Pages

Saturday, August 22, 2015

Solat Ubat Kepada Penyakit Sosial.


1           Pendahuluan

Pelbagai kajian yang dijalankan mengkaji tentang penyakit masyarakat dan pelbagai kaedah diutarakan bagi menyelesaikannya. Pengkaji hanya memfokus satu dari berberapa titik kajian yang berharga itu. Ilmu Psikologi melihat bahawa tindak balas manusia dan reaksinya berpunca dari personaliti yang celaru, jiwa tidak tenang, kekusutan minda dan seumpamanya. Keseluruhan penyakit terebut terfokus kepada jantung. Dalam masa yang sama Islam melihat jantung memainkan peranan penting dalam solat. Jantung adalah tempat yang melahirkan khusyu’. Justeru pengkaji ingin melihat hubungkait Solat-Jantung-Penyakit sosial.

2           Solat.

Dalam al-Quran Allah menyebut sebanyak 67 kali perkataan [1]الصلاة dan sekali perkataan مصلى  menjadikannya 68 kali, perkataan yang terkembang dariالنجاة  juga disebut sebanyak 68 kali. Dengan jumlah yang sama berulang perkataan ملائكة  dan القرآن .[2] Pengkaji melihat wujudnya hubungan signifikan antara solat, malaikat, al-quran dan selamat. Kajian lanjut berkaitan dengannya sangat-sangat diharapkan.
Fokus perbahasan terhadap berberapa ayat antaranya[3] :
i. Al-Ankabut, 29:45.
  
Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.

Al-Qurtubi : Perkataan solat bermaksud menunaikannya pada waktunya, dengan bacaannya, ruku’nya, sujudnya, duduknya, tasyahhudnya dan segala yang berkitan dengannya. Solat menjadi penghapus dosa-dosa yang dilakukan. Bahkan beliau berpandangan solat yang menjadi penghalang adalah solat yang difahami dari pelbagai ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi SAW iaitu yang difahami, yang dihayati, khusu’ dan seumpamanya. [4]

Ibn al-Kathir : Solat mengandungi dua titik penting iaitu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Dengan ketekunan yang mampan akan membuahkan sedemikian.[5]
Al-Nasafi : Solat yang konsisten dapat menghalang perbuatan seperti zina dan perbuatan yang ditegah syara’ dan akal.[6]

ii. Maryam, 19:59.

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).

i. Al-Zuhaily : Setelah Allah menceritakan tentang umat terdahulu daripada para nabi dengan sifat terpuji, Allah memotret gambaran umat terkemudian yang meninggalkan suruhan agama dan melakukan larangannya. Antara perbuatan yang mereka lakukan adalah terjerumus ke arah penzinaan, meminum arak, mengikut syahwat dan meninggalkan solat. Al-Syaukani berpandangan mereka yang mengakhirkan waktu solat, meninggalkan fardhu-fardhunya, syarat-syaratnya, dan rukun-rukannya termasuk dalam mencuaikan solat.[7]

ii. Al-Qurtubi : Generasi manusia diteruskan dengan generasi yang rosak. Keadaan ini hampir berlakunya kiamat tatkala telah pergi sabahagian para ualamak. Mereka telah menerpa lorong-lorong penzinaan.[8]

3           Kajian Literatur

Banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan ibadah solat dan kesannya terhadap psikologi, spritual, akal, personaliti dan sebagainya. Antara kajian yang dilakukan di peringkat sarjana Universiti Malaya sepanjang 2007-2015 adalah :

i. Terdapat korelasi yang signifikan pada p<.01 antara solat dan nilai-nilai spritual dan penyakit gelisah.[9]

ii. Di dapati bahawa tahap pengetahuan solat dan pengabaian solat adalah punca mengapa responden mudah terjebak dengan kegiatan buruk laku.[10]

ii. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap perlaksanaan solat dan konflik rumahtangga. Namun begitu, jika dilihat pada nilai r=-.62, ia merupaka suatu nilai negatif . Ini boleh difahami dan membawa maksud bahawa, lemahnya tahap perlaksanaan solat boleh membuka ruang kepada lebih tingginya konflik rumahtangga walau pun ia hanya nilai yang sedikit.[11]

3.1         Jantung dalam al-Quran

  • Perkataan jantung dalam bentuk singular sebanyak 53 kali dan dalam bentuk plural sebanyak 104 kali dalam al-Quran. Hampir keseluruhan ayat menyentuh tentang fikiran, perasaan, kesedaran, penakulan dan seumpamanya.
  • Antara ayat-ayat yang menyentuh tentang perkara tersebut adalah ; Al-Baqarah : 10, al-Maidah : 52, al-Anfal : 49, al-Taubah : 125, al-Hajj : 53, al-Nur  50, al-Ahzab :12 , 32 dan 60, Muhammad : 20 dan 29, al-Muddathir : 31.

3.2         Apa ada dengan Jantung.

§  Kajian mendapati bahawa minda, akal, kecerdikan, perasaan dan segala bentuk kepandaian terletak pada Jantung dan bukannya otak.

§  Berberapa fakta hasil kajian Dr Abd Daim Al-Kaheel.
  • Profesor Gary Schwartz Pakar psikiatri,University of Arizona, dan Dr. Linda Russek percaya bahawa Kuasa jantung mampu menjadi Penyimpanan dan pemprosesan maklumat .
  • Dr Gary telah menjalankan penyelidikan termasuk lebih daripada 300 kes pemindahan jantung, dan mendapati bahawa mereka mengalami perubahan psikologi yang drastik selepas pembedahan
  • Jantung berdenyut sejak seseorang masih janin dalam rahim ibu dan selepas 21 hari kehamilan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.
  • Apabila mereka menjadi dewasa jantung mengepam lebih daripada tujuh puluh ribu liter darah, amaun ini dipam semasa mengembang dan menguncup.
  • Ia berdegup setiap hari lebih daripada seratus seribu kali, dan apabila ia menjadi tujuh puluh tahun umur anda untuk mengepam juta tong darah dalam tempoh ini.
  • Dan sesetengah penyelidik hari ini percaya bahawa jantung adalah salah satu yang mengarahkan otak di tempat kerja, dan setiap sel jantung menyimpan memori. Dr Schwartz mengatakan bahawa sejarah kita ditulis dalam setiap sel dalam badan kita.
  • Menurut Dr J. Andrew Armour dalam setiap sel jantung, terdapat set otak yang sangat kompleks.

4           Jantung dalam hadith.

Nabi s.a.w bersabda menghuraikan tentang punca kepada sebahagian penyakit :
وإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً،  إذا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ وإذَا فَسَدَتْ ، فسدَ الجَسدُ كُلُّهُ . ألا وهِيَ القَلبُ[12]
Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, tatala ia baik, baiklah keseluruhan 
jasad dan tatkala ia rosak rosaklah keseluruhan jasad, ia adalah jantung.

Nabi SAW secara jelas menyebutkan bahawa segala perkara yang baik dan merosakkan berpunca dari jantung[13]. Di sinilah letaknya titik yang mengarahkan akal untuk memikirkan, kaki untuk berjalan, tangan untuk bertindak dan sebagainya.

5           Kesimpulan.

i. Setiap perintah yang datang dari Allah SWT mengandungi kemaslahatan bagi manusia khususnya solat. Walau pun kita tidak dapat memahami kelebihan sebahagian besar perkara ibadah tetapi ia tidak menafikan keutamaannya dalam pembentukan kemaslahatan manusia.
i. Dari pelbagai sumber nas dan pandangan para ulamak solat merupakan ibadah yang mampu membentuk individu yang sihat imannya.
ii. Pengkaji turut berpandangan, solat itu sendiri adalah ibadah yang mempunyai kedudukan yang tinggi, tetapi perlu dibezakan antara solat dan orang yang bersolat ibarat pisau dn cara penggunaan pisau.
iii. Kebanyakkan penyakit masyarakat hari ini adalah berpunca dari hati yang rosak apath lagi mati.
iv. Justeru langkah yang perlu dilakukan adalah mendorong solat yang ditunaikan untuk menghidupkan hati (Jantung)

Nota ini sebahagian dari Modul penghayatan solat.

Bagi yang berminat untuk mengadakan kursus Solat Sempurna dan Penghayatannya boleh menghubungi : 019-3231385 atau inbox terus kepada FB : khir johari abas.



[1] Tidak termasuk perkataan pecahan darinya seperti صلاتك، صلاته، صلاتهم، صلاتي، صلى، تصل، يصلوا، يصلون، صلوا.
[2] Abd al-Razzaq al-Nawfal, Al-'ijaz al-'Adadi li al-Quran al-Karim, ( beirut : Dar al-Kitab al-'Arabi, 1987), 147-151
[3] Pemilihan ayat berdasarkan perbahasan terus dan perbahsan ini adalah perbahasan ringkas. Pengkaji sedia membuat kajian lanjut seandainya memerlukan tuntutan sedemikian.
[4] Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi, Al-Jami’ li al-Ahkam al-Quran, ( Kaherah : Dar al-Hadith, 2002), 7:308-309.
[5] Ibnu kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azhim, (Kaherah : Dar al-Hadith, 2002), 6:296.
[6] Abdullah ibn Ahmad ibn Mahmud al-Nasafi, Tafsir al-Nasafi, ( Beirut : Dar Kutub al-Ilmiah, 1995), 2:292-293.
[7] Wahbah al-Zuhaily, Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syariah wa al-Manhaj, ( Damsyik : Dar al-Fikr al-Islami, 1998), 16:131.
[8] Al-Qutubi, 6: 111-112.
[9] Ahmad Hisyam bin Azizan, Solat dan nilai-nilai Spritual Dalam Menangani Gelisah Dalam Kalangan Remaja Islam : Kajian di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Selangor, Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, 2009, 361.
[10] Nor Azira binti Yusof, Hubungkait AntaraPengabaian Solat Dengan Buruk Laku Individu : Kajian di Sekolah Tunas Bati Sengai Besi, Kuala Lumpur, Disertasi Sarjana Syariah, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, 2008.
[11] Nor Dalilah bte Zakaria, Perlaksanaan Ibadat Solat dan Hubungannya Dengan Konflik Rumah Tangga : Kajian di Unit Rudingcara Keluarga, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI, Disertasi Sarjana Syariah, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya 2012, 74.
[12] الراوي : النعمان بن بشير المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 52 خلاصة حكم المحدث: صحيح
[13] Masyarakat melayu sudah sekian lama dan sebati dengan istilah hati, walaupun maksud asalnya adalah jantung. Pengkaji tidak berhajat menghurai polimik pengistilahan ini terlalu panjang. Justeru untuk kajian ringkas ini pengkaji mengembalikan al-qalb kepada maksud bahasanya iaitu jantung.

0 comments:

Post a Comment