:

Post a Comment